1. Ibu melonggarkan sedikit pintu bilik supaya udara masuk. Sila tanya melonggarkan sesuai digunakan dalam ayat di atas ? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah “Ibu membuka sedikit pintu bilik supaya udara masuk.”
| Tatabahasa | 27.11.2022 |
1)Mereka memberitahu kami bahawa peraturan itu telah dikuatkuasakan mulai penggal pertama persekolahan. 2)Rajesh membuat laporan tentang kejadian itu kepada pihak pengawal. 3)Usah melonggarkan hubungan persahabatan kita yang telah lama terjalin. Tolong betulkan.Terima kasih. | 1. Mereka memberitahu kami bahawa peraturan itu berkuat kuasa mulai penggal pertama persekolahan. 2. Rajesh membuat laporan tentang kejadian itu kepada pihak pengawal. 3. Usah longgarkan hubungan persahabatan kita yang telah lama terjalin. | Tatabahasa | 16.07.2012 |