erti meluangkan masa melibatkan diri | Meluangkan masa melibatkan diri bermaksud memperuntukkan/melapangkan masa untuk menyertai sesuatu program. Terima kasih. | Tatabahasa | 10.01.2008 |
Ibu bapa akan meluangkan masa bersama dengan anak-anak untuk menghalang mereka daripada keluar rumah. Q: Adakah ayat ini betul? | Ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak untuk menghalang mereka keluar daripada rumah. | Tatabahasa | 12.08.2012 |
Ibu bapa perlu meluangkan masa untuk menemani anak supaya memupuk hubungan yang mesra. Betulkah penggunaan kata kerja memupuk dalam ayat ini? | Cadangan: Ibu bapa perlu meluangkan masa menemani anak supaya dapat memupuk hubungan yang lebih mesra. | Lain-lain | 01.06.2009 |
Salam tuan/puan, Harap tuan/puan sudi meluangkan masa untuk mengkategorikan kata nama yang saya berikan sebagai contoh di bawah sama ada kata nama am tak hidup institusi (KNATHI) atau kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit (KNATHBIK). Jika KNATHI, tuan/puan boleh tandakan (I) atau jika KNATHBIK) tandakan (B). rumah padang sekolah bank mahkamah gereja masjid tokong kuil perpustakaan muzium istana plaza tol pasar malam tanjung teluk terowong tandas makmal taman dapur langit balai bomba balai polis kompleks sukan pejabat tanah pejabat imigresen universiti pejabat pos kilang roti kedai buku stesen minyak kafe siber Terima kasih yang tidak terhingga. | Pengenalpastian sama ada kata nama am tak hidup institusi (KNATHI) atau kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit (KNATHBIK) dibuat melalui kehadiran kata sendi nama sebelum kata nama tersebut. KNATHI dikenal pasti melalui kehadiran kata sendi nama (KSN) kepada dan daripada sebelum KNATHI, manakala KNATHBIK didahului oleh KSN ke dan dari. Rujuk Tatabahasa Dewan halaman 99-100. | Tatabahasa | 19.11.2014 |
Terima kasih atas bimbingan dan kesanggupan tuan meluangkan masa menjawab soalan saya selama ini. Soalan saya kali ini ialah : (a) Betulkah ayat "Saya berlatih berlari" kerana kata kerja wujud berturutan ? | Puan Wong, Ayat puan boleh dibina dengan tepat seperti yang berikut: (a) Saya sedang berlatih lumba berlari. Nota: Ayat yang puan berikan (saya berlatih berlari) lazimnya merupakan ayat berdailog/lisan bukan ayat dalam bentuk penulisan. Tambahan pula, kata berlatih ada hubungkaitnya dengan sukan lumba seperti berlari, berenang, perahu dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, dalam penulisan perlu dinyatakan jenis sukan tersebut, iaitu lumba berlari sebagai kenyataan keterangan kata kerja/perbuatan. | Tatabahasa | 15.04.2009 |
Adakah kesalahan dalam perenggani ini? Pertama sekali,ibu bapa ialah punca utama remaja terjebak dalam isu buli.Kebanyakkan ibu bapa pada era globalisasi ini bekerja dan mereka tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak mereka.Kekurangan kasih sayang daripada menyebabkan anak-anak memerlukan perhatian.Oleh itu,mereka membuli pelajar lain seolah-olah untuk mendapat perhatian orang lain.Selain itu,ibu bapa yang sering bergaduh dan keluarga berpecah-belai juga merupakan antara faktor yang mendorong remaja terjebak dalam isu buli. | Ibu bapa antara punca utama remaja terjebak dalam isu buli. Kebanyakan ibu bapa pada era globalisasi ini bekerja dan mereka tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak mereka. Kekurangan kasih sayang daripada menyebabkan anak-anak memerlukan perhatian. Selain itu, ibu bapa yang sering bergaduh dan keluarga berpecah-belah juga merupakan antara faktor yang mendorong remaja terjebak dalam isu buli. Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen (walau dihantar satu demi satu). Pada masa akan datang, sila rujuk Kamus Dewan (boleh dilayari melalui laman www.prpm.dbp.gov.my), buku Bujukan Bahasa Melayu dan Dewan.
| Tatabahasa | 28.09.2015 |
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Dalam era globalisasi ini,kebanyakan ibu bapa bekerja.Mereka tidak mampu meluangkan masa dengan anak-anak.Mereka juga tidak dapat mengawasi gerak-geri anak-anak mereka dan bimbang anak-anak akan terpengaruh dengan gejala sosial.Oleh itu,mereka menghantar anak-anak ke kelas tuisyen.Mereka cuba mengetatkan masa anak-anak dengan kelas tuisyen supaya anak-anak tidak dapat melibatkan diri dalam kegiatan tidak berfaedah seperti menyertai kongsi gelap,vandalisme dan melepak dengan kawan. | Ruang yang terhad ini tidak dapat membimbing tuan membina ayat dengan betul. Seelok-eloknya bertanya dengan guru, rujuk sebarang permasalahan bahasa dengan guru kerana mereka dapat membimbing tuan secara berdepan. Untuk makluman tuan juga, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak esei, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan peperiksaan kerana selain bahasa yang perlu diteliti, ketepatan fakta juga perlu diperhati. | Tatabahasa | 29.09.2015 |
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Dalam era globalisasi ini,kebanyakan ibu bapa bekerja.Mereka tidak mampu meluangkan masa dengan anak-anak.Mereka juga tidak dapat mengawasi gerak-geri anak-anak mereka dan bimbang anak-anak akan terpengaruh dengan gejala sosial.Oleh itu,mereka menghantar anak-anak ke kelas tuisyen.Mereka cuba mengetatkan masa anak-anak dengan kelas tuisyen supaya anak-anak tidak dapat melibatkan diri dalam kegiatan tidak berfaedah seperti menyertai kongsi gelap,vandalisme dan melepak dengan kawan. | Untuk lebih lebih memahami binaan ayat dan penggunaan perkataan yang betul, sila bertanya kepada guru di sekolah dan banyakkan berbincang dengan rakan pelajar. Ruang yang terhad ini tidak dapat membimbing pelajar dengan rinci dan jelas. Kami juga tidak menyediakan perkhidmatan menyemak esei atau tulisan, sekalipun dihantar satu demi satu. | Tatabahasa | 29.09.2015 |
salam.. saya berminat untuk menghantar karya seperti sajak kpd pihak DBP..bagaimana caranya??saya saje nak meluangkan masa terluang saya dgn menghantarnya...itu saje.terima kasih | Waalaikumsalam. Terima kasih kerana berminat untuk menghantar karya kepada DBP dan kami amat mengalu-alukannya. Sajak boleh dihantar kepada editor yang berikut untuk dipertimbangkan penerbitannya. 1. Dewan Masyarakat - Mohd Shukri Mohd Arif -shukri_m@dbp.gov.my 2.Dewan Budaya -Aninah - aninah@dbp.gov.my 3. Dewan Sastera- Rozninah abd.Azib -rozninah@dbp.gov.my 6.Tunas Cipta -Ruslan Abd Raffar -arruslan@dbp.gov.my 7. Dewan Bahasa -Zaidi Ismail -zaidi_i@dbp.gov.my 8. Pelita Bahasa -Armin Azhari saleh -armin@dbp.gov.my 9. Dewan Siswa - abd.Ghani abu- ghanig@dbp.gov.my 10.Dewan pelajar -Haziah che Hussin -haziah@dbp.gov.my | Lain-lain | 04.12.2010 |
Berikut merupakan keratan akhbar Berita Harian yang saya baca. KOTA BHARU: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Karim meluangkan masa bertemu anak pasangan yang dipenjara di Sweden, sempena Hari Ibu, hari ini. Berdasarkan ayat di atas, adakah anak atau pun pasangan tersebut yg telah dipenjara? T. Kasih. | Berdasarkan ayat ini jelas menunjukkan pasangan yang dipenjara kerana pertemuan berlaku di Kota Bharu, sedangkan orang yang dipenjara di Sweden. Untuk mengelakkan kekeliruan boleh ditambah sendi nama "kepada" antara perkataan "anak" dan "pasangan" --> anak kepada pasangan. | Makna | 11.05.2014 |