| 1) duduk melingkari unggun api 2) duduk mengelilingi unggun api Mana satu betul? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud 'melingkari' ialah melingkar, melilit, membelit, mengelilingi atau melingkungi manakala 'mengelilingi' ialah berada (bergerak) di sekitar sesuatu tempat dan lain-lain, melingkari, mengedari atau menjelajah. Maka kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat yang diberikan. | Istilah | 28.11.2025 |
| apakah beza melintas dengan melintasi? | perbezaannya dapat dilihat melalui definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan Edisi Empat seperti berikut; melintas = 1. lalu (dgn cepat): seorang Pak Haji ~ di hadapan peminta sedekah itu; 2. merentas (mengikut jalan yg terdekat), memintas: kita harus berjalan melingkari padang ini kerana tidak dibenarkan ~; 3. memotong jalan, menyeberangi jalan: tidak dibenarkan ~ jalan di sini; 4. teringat (ternampak, terkenang, dll) sekejap: benda pertama yg ~ di kepala Jusoh ialah Semaun; melintasi = 1. lalu di, melalui, mengharungi: pelayaran ~ Atlantik; 2. pergi ke seberang, menyeberangi: habis sahaja makan, Ismail ~ jalan ini menuju lori balak; 3. menghindarkan (kesulitan dll), mengatasi; | Tatabahasa | 20.10.2012 |