| 1." Saya ternampak seekor ular sedang (melingkar/membelit/menyusur) di bawah pokok itu." Yang mana satu pilihan adalah paling sesuai dalam ayat ini? 2. " Banyak pengunjung sedang ( berlambak-lambak/ berdedai-dedai) ke pesta sukan air tersebut." Yang mana satu pilihan adalah paling sesuai dalam ayat ini? 3. "Jabatan ini menghubungkan Kampung A (dan/dengan) Kampung B" Apakah jawapannya? Saya akan menanti jawapan anda..Terima kasih atas bantuan anda. | 1. Saya ternampak seekor ular sedang melingkar di bawah pokok itu. 2. Banyak pengunjung sedang berdedai-dedai ke pesta sukan air tersebut. 3. Jambatan ini menghubungkan Kampung A dan Kampung B. | Tatabahasa | 10.07.2009 |
| 1) duduk melingkari unggun api 2) duduk mengelilingi unggun api Mana satu betul? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud 'melingkari' ialah melingkar, melilit, memĀbelit, mengelilingi atau melingkungi manakala 'mengelilingi' ialah berada (bergerak) di sekitar sesuatu tempat dan lain-lain, melingkari, mengedari atau menjelajah. Maka kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat yang diberikan. | Istilah | 28.11.2025 |