Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lun.cu.ri] | ملونچوري

Definisi : bergerak dgn cepat di, meluncur di: sebuah kereta ~ jalan yg sepi itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lun.cu.ri] | ملونچوري

Definisi : bergerak dgn cepat di: Kereta itu ~ jalan yg kecil dan gelap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meluncuri


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah istilah pelancaran dan peluncuran sama?Ya, sama maknanya bagi hal, perbuatan atau proses meluncur, meluncuri atau meluncurkan sesuatu seperti dalam ayat ini: Peluncuran buku tersebut berjalan lancar.

Kata peluncuran terbit daripada salah satu makna "melancarkan" iaitu memperkenalkan (produk, program dan sebagainya) yang baharu kepada umum buat kali pertamanya secara rasmi.

Kedua-dua kata ini tidak sama bagi makna yang lain.

Makna20.11.2024
Mutakhir ini kerap ditemui pada poster-poster hebahan mengenai penggunaan perkataan "peluncuran" bagi maksud pelancaran (launching) buku, garis panduan, portal dan sebagainya. Adakah penggunaan perkataan peluncuran dalam konteks ini gramatis dan telah diterima pakai? Sekian, terima kasihPenggunaan perkataan yang betul ialah pelancaran, bukan peluncuran. Peluncuran bermaksud perihal (perbuatan dan sebagainya) meluncur, meluncuri atau meluncurkan. Selain itu, ia juga membawa maksud tempat utk meluncur. Untuk keterangan lebih lanjut, saudara boleh rujuk di laman web http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=peluncuran&d=175768&#LIHATSINI
Lain-lain28.12.2020
Apakah maksud madani dan peluncuran? Perkataan ini tiada dalam sistem DBP

Makna madani dalam Kamus Dewan Perdana:

madani adj (bkn masyarakat, generasi dsb) maju dr segi pemikiran, kerohanian, 
akhlak dan kebendaan.

Makna peluncuran dalam Kamus Dewan Perdana:

peluncuran  n 1. hal, perbuatan atau proses meluncur, meluncuri atau meluncurkan sst. 2. tempat utk meluncur.

meluncur ktt 1.(bkn kenderaan, ular dll) bergerak dgn lancar ke sst arah.2 (bkn kata-kata) keluar dgn lancar.

meluncuri kt 1. bergerak dgn lancar di (kolam, jalan raya dsb). 2. melihat atau melawat (laman sesawang, laman sosial dsb) utk mencari maklumat, data dsb.

meluncurkan kt 1. menggerakkan (sst) dgn lancar. 2. mengeluarkan (kata-kata) dgn lancar.

 
Perakaman kata dan makna baharu dalam kamus akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan kosa kata bahasa Melayu. Kata-kata dan makna-makna baharu yang ditemui akan dikumpulkan dan dirakamkan dalam kamus edisi yang seterusnya.

Makna25.07.2023
Memohon penjelasan "Majlis Peluncuran" atau "Majlis Pelancaran"?

Peluncuran dan Pelancaran

 

“Pelancaran” merujuk kepada hal atau perbuatan melancarkan atau memperkenalkan (produk, program dan sebagainya) yang baru kepada umum buat kali pertamanya secara rasmi.

 

“Peluncuran” merujuk kepada hal, perbuatan atau proses meluncur, meluncuri atau meluncurkan sesuatu atau tempat untuk meluncur.

 

Penggunaan perkataan “pelancaran” dalam konteks di negara kita telah mantap dan meluas penggunaannya mengikut kesesuaian makna, manakala penggunaan perkataan “peluncuran” tidak menjadi kebiasaan penggunaan di negara kita, namun boleh digunakan sebagai variasi penggunaan dalam konteks yang bersesuaian.

 

Perakaman kata dan makna baharu dalam kamus akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan kosa kata bahasa Melayu. Perkataan dan makna baharu yang ditemui akan dikumpulkan dan dirakamkan dalam kamus edisi yang seterusnya.

 

“Pelancaran” rujukan: Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1234

 

“Peluncuran” rujukan: Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1367
Tatabahasa20.01.2024
Salam sejahtera tuan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan "Majlis Peluncuran Dasar Pendidikan Digital" pada 28.11.2023. Sehubungan itu, mohon pencerahan tuan adakah sesuai menggunakan perkataan "Peluncuran" dan bolehkah pihak tuan memberikan kesedaran kepada KPM agar semua penjawat awam KPM dapat membiasakan yang betul, membetulkan yang biasa. Terima kasih atas perhatian tuan.

Berdasarkan konteks ayat yang disertakan dalam lampiran, penggunaan perkataan yang betul ialah pelancaran kerana peluncuran merujuk hal, perbuatan atau proses meluncur, meluncuri atau meluncurkan sesuatu atau tempat untuk meluncur.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci,  sila rujuk Kamus Dewan Perdana, halaman 1367.

Makna27.11.2023

Kembali ke atas