Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
luncur
Kata Terbitan : meluncur, meluncurkan, terluncur,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Saya ada dua pernyataan. Harap tuan/puan dapat membantu saya. 1. Yang manakah betul? Majlis Pelancaran Sambutan Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Perpaduan dan Bulan Akademik Peringkat Sekolah atau Majlis Peluncuran Sambutan Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Perpaduan dan Bulan Akademik Peringkat Sekolah? 2. Boleh tuan/puan jelaskan penggunaan "serta"? Terima kasih.1. Perkataan “peluncuran” merujuk kepada hal, perbuatan atau proses meluncur, meluncuri atau meluncurkan sesuatu atau tempat untuk meluncur. Manakala, perkataan “pelancaran” pula merujuk kepada perihal atau perbuatan melancarkan, iaitu memulakan sesuatu gerakan, rancangan dan sebagainya.

Penggunaan perkataan “pelancaran” dalam konteks di negara kita telah mantap dan mengikut kesesuaian makna. Manakala, penggunaan perkataan “peluncuran” tidak menjadi kebiasaan penggunaan di negara kita, namun boleh digunakan sebagai variasi penggunaan dalam konteks yang bersesuaian.

Ayat tersebut diberikan penambahbaikan seperti yang berikut:
“Majlis Pelancaran Sambutan Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Perpaduan dan Bulan Akademik Peringkat Sekolah.”


2. Kata hubung “serta” merupakan kata hubung gabungan, iaitu jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Ayat yang terbentuk dengan menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk gabungan.


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 1234 dan 1367 dan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 251.

Tatabahasa30.05.2025
Apakah maksud madani dan peluncuran? Perkataan ini tiada dalam sistem DBP

Makna madani dalam Kamus Dewan Perdana:

madani adj (bkn masyarakat, generasi dsb) maju dr segi pemikiran, kerohanian, 
akhlak dan kebendaan.

Makna peluncuran dalam Kamus Dewan Perdana:

peluncuran  n 1. hal, perbuatan atau proses meluncur, meluncuri atau meluncurkan sst. 2. tempat utk meluncur.

meluncur ktt 1.(bkn kenderaan, ular dll) bergerak dgn lancar ke sst arah.2 (bkn kata-kata) keluar dgn lancar.

meluncuri kt 1. bergerak dgn lancar di (kolam, jalan raya dsb). 2. melihat atau melawat (laman sesawang, laman sosial dsb) utk mencari maklumat, data dsb.

meluncurkan kt 1. menggerakkan (sst) dgn lancar. 2. mengeluarkan (kata-kata) dgn lancar.

 
Perakaman kata dan makna baharu dalam kamus akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan kosa kata bahasa Melayu. Kata-kata dan makna-makna baharu yang ditemui akan dikumpulkan dan dirakamkan dalam kamus edisi yang seterusnya.

Makna25.07.2023

Kembali ke atas