Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ling.ka.ri] | مليڠکري

Definisi : 1. melingkar pd, melilit pd, mem­belit pd: sulur pokok memanjat itu ~ dahan nangka; 2. mengelilingi atau melingkungi: ia berjalan ~ rumah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ling.ka.ri] | مليڠکري

Definisi : 1 melilit (membelit) pd: Sulur pokok kacang itu ~ junjungnya. 2 membentuk lingkar di: Kawat berduri ~ kebunnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lingkar
Kata Terbitan : berlingkar, melingkar, melingkari, melingkarkan, terlingkar, lingkaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum Tuan/Puan, ‘Headband’ yang melingkari dahi (rujukan seperti dalam gambar) dipanggil apa dalam BM? Adakah ‘cekak rambut’ sesuai digunakan?

Padanan bahasa Melayu untuk istilah  "headband " dalam bidang Kesenian ialah cekak kepala.

Istilah20.12.2022
Ular tedung itu________di bawah akar pokok yang besar di belakang rumah Pak Abu. A membelit B menyusur C melingkari D melalui Munsyi, apakah jawaban yang lebih tepat digunakan? TKJawapan yang betul ialah B. menyusur (Ular tedung itu menyusur di bawah akar pokok yang besar di belakang rumah Pak Abu.)Tatabahasa05.04.2012
apakah beza melintas dengan melintasi?
 perbezaannya dapat dilihat melalui definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan Edisi Empat seperti berikut;

melintas = 1. lalu (dgn cepat): seorang Pak Haji ~ di hadapan peminta sedekah itu; 2. merentas (mengikut jalan yg terdekat), memintas: kita harus berjalan melingkari padang ini kerana tidak dibenarkan ~; 3. memotong jalan, menyeberangi jalan: tidak dibenarkan ~ jalan di sini; 4. teringat (ternampak, terkenang, dll) sekejap: benda pertama yg ~ di kepala Jusoh ialah Semaun;

melintasi = 1. lalu di, melalui, mengharungi: pelayaran ~ Atlantik; 2. pergi ke seberang, menyeberangi: habis sahaja makan, Ismail ~ jalan ini menuju lori balak; 3. meng­hindarkan (kesulitan dll), mengatasi;

Tatabahasa20.10.2012

Kembali ke atas