Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lu.ka.kan] | ملوکاکن

Definisi : menyakiti (hati): sindiran yg ~ hati dihamburkan kepadanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melukakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah terdapat perbezaan antara penggunaan tanda baca bahasa Inggeris dan bahasa Melayu? Penggunaan semicolon (noktah bertitik), hyphen (tanda sempang), dash (tanda sengkang) dan sebagainya? Sebagai contoh, Najib terluka; dia tahu Sarah berbuat demikian semata-mata untuk melukakan hatinya. Atau Najib terluka. Dia tahu Sarah berbuat demikian semata-mata untuk melukakan hatinya (yang lazim ditulis). Terima kasih

Untuk penggunaan tanda baca dalam bahasa Melayu, gaya penerbitan DBP berpandukan buku Gaya Dewan Edisi Ketiga dalam Bab 6. Semicolon atau tanda koma bertitik(;)  digunakan seperti yang berikut:

(a)  Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu. (Contoh ayat:  Malam makin larut; kerja masih banyak.)

(b)  Memisahkan klausa yang dimulai dengan kata hubung juga, walau bagaimanapun, malah, di samping itu, oleh yang demikian, sesungguhnya, dan sebagainya. (Contoh ayat:  Harga barang-barang di pasaran tidak turun; malah bertambah naik.)

(c)  Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat. (Contoh ayat:  Karya ini menggunakan berbagai-bagai pendekatan; ada yang menghasilkan kembali analisis Za`ba, disesuaikan ke dalam bentuk buku teks; ada yang menerapkan teori-teori baharu.)

(d)  Memisahkan klausa yang bersiri, yang berlainan kategori, terutama jika bahagian-bahagian keterangannya dipisahkan oleh koma. (Contoh ayat:  Kepada mereka yang selamat, diucapkan syukur; kepada mereka yang cedera, diucapkan sabar; dan kepada keluarga mereka yang gugur, diucapkan takziah.)

 

Berdasarkan huraian di atas, contoh yang tuan/puan berikan tidak sesuai menggunakan tanda koma bertitik dan perlu dipisahkan dengan tanda noktah.
Tatabahasa04.12.2018
Salam Tuan. Yang manakah lebih tepat? “Mengguris hati” atau “menggores hati”? Saya hargai pendapat pihak tuan. Terima kasih.Waalaikumsalam,

Ejaan yang betul bagi perkataan mengguris ialah "menggores". Makna bagi perkataan tersebut ialah menggaris, mencalar, menggarit; menggores hati bermaksud melukakan (menyakitkan) hati, mengharukan. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, di bawah entri "gores".
Ejaan01.06.2018
Adakan perkataa 'mengguris' wujud? saya tidak dapat mencari perkataan ini dalam Kamus Dewan tetapi setahu saya banyak orang yang menggunakan perkataan ini seperti mengguris hati saya. Tolong jelaskan. Terima kasih.Ejaan yang betul bagi perkataan mengguris ialah "menggores". Makna bagi perkataan tersebut ialah menggaris, mencalar, menggarit; menggores hati bermaksud melukakan (menyakitkan) hati, mengharukan. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, di bawah entri "gores".Istilah15.12.2009
1. Amin murid kelas Dua Merah. dalam ayat di atas, perlukah perkataan kelas ditulis dengan huruf besar? 2. Perkataan 'mengguris' tidak terdapat dalam Kamus Dewan, tetapi saya selalu terbaca perkataan ini terutamanya dalam bahasa laras sastera. Minta penjelasan. Terima kasih.

1. Ditulis dengan huruf besar kerana dianggap sebagai nama khas - Amin ialah murid Kelas Dua Merah.

2. Ejaan yang betul bagi perkataan mengguris ialah "menggores". Makna bagi perkataan tersebut ialah menggaris, mencalar, menggarit; menggores hati bermaksud melukakan (menyakitkan) hati, mengharukan

Ejaan02.04.2009

Kembali ke atas