Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.long.go.kan]/[me.long.go/.kan] | ملوڠݢوقکن

Definisi : menghimpunkan, menim­bunkan, menompokkan: nasi dilonggokkan di dlm daun itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.long.go.kan]/[me.long.go/.kan] | ملوڠݢوقکن

Definisi : menghimpunkan supaya berlonggok; menimbunkan: Mereka ~ buah kelapa yg telah digugurkan itu di satu tempat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
longgok
Kata Terbitan : berlonggok, berlonggok-longgok, melonggokkan, longgokan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Apakah kesalahan ayat-ayat di bawah ini? 1. Rakyat berterima kasih atas perkenan tuanku mencemar duli ke perasmian taman perumahan ini. 2. Nelayan-nelayan melonggokkan ikan-ikan mengikut jenis sebelum menjualnya kepada peraih-peraih yang membuat tawaran yang paling baik. 3. Selain daripada sesak nafas, perokok tegar juga boleh menghidap sakit kerongkong. Terima kasih.1. Rakyat berterima kasih atas perkenan Tuanku mencemar duli ke perasmian taman perumahan ini.

2. Nelayan-nelayan melonggokkan ikan mengikut jenis sebelum menjual ikan tersebut kepada peraih-peraih yang membuat tawaran paling baik.

3. Selain daripada sesak nafas, perokok tegar juga akan mengalami sakit kerongkong.
Tatabahasa23.07.2013

Kembali ke atas