Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.li.hat] | مليهت

Definisi : 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn mengguna­kan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.li.hat] | مليهت

Definisi : 1 nampak apabila memandang; tidak buta: Sejak kemalangan itu, dia tidak dpt ~ lagi. 2 menggunakan mata utk mengetahui (memandang, menengok): Mereka pergi ke Teluk Kemang utk ~ anak bulan. 3 menilik; meramalkan (nasib dll). 4 melawat orang sakit dll; menziarahi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau melihat air yang tenang,
     Jangan disangka tiada buaya;
Karam di laut boleh berenang,
     Karam di darat apakan daya.


Lihat selanjutnya...(43)
Peribahasa

Melihat bayang-bayangnya di air.

Bermaksud :

Gilakan sesuatu yang tak mungkin diperoleh.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
AsSalam, Antara yang berikut, yang manakah penggunaan ayat yang betul? 1. ... melihat keluar dari tingkap 2. ... melihat keluar daripada tingkap 3. ... melihat ke luar tingkap 4. ... melihat keluar tingkap Terima kasih... melihat ke luar tingkap.Tatabahasa06.04.2011
1. melihat rumah contoh atau melihat contoh rumah, soalan contoh atau contoh soalan. 2. Bolehkah memulakan ayat dengan kata hubung spt dengan atau justeru?

Saudara,

Frasa rumah contoh, contoh rumah, soalan contoh atau contoh soalan boleh digunakan bergantung pada aspek kata nama yang hendak dijelaskan. Kata hubung seperti dengan atau justeru digunakan untuk memulakan ayat dalam konteks sudah terdapat wacana atau perenggan sebelumnya dan penggunaan kata hubung ini adalah sebagai sambungan wacana tersebut.

Tatabahasa12.10.2010
Salam sejahtera. Ayat 1: Tamanah hendak melihat perarakan. Ayat 2: Perarakan sudah tamat. Jika ayat 1 dan 2 digabungkan, maka ayat berikut yang manakah betul? Atau kedua-duanya betul? Ayat majmuk 1: Tamanah hendak melihat perarakan tetapi sudah tamat. Ayat majmuk 2 : Tamanah hendak melihat perarakan tetapi perarakan sudah tamat. Terima kasih.Tamanah hendak melihat perarakan tetapi perarakan sudah tamat.Tatabahasa29.07.2013
Beza antara perkataan 'melihat' dan 'memandang'.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, melihat bermaksud 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn menggunakan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid. Memandang pula ditakrifkan sebagai 1. menggunakan mata utk mengetahui, melihat seraya mengendahkan, memperhatikan, mengamati: dipandangnya bangunan yg tiga tingkat itu; segala perempuan yg ~ itu semuanya tertawa gelak-gelak; 2. menganggap: Wan Derus dipandang sbg seorang ketua; 3. memikirkan, mempedulikan, memerhatikan: keadilan tidak ~ pangkat atau harta; 4. menghormati, menghargai: ia dipandang orang di kampung itu; ~ berat menganggap sesuatu bukan sbg perkara kecil atau tidak penting, memberikan perhatian dgn penuh kesungguhan; ~ enteng (gampang, mudah, ringan, sepi) menganggap enteng (gampang dll), menganggap tidak penting; ~ hina (rendah) a) menganggap hina (rendah); b) menghinakan (merendahkan); ~ jauh (ke hadapan) memberikan perhatian kpd atau memperhitungkan perkembangan (kepentingan dsb) jangka panjang; ~ kpd mengambil kira akan, memperhitungkan, memikirkan; ~ serong menganggap tidak jujur, tidak mempercayai.Istilah03.12.2009
Apakah yang dimaksudkan dengan "mata hati" ? Bagaimana melihat dengan "mata hati" ?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat frasa mata hati bermaksud a) perasaan hati b) sl wakil peribadi,ganti diri. Melihat dengan mata hati bermaksud melihat dengan perasaan hati.Tatabahasa15.03.2009
Sekiranya melihat kepada dua buah ayat: 1. Ali memberi pendapatnya. 2. Ali memberikan pendapatnya. Ayat yang manakah yang lebih tepat? Bilakah imbuhan 'kan' sepatutnya digunakan?Perkataan 'memberi' dan 'memberikan' merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan 'memberi' hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa seperti memberi budak itu..., manakala 'memberikan' hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa seperti memberikan nasihat.Tatabahasa05.11.2012
Saya melihat banyak lagu dari Indonesia menggunakan lirik(perkataan) 'butuh' sedangkan di Malaysia maksudnya agak lucah dan kasar. Mengapa hal ini dibenarkan?Perkataan tersebut adalah bahasa Indonesia dan kita tidak berhak untuk menghalang mereka daripada menggunakan bahasa mereka sendiri walaupun dalam bahasa Melayu bermaksud lucah dan kasar.  Penyiar radio dan televisyen boleh memainkan peranan untuk tidak menyiarkan lagu-lagu sedemikian kepada pendengar.Lain-lain27.10.2009
saya baru melihat iklan kerja kosong di Laman Sesawang DBP....tarikh tutup 17/1/2011...tetapi kenapa apabila saya klik pada iklan tersebut tidak dapat dibuka..????dan apabila layari http://www.jobsmalaysia.gov.my ...iklan yang sama iaitu tarikh tutup 3/1/2011 yang dipaparkan lagi....kerjasama dari pihak DBP amat saya hargai...terima kasih... :D

Iklan sudah boleh dicapai seperti biasa.  Bagi iklan DBP di http://www.jobsmalaysia.gov.my sila mohon hubungi pihak jobsmalaysia untuk maklumat lanjut.

Lain-lain03.01.2011
Kita kerap melihat ramai pihak yang menggunakan perkataan 'tentatif' dalam buku atur cara majlis. Adakah penggunaan perkataan 'tentatif' itu tepat ?Tentatif bermaksud tidak muktamad (pasti) atau masih boleh berubah. Kebiasaannya perkataan ini digunakan pada peringkat prapelaksanaan projek dan tidak lagi digunakan apabila telah muktamad seperti dalam buku atur cara majlis.Makna08.12.2009
saya ada melihat teks pengacara utk satu majlis rasmi kerajaan. terdapat perkataan yang diguna iaitu 'CENDERA KENANGAN'. maksud yang ingin disampaikan ialah cenderamata/cenderahati. Adakah perkataan tersebut boleh digunakan? saya sendiri telah menggunakannya dalam satu majlis memandangkan ia kelihatan menarik. bagaimanapun, apabila saya semak perkataan tersebut di laman ini, ia tiada dalam kamus.

Kata "cendera" itu sahaja bermaksud "lena". Sebab itu timbulnya kata "cenderamata" bermaksud "lena mata". Namun pada suatu ketika muncul kata "cenderahati" untuk menggambarkan sesuatu yang diberi itu lebih ikhlas. Kalau hendak diterjemahkan menjadi "lena hati". Maksudnya apabila kita menerima sesuatu pemberian, hati menjadi suka/tenang dan diterjemahkan dengan "lena" atau "cendera". Ada juga yang menggabungkannya dengan kata "durja" yang bermaksud "wajah".

Kalau cendera kenangan. "Lena kenangan". Bagi saya gabungan ini tidak sesuai. Bagaimana dengan saudara?

Istilah02.01.2009
12345678910...

Kembali ke atas