Salam sejahtera, Yang manakah antara ayat ini betul: 1. Ali meletakkan buah-buahan di atas meja. @ 2. Ali meletakkan buah-buahan ke atas meja. | Ayat yang betul ialah "Ali meletakkan buah-buahan di atas meja". | Tatabahasa | 20.04.2014 |
Ayat yang manakah benar? 1. Cikgu Nani meletakkan buku kerja ke atas mejanya. 2. Cikgu Nani meletakkan buku kerja di atas mejanya. dan 1. Wahyu membuang sampah di dalam tong sampah. 2. Wahyu membuang sampah ke dalam tong sampah. Bagaimana menentukan penggunaan kata sendi nama 'di' dan 'ke'. Terima kasih. | Keempat-empat ayat ini betul. Kata sendi nama "di" = digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Manakala kata sendi "ke" pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan juga yang menunjukkan waktu atau masa.
| Tatabahasa | 27.03.2019 |
Salam Sejahtera. 1. Bagaimanakah cara yang betul untuk menulis sinkope 'tu', 'ni', 'kan', 'nak'? 2. Ada editor yang meletakkan tanda (') sebelum perkataan kan = 'kan. Apakah fungsi (') 3. Perlukah juga meletakkan tanda (') pada singkatan cu = cucu, nak = anak, pak = bapak? Terima kasih | Salam sejahtera, 1. Untuk singkatan tu, ni, kan dan nak = singkatan tersebut sudah betul. Untuk kan, hanya kan yang berfungsi sebagai imbuhan sahaja dieja bersambung dengan perkataan sebelumnya. Selain itu "kan" dieja terpisah kerana kan dalam percakapan bermaksud bukan atau tidak membawa apa-apa makna. 2. Editor tidak meletakkan tanda (') sebelum perkataan kan. 3. Tidak perlu meletakkan (') pada kependekan cucu, anak dan bapak. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, mohon rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4. | Tatabahasa | 23.09.2015 |
Tuan, untuk iklan billboard, bolehkah saya meletakkan perkataan:- 1) Master 2) Bachelor 3) Diploma, tanpa saya menterjemahkannya ke dalam bahasa melayu? Adakah ia menjadi satu kesalahan? | Perkataan Master, Bachelor perlu diterjemahkan kepada Sarjana dan Sarjana Muda, manakala perkataan Diploma telah diterima dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 02.07.2012 |
Tuan, adakah ayat ini betul? Ayat: (1) Puan Soon menempatkan kertas makluman itu pada papan kenyataan pengawas. Kata "menempatkan" bermaksud "meletakkan sesuatu pada sesuatu", jadi ayat (1) bermaksud Puan Soon meletakkan kertas makluman itu pada papan kenyataan pengawas. Adakah keterangan ini betul? Adakah ayat saya betul? | Penggunaan perkataan menempatkan dalam konteks ayat yang tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 20.01.2015 |
Salam 1Bahasa, 1. Ayat larangan: a. DILARANG MELETAKKAN KENDERAAN DI SINI atau b. DILARANG LETAK KENDERAAN DI SINI 2. Kita hendaklah berbelanja secara hemat ATAU Kita hendaklah berbelanja secara berhemat Mohon pencerahan tuan tentang ayat 1 dan ayat 2 di atas. Terima kasih. | Ayat yang lebih gramatis "meletakkan" dan "berhemat". | Tatabahasa | 28.02.2014 |
adakah perkataan mendudukkan betul? | Mengikut Kamus Dewan perkataan mendudukkan membawa makna yang berikut : 1. meletakkan (menyuruh, mempersilakan) duduk: maka baginda pun ~ anakanda baginda di atas singgahsana yg dua belas tingkat; dia mengambil anaknya dan ~nya di atas ribanya; 2. mendapatkan kesimpulan (penyelesaian) sesuatu perkara; 3. mengahwinkan, menikahkan: maka oleh Raja Aftabul-Ardl akan Raja Chulan itu didudukkan baginda dgn anakanda baginda tuan puteri Mathabul-Bahri; Jadi penggunaan perkataan mendudukkan tidak salah digunakan asalkan menepati maksud yang ingin disampaikan. | Tatabahasa | 19.06.2008 |
Tuan, apakah perbezaannya jika kita meletakkan akhiran -kan di belakang meN... dan TIDAK meletakkan akhiran -kan di belakang meN...? Sebagai contoh: 1. (a)menggunakan (b) mengguna 2. (a) menyaksikan (b) menyaksi 3. (a) memastikan (b) memasti 4. (a) menerbitkan (b) menerbit 5. (a) memberitahu (b) memberitahukan 6. (a) membersih (b) membersihkan 7. (a) melibat (b) melibatkan 8. (a) mengagih (b) mengagihkan 9. (a) mengekal (b) mengekalkan 10. (a) merekod (b) merekodkan 11. (a) memuliakan (b) memulia | Untuk makluman, terdapat kata dasar yang boleh menerima awalan meN- dan boleh juga menerima apitan meN-...-kan. Contohnya: 1. membaca, membacakan 2. membeli, membelikan 3. membesar, membesarkan 4.mengalir, mengalirkan 5. memberitahu, memberitahukan 6. memberi, memberikan Terdapat juga kata dasar yang hanya dapat menerima apitan meN...-kan dan tidak dapat menerima awalan meN- . Contohnya: menggunakan, menyaksikan, memastikan, membersihkan, melibatkan, mengekalkan, memuliakan Untuk maklumat lanjut tentang perkara ini, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 190 - 197. | Tatabahasa | 29.04.2014 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang penggunaan "oleh" mesti wujud dalam ayat pasif atau tidak? Contohnya: 1.Bola itu ditendang olehnya/Bola itu ditendangnya. 2.Kakak meletakkan barang yang dibeli olehnya di atas meja./Kakak meletakkan barang yang dibelinya di atas meja. terima kasih. | Untuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-, kata sendi nama oleh pada binaan oleh + FN yang letaknya selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat. Sebagai contoh (a) Barang itu sudah diambil oleh Ali semalam (b) Sampah dibakar ayah pada pagi tadi (c) Barang itu sudah diambil semalam oleh Ali (d) Sampah sarap dibakar pagi tadi oleh ayah. Ayat (a) dan (b) mantap walaupun telah digugurkan perkataan oleh manakala ayat (c) dan (d) tidak boleh digugurkan oleh kerana binaan oleh + FN terletak jauh daripada kata kerja. | Tatabahasa | 04.11.2015 |
1)perbezaan antara (baru) dan (baharu) 2)selepas imbuhan akhiran (-kan) tidak boleh meletakkan objek hidup, tetapi adakah ayat berikut betul? ibu memasakkan ayah bubur. ibu menjahitkan kakak sehelai baju tq | 1. Dalam Kamus Dewan baru dan baharu sama maknanya iaitu belum (tidak) ada sebelumnya, (yang) belum lama wujud. Bagi menjawab pertanyaan saudara, "baru" kebiasaannya merujuk kepada masa, bagi membantu, dalam bahasa Inggeris, kata "just" digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contoh ayatnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata "baharu" pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa inggerisnya, "new" , termasuk digunakan untuk barang-barang. Contoh , Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. 2. Akhiran -kan membentuk kata kerja transitif. Biasanya kata kerja yang menerima akhiran -kan menerima juga awalan meN- dan boleh meletakkan objek hidup selepas kata kerja tersebut. Contoh, Ibu memasakkan ayah bubur | Tatabahasa | 02.03.2009 |