Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.li.tu.pi] | مليتوڤي

Definisi : menutupi rapat-rapat, menyelimuti, menyelubungi: cara memakai selendang adalah dgn menyangkutkannya hingga ~ kedua-dua belah bahu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.li.tu.pi] | مليتوڤي

Definisi : menutupi rapat-rapat; menyelubungi; menyelimuti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
litup
Kata Terbitan : melitupi, terlitup,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah ayat berikut betul : Suasana yang meriah menyelubungi dewan.Selubung bermaksud menutup, menyelimuti, melitupi, dan menyelaputi. Dalam contoh ayat yang diberikan, jika dicampur dengan unsur estetika, tidak salah menggunakan kata 'menyelubungi' bagi membawa maksud suasana  di dalam dewan itu penuh kemeriahan.Makna17.03.2008
Salam sejahtera, Tuan/puan, Sila nyatakan ayat mana yang betul. 1. Badan kucing dilitupi bulu. 2. Badan kucing diliputi bulu. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, maksud liput dan litup adalah seperti yang berikut:

litup bermaksud tertutup (tertudung dan lain-lain) rapat-rapat hingga tidak kelihatan; melitupi - menutupi rapat-rapat, menyelimuti, menyelubungi; terlitup - tertutup (tertudung) rapat-rapat; litupan - (Geo) sesuatu yg melitupi

liput bermaksud  1. berselubung, bertutup, dipenuhi oleh 2. (kiasan) terselindung, tersembunyi; terliput 1. tertutup oleh sesuatu (air dll); 2. termasuk atau terlingkung (dlm sesuatu kawasan dll)

Berdasarkan maksud yang diberikan, kedua-dua perkataan, iaitu dilitupi dan diliputi boleh digunakan.
Makna25.05.2012

Kembali ke atas