MELETAK JAWATAN ATAU MELETAKKAN JAWATAN | MELETAKKAN JAWATAN | Lain-lain | 04.03.2011 |
Apakah perbezaan antara meletak dan melatakkan? | Perkataan meletak kebiasaannya perlu disusuli dengan perkataan lain selepasnya menjadi satu frasa, ungkapan, simpulan bahasa, kiasan atau ada makna khusus contohnnya seperti meletak tanda yang bermaksud memberi tanda seperti cincin kepada pihak pengantin perempuan. Contoh lain ialah meletak beras yang bermaksud menjerang nasi. Meletakkan pula merupakan kata kerja transitif yang perlu ada objek selepasnya. Contoh ayat ialah Ah Lee meletakkan basikalnya di hadapan rumah. | Lain-lain | 16.10.2021 |
Mengapakah “dilarang meletak kenderaan” betul dan “dilarang meletakkan kenderaan” salah? Bolehkah nyatakn sebab? | Kedua-dua ayat tersebut betul, tetapi ayat "Dilarang meletakkan kenderaan..." perlu dilengkapkan dengan unsur penerang (Buku Tatabahasa Dewan, ms. 394). Contohnya: Dilarang meletakkan kenderaan di petak ini. | Tatabahasa | 05.06.2023 |
tempat meletak kereta / tempat letak kereta? | Tempat meletak kereta atau tempat letak kereta, kedua-duanya betul tetapi lazimnya untuk penamaan 'Tempat Letak Kereta' yang digunakan. | Tatabahasa | 15.12.2010 |
Apakah perbezaan di antara "perletakan" dengan"peletakan"? | Ejaan yang betul ialah peletakan. Lazimnya apabila ada kata kerja dengan awalan me- seperti meletak, maka wujudlah kata peletakan, iaitu perihal meletak. | Tatabahasa | 03.05.2013 |
MOHON UNTUK SEMAK PERKATAAN INI PARKIR ATAU PAKIR ATAU PARKING = TEMPAT LETAK KENDERAAN | Parkir ialah bahasa Indonesia yang bermaksud meletak kenderaan. Oleh itu dalam bahasa Melayu "parking" ialah tempat meletak kenderaan. | Makna | 12.08.2009 |
Mohon semakan penggunaan ayat dipapan tanda... Petak rezab ini untuk pengguna Kaunter Pandu Lalu sahaja. Tindakan kompaun jika meletak dipetak rezab ini. | Petak rizab ini untuk pengguna Kaunter Pandu Lalu sahaja. Tindakan kompaun akan dikenakan jika meletak kenderaan di petak ini. | Tatabahasa | 01.12.2016 |
nilai bekerjasama atau nilai kerjasama, mana satu yang betul? tempat letak kereta atau tempat meletak kereta? nilai kerajinan atau nilai rajin? sifat kerajinan atau sifat rajin? nilai bertolak ansur atau nilai tolak ansur? | Yang betul ialah nilai bekerjasama, tempat meletak kereta, nilai kerajinan, dan nilai bertolak ansur. Bagi sifat pula yang betul ialah sifat rajin. | Tatabahasa | 14.04.2010 |
saya di faham kan untuk meletak sign board di depan pintu pejabat saya perlu kelulusan DBP. macam mana say nak buat untuk mendapat kelulusan tersebut? sign board hanya ada logo & nama syarikat | Untuk makluman tuan/puan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Sila muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses dalam tempoh tiga hari bekerja.
| Lain-lain | 11.12.2024 |
salam 1 Malaysia, Adakah perlu meletak tanda koma selepas ayat/perkataan berikut; 1. manakala, dalam bidang pertanian..... 2. ini bermakna bahawa, masyarakat asli lebih kreatif berbanding 3. sementara, orang yang tidak berpendidikan akan sentiasa ditindas oleh golongan elit 5. kesimpulannya, masyarakat perlu berubah. 6. ini menunjukkan bahawa, tidak terdapat perbezaan antara lelaki dan perempuan | Penggunaan koma dalam ayat yang diberi tidak diperlukan kecuali dalam ayat 5. Penggunaan koma ini biasanya digunakan untuk tujuan jeda (dalam teks pengacara). Dalam penulisan rasmi penggunaan koma ini tidak diperlukan. | Lain-lain | 26.08.2015 |