Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.li.lit.kan] | مليليتکن

Definisi : membelitkan, melingkarkan: buat satu lingkaran dgn ~ dawai pd sebatang pensel; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.li.lit.kan] | مليليتکن

Definisi : membelitkan atau melingkarkan sesuatu (pd): Elektromagnet dibuat dgn ~ segelung dawai pd besi yg besar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lilit
Kata Terbitan : melilit, meliliti, melilitkan, lilitan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Bolehkah saya tahu apakah istilah atau perkataannya meletakkan tuala pada leher? Mengalungkan? Melilitkan? atau perkataan lain ang lebih tepat. Apakah pula istilahnya 'Tukang gunting itu __________sehelai tuala pada bahu pelanggannya sebelum mula menggunting rambut.' Sekian, terima kasih.

Perkataan yang sesuai bagi ayat tersebut ialah meletakkan tuala di atas bah. Jika tuala tersebut dililit di lehernya, perkataan yang sesuai ialah lilit.

Tatabahasa04.06.2010
Saya pernah mengajukan soalan mengenai terjemahan khusus bagi isilah 'pinky swear'. Pinky swear sebagaimana yang saya fahami adalah perbuatan menyilangkan anak jari antara dua orang apabila berjanji tentang sesuatu perkara. Tetapi apabila hendak diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, tiada istilah khususkah yang mencerminkan perbuatan pinky swear? Contoh: A mutual agreement was made today, sealed with a pinky swear.Berdasarkan carian kami perkataan pinky swear juga disebut pinky promise. Melihat kepada perbuatan dua orang sahabat menyatakan pinky swear itu (dengan melilitkan jari kelingking antara satu sama lain menandakan persetujuan terhadap janji yang dibuat), kami mencadangkan perkataan janji sahabat atau janji setia digunakan. Tidak ada padanan pinky swear dalam bahasa Melayu, oleh itu kita boleh mencadangkan padanan berdasarkan konsep dan penggunaannya.Istilah07.03.2012

Kembali ke atas