BUKTI YANG MENUNJUKKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA BESAR DUNIA. | Sdr.Mc, jika kita membaca dan melapangkan sedikit masa untuk melihat-lihat buku-buku sejarah tentang kerajaan awal Melaka dan kawasan sekitarnya pasti Sdr. dapat berasa bangga apabila melihat penggunaan bahasa Melayu yang begitu luas digunakan di seluruh kepulauan Melayu. Begitu juga Sdr. akan kagum melihat surat-surat yang dihantar oleh orang Inggeris yang ditulis dalam bahasa Melayu dan menggunakan ejaan jawi. ini adalah sedikit gambaran perasaan yang sangat membanggakan kita. Terima kasih. | Lain-lain | 21.09.2007 |
Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga _____ke China untuk melihat Tembok Besar China yang sungguh terkenal itu. A. melawat B. berkunjung Apakah jawapan yang betul dalam soalan ini ? Mengapakah ? Terima kasih. | Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga berkunjung ke China untuk melihat Tembok Besar China yang sungguh terkenal itu. Berkunjung bermaksud pergi (datang) untuk melihat-lihat (tempat dan lain-lain), manakala melawat bermaksud pergi mengunjungi negara asing (dan lain-lain) juga betul tetapi tidak diikuti dengan kata sendi ke (betul - kami sekeluarga melawat China ...) | Tatabahasa | 02.10.2009 |
Untuk makluman tuan saya ditugaskan di seksyen yang baru di jabatan kami. iaitu Seksyen Inspektorat. Tugas utama Seksyen ini adalah melaksanakan audit terhadap Pengurusan Rekod yang dilaksanakan di Kementerian, jabatan dan agensi kerajaan. Saya mengalami masalah untuk memberi pengertian, makna dan perbezaan di antara: a. Isnpektorat b. Audit Apakah yang dimaksudkan dengan Inspektorat dan Audit ataupun pengauditan. Bolehkan tuan/puan memberi pandangan dari segi bahasa, istilah dan maksud bagi membolehkan kami melaksanakan tugas dan fungsi sesuai dengan yang dimaksudkan. Sekian, terima kasih | Merujuk sumber rujukan kami padanan kata inspectorate dalam sumber rujukan kami ialah Jemaah Pemeriksa, melihat-lihat dengan teliti untuk mengetahui betul tidaknya; atau dalam konteks sekolah/pendidikan ialah Jemaah Nazir. Kata audit pula bermaksud pemeriksaan dan pengesahan kira-kira (berkaitan dengan akaun), manakala pengauditan merujuk hal memeriksa dan mengesahkan sesuatu akaun. Berdasarkan makna yang tersebut seksyen puan menjalankan kerja pemeriksaan (bukan audit/pengauditan) seperti sebuah Badan/Jemaah Pemeriksa. | Makna | 12.01.2011 |
dalam kamus dewan ada simbol anak panah: bermaksud bererti, contoh sink- beerti lihat juga singki. adakah penggunaan sink boleh digunakan dalam bahasa rasmi/baku atau kedua-duanya boleh diguna pakai. | Tanda anak panah bererti lihat, maksudnya lihat perkataan yg di hadapan. contohnya perkataan analisa hendaklah melihat kpd perkataan di hadapannya iaitu analisis. Justeru perkataan analisis adalah yg baku, walau bagaimanapun perkataan analisa masih terakam dlm kamus kerana masih sering digunakan di kalangan awam. | Lain-lain | 07.08.2007 |
6Filem arahan sutradara terkenal itu __________ persoalan tentang kepentinganmemelihara khazanah alam. Amenjelaskan Bmerakamkan Cmelakarkan Dmenyampaikan munsyi, saya syak dengan jawaban yang tepat, haraplah munsyi memberikan sedikit penerangan. TK | Filem arahan sutradara terkenal itu menjelaskan persoalan tentang kepentinganmemelihara khazanah alam. Lihat melihat makna menjelaskan layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=menjelaskan. | Tatabahasa | 05.04.2012 |
Membawa bekal atau Membawa bekalan? Contoh ayat: Dia pun membawa bekalan seperti kita." Aisyah melihat ke arah meja ang bersebelahan dengan meja mereka. | Membawa bekalan. Lihat www.prpm.dbp.gov.my dan lihat perbezaan makna antara kata bekal dan bekalan dan begitu juga dengan kata-kata yang lain. | Tatabahasa | 05.10.2011 |
TERANGKAN PERBEZAAN PENGGUNAAN 'UNTUK' DAN 'BAGI' CONTOH i) Untuk menjawab soalan itu sila ke kaunter hadapan. ii) Bagi menjawab soalan itu sila ke kaunter hadapan. Ayat i atau ayat ii yang betul? atau kedua-duanya betul? | Penggunaan untuk dan bagi hampir sama sahaja, untuk melihat perbezaannya lihat makna kedua-dua perkataan tersebut; UNTUK bermaksud: 1. ditentukan (disediakan) bagi, merupakan bahagian (seseorang dll) 2.guna, bagi, buat: . (digunakan, dipakai) sebagai, dijadikan, supaya menjadi atau dijadikan: 4. (bermaksud) hendak 5. diberikan, dihantar) kepada 6. (melakukan, mengerjakan sesuatu) ; BAGI bermaksud untuk, buat, guna: buku ini sebenarnya ~ adikmu; b) untuk (drpd pihak): ~ kami, itu yg sesenang-senangnya; c) untuk, sebagai. Untuk/bagi menjawab soalan itu sila ke kaunter hadapan. untuk/bagi dlm ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 10.08.2007 |
memanfaatkan atau memberikan manfaat? | Memanfaatkan bermaksud menjadikan bermanfaat, untuk melihat perbezaan penggunaan perkataan yang tersebut sila lihat contoh ayat ini: ... tidaklah sukar untuk memanfaatkan alat-alat ini untuk kajian saintifik dan hubungan antara dua organisma yang memberikan manfaat kepada satu organisma. | Tatabahasa | 24.06.2011 |
Apakah perbezaan di antara "bertanyakan" dengan "menanyakan"? | Bertanyakan bermaksud bertanya berkenaan sesuatu, manakala menanyakan bermaksud bertanya berkenaan sesuatu kepada. Lihat contoh ayat ini untuk melihat perbezaan penggunaan kedua-dua kata tersebut, "Ayah bertanyakan keadaan kesihatan Pak Long melalui anaknya" dan "Ani menanyakan doktor tentang keseriusan penyakit ibunya". | Makna | 07.06.2013 |
Apakah nama untuk daging yang tumbuh di sisi kuku dan di pangkal kuku, yang lazimnya perlu dibuang tetapi tidak menyakitkan apabila dipotong? Terima kasih. | Adakah yang tuan maksudkan ialah kematu, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kematu untuk melihat maksud yang tersebut atau melihat carian/dapatan lain yang tuan maksudkan. | Tatabahasa | 15.09.2013 |