apakah makna mengempelas? ini soalan dalam akhbar didik. | Saudara, Perkataan mengempelas daripada perkataan empelas membawa maksud melicinkan dgn daun (kertas) empelas. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 02.02.2010 |
adakah perkataan peraut wujud.sekiranya asa spa maksudnya. | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, kata masukan yang terdapat ialah 'raut' yang bermakna sejenis pisau khas yang tajam untuk melicinkan (menajam, menghalus) rotan dan lain-lain. | Makna | 12.02.2008 |
Pak Tua __________ buluh untuk membuat nyiru itu dengan pisau sehingga nipis.(meraut, mengasah) Adakah perkataan membuat itu betul? Atau perlu diganti dengan dibuat? Apa perbezaan dua perkataan tersebut? | Meraut ertinya melicinkan sesuatu (spt buluh, rotan) dgn pisau: ~ rotan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) manakala mengasah pula ertinya menggosokkan pisau dsb pd sesuatu atau menggosoknya dgn sesuatu supaya tajam Jawapan yang sesuai ialah meraut Untuk keterangan lanjut saudari boleh rujuk laman web http://prpm.dbp.gov.my/ | Tatabahasa | 11.05.2020 |
Apakah maksud 'mengirai', 'mengirah', dan 'mengikir'? | Mengirai/mengiraikan bermaksud mengibas-ngibas dengan keras(supaya hilang debu), mengirapkan,mengepak-ngepak atau mengoyang-goyangkan sayap. Mengirah bermaksud membuang atau mencurahkan(air,minuman dll.). Mengikir bermaksud melicinkan(mengikis dll. dengan kikir. Untuk mendapatkan makna perkataan saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 08.04.2008 |
soalan 1)apakah beza merincih ,mericih dan meraut 2)Apakah beza tepi dengan celah 3)Apakah beza penjuru dengan sudut | Perbezaan kata kerja tersebut boleh dilihat daripada makna yang berikut. Merincih bermaksud menghiris (memotong, mengerat, dan sebagainya) kecil-kecil, atau disebut juga menyayat, atau meracik. Dan ricih sama makna dengan rincih. Meraut bermaksud meratakan (menghaluskan, melicinkan, meruncingkan, dan sebagainya) dengan pisau. | Makna | 03.07.2012 |