| MELETAK JAWATAN ATAU MELETAKKAN JAWATAN | MELETAKKAN JAWATAN | Lain-lain | 04.03.2011 |
| Saya memerlukan batu-bata untuk meletakkan kuali di atas api. Meletakkan atau diletakkan? | Ayat yang betul ialah "Saya memerlukan batu-bata untuk meletakkan kuali di atas api." | Tatabahasa | 22.02.2023 |
| Salam sejahtera, Yang manakah antara ayat ini betul: 1. Ali meletakkan buah-buahan di atas meja. @ 2. Ali meletakkan buah-buahan ke atas meja. | Ayat yang betul ialah "Ali meletakkan buah-buahan di atas meja". | Tatabahasa | 20.04.2014 |
| Mengapakah “dilarang meletak kenderaan” betul dan “dilarang meletakkan kenderaan” salah? Bolehkah nyatakn sebab? | Kedua-dua ayat tersebut betul, tetapi ayat "Dilarang meletakkan kenderaan..." perlu dilengkapkan dengan unsur penerang (Buku Tatabahasa Dewan, ms. 394). Contohnya: Dilarang meletakkan kenderaan di petak ini. | Tatabahasa | 05.06.2023 |
| sebelum meletakkan petikan langsung, tanda baca yang manakah lebih tepat; titik bertindih (:) atau koma bertindih (;)? contohnya; Triandis menjelaskan, dalam budaya kolektif berlakunya beberapa tingkah laku berikut: atau ; “Kolektivisme bermaksud penekanan yang lebih besar kepada (a) pandangan, keperluan, dan matlamat dalam kumpulan berbanding dari diri . | Berdasarkan buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, tanda baca yang lebih tepat bagi contoh ayat yang diberikan ialah tanda titik bertindih (:). Salah satu fungsi tanda titik bertindih adalah untuk memperkenalkan atau menambah keterangan. Contohnya seperti yang berikut: i. Prinsip hidup saya senang sahaja: Tekun dan ikhlas. ii. Ketika saya bercuti, saudara hendaklah melaksanakan kerja yang berikut: Sunting manuskrip saya hingga siap. Uruskan semua ilustrasinya.
| Lain-lain | 06.01.2022 |
| Kakak meletakkan ( setengah/separuh) jag Milo di atas meja. Ini soalan upsr 2005. Bukankah setengah dan separuh membawa maksud yang sama? | Benar, separuh dan setengah membaca maksud yang sama. Sila lihat Kamus Dewan Edisi Keempat. | Lain-lain | 10.11.2014 |
| Adakah perlu meletakkan titik (.) pada singkatan panggilan kehormat contoh : Encik CA. LAr. Shaqrony ..... atau Encik CA LAr Shaqrony .... | Pada umumnya, cara penulisan singkatan gelaran profesional hendaklah merujuk akta/garis panduan yang dikeluarkan oleh pertubuhan yang berkaitan kepakaran berkenaan. | Lain-lain | 26.11.2025 |
| Encik Wan meletakkan motosikalnya di _____ rumah. a. belakang b. atas c. sudut d. penjuru Apakah perbezaan sudut dan penjuru? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (boleh disemak melalui PRPM), sudut sama maksudnya dengan penjuru. | Tatabahasa | 26.06.2024 |
| Chee Wei [meletakkan ] sebidang permaidani di ruang tamu rumahnya.Mengapakah kita tidak menggunakan menghamparkan atau menguruskan? | Perkataan menghamparkan juga boleh digunakan dalam ayat tersebut. Manakala untuk perkataan menguruskan, tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. | Lain-lain | 21.08.2021 |
| Adakah salah meletakkan imbuhan 'memper-...-kan' untuk kata adjektif? | Apitan memper- kan, hanya menerima golongan kata nama dan kata kerja untuk membentuk kata kerja. Sehubungan dengan itu, tidak boleh digunakan untuk kata adjektif. | Tatabahasa | 28.10.2015 |