Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ling.kar] | مليڠکر

Definisi : 1. dlm keadaan berlingkar (ber­gelung dll): ular yg diburu semalam didapati ~ kekenyangan di dlm reban ayam; 2. menggulung tali dll supaya berlingkar: ~ rotan; 3. mengikat berlingkar-lingkar, membelit, melilit: seekor ular ~ di badannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ling.kar] | مليڠکر

Definisi : 1 membentuk atau membuat lingkar (drpd sesuatu); menggelung: ~ dawai; ~ rotan. 2 menyulur dsb berbelit-belit; melilit: Seekor ular lidi ~ di lehernya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lingkar
Kata Terbitan : berlingkar, melingkar, melingkari, melingkarkan, terlingkar, lingkaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1." Saya ternampak seekor ular sedang (melingkar/membelit/menyusur) di bawah pokok itu." Yang mana satu pilihan adalah paling sesuai dalam ayat ini? 2. " Banyak pengunjung sedang ( berlambak-lambak/ berdedai-dedai) ke pesta sukan air tersebut." Yang mana satu pilihan adalah paling sesuai dalam ayat ini? 3. "Jabatan ini menghubungkan Kampung A (dan/dengan) Kampung B" Apakah jawapannya? Saya akan menanti jawapan anda..Terima kasih atas bantuan anda.

1. Saya ternampak seekor ular sedang melingkar di bawah pokok itu.

2. Banyak pengunjung sedang berdedai-dedai ke pesta sukan air tersebut.

3. Jambatan ini menghubungkan Kampung A dan Kampung B.

Tatabahasa10.07.2009

Kembali ke atas