Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lim.pah] | مليمڤه

Definisi : 1. tumpah keluar kerana terlalu banyak atau terlalu penuh (cecair dll): darah pun spt sebak penuh ~ di dlm kota Singapura itu; 2. = melimpah-limpah ki terlalu banyak hingga berlebih-lebih atau tidak termuat, banyak sekali: dlm pertengahan kedua abad ke-18, bangsa asing telah datang melimpah-limpah ke Tanah Melayu; 3. ki turun kpd, datang kpd, diwarisi oleh anak (tentang perangai dll): hanya sisa-sisanya yg jatuh ke tangan orang kita, ~ ke negeri kita ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lim.pah] | مليمڤه

Definisi : tumpah keluar kerana terlalu banyak atau terlalu penuh (cecair dll): air yg di dlm tempayan itu terlalu banyak hingga ~; ~-ruah terlalu banyak keluar kerana terlalu penuh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lim.pah] | مليمڤه

Definisi : 1 tumpah keluar kerana terlalu penuh (bkn benda cair): Air ~ kerana kolah itu sudah terlalu penuh. 2 = melimpah-limpah terlalu banyak hingga berlebih-lebih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
limpah
Kata Terbitan : berlimpah-limpah, melimpah-limpah, melimpah, melimpahkan, limpahan,

Puisi
 

Pokok rambutan tepi kolam,
     Buah dipetik hari-hari;
Intan manikam berselang nilam,
     Cahaya melimpah dalam negeri.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Akar-akar kayu yang direbus itu sudah _________. A mencair B. meruap C. mengering Pilihan di atas manakah sesuai menjadi pilihan jawapan?BolehkaH tuan/puan memberikan penerangannya?Terima kasih.Akar-akar kayu yang direbus itu sudah meruap. Meruap bermaksud mendidih dan melimpah.Tatabahasa24.08.2011
selamat sejahtera. saya ingin mengetahui perkataan flushing toilet, overflow, dan first flush dalam Bahasa Melayu (mengenai rainwater harvesting). sekian, ribuan terima kasih didahului atas bantuan tuan/puan.Padanan bahasa Melayu bagi perkataan yang dikemukakan : flushing toilet = tandas pam atau tandas kumbah; overflow=limpahan atau melimpah; first flush=pam atau kumbah pertamaIstilah11.09.2008

Kembali ke atas