Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lupa (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tidak ingat: tidak sedar, tidak timbul di ingatan,
Berantonim dengan ingat

Kata Terbitan : melupakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jawapan yang manakah Betul untuk soalan yang berikutnya: - 1) Lalu lintas di situ kembali ________ setelah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dialih ke tepi a) tegang b) pantas c) surut d) pulih 2) Dia tidak dapat melupakan peristiwa yang lucu itu (Perkataan seerti dengan peristiwa) a) suasana b) kejadian c) cerita d) kisah 3) Puan Aida bimbang akan keselamatan anaknya yang tinggal bersendirian di rumah. a) khuatir b) yakin c) tenang d) waspada 4) Adakah struktur ayat ini betul ? Harga sekilo ikan ini berapa ? Sekian, Terima Kasih Ivy

1) Lalu lintas di situ kembali pulih setelah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dialih ke tepi 

2) Dia tidak dapat melupakan peristiwa yang lucu itu - Perkataan seerti dengan peristiwa ialah kejadian

3) Puan Aida bimbang akan keselamatan anaknya yang tinggal bersendirian di rumah. a) khuatir b) yakin c) tenang d) waspada - soalan tidak jelas.

4) Harga sekilo ikan ini berapa? - struktur ayat ini betul.

Tatabahasa19.10.2010
1. Apakah peribahasa persis bagi merujuk kepada seseorang yang melupakan asal usulnya. 2. Bagaimanakah penggunaan kata 'untuk' sebagai kata sendi nama, sebagai kata hubung pancangan keterangan, dan sebagai kata hubung pancangan komplemen?1. Peribahasa yang paling hampir maksudnya ialah - seperti kacang lupakan kulit. 2. Kata sendi nama "untuk" digunakan untuk menunjukkan kegunaan sesuatu (Rumah untuk pekerja telah dibaiki), menyatakan maksud bahagian yang ditentukan (Hadiahini untukmu). Sebagai kata hubung pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama (Nira dikumpulkan untuk dibuat manisan dan tuak). Sbagai kata hubung komplemen berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi pelengkap pada klausa utama (Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar).Tatabahasa09.09.2008
perkataan 'berhubungan' wujud atau tidak. dan apakah maknanya. Sekian, terima kasih

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan berhubungan bermaksud 1. ada  sangkut pautnya (dgn), bersangkutan, bertalian: suasana di kapal menyebabkan dia melupakan segala sesuatu yg ~ dgn dirinya sendiri; ia mengutuk segala yg ~ dgn bekas isterinya itu; 2. berjumpa (dgn), bertemu (dgn), mempunyai pertemuan (dgn): ia berasa hairan kenapa rakannya itu tidak mahu ~ dengannya lagi; PM menjadi ketua Dewan Rakyat dan ia juga sentiasa ~ dgn PM Komanwel; 3. saling berhubungan.

Istilah25.11.2009
Merujuk soalan 33 yang telah saya tanya sebelum ini iaitu ' mereka mencuba melupakan masalah itu'. Akhirnya, tuan menjelaskan bahawa ayat aktif di atas perlu dipasifkan menjadi ' Masalah itu cuba dilupakan oleh mereka'. kata ' mencuba ' (dalam ayat aktif )pula ' menjadi ' cuba' ( dalam ayat pasif). Penjelasan tuan telah saya fahami. Cuma saya ingin tahu sebab 'meN- ' itu boleh digugurkan begitu sahaja. Sekurang-kurangnya'meN-' akan menjadi 'di' (jika pelaku KGND ketiga ) atau tanpa imbuhan 'di" (jika pelaku KGND 1 @2). untuk makluman tuan, saya sedang berusaha menjadi Munsyi Dewan yang lebih baik. Oleh itu saya perlu rajin bertanya. Tuanlah menjadi tempat rujukan saya . Tuan juga yang menjadikan saya lebih yakin berhadapan dengan khalayak. Terima kasih.

Imbuhan meN- tidak digunakan dalam ayat pasif. Bagi ayat tersebut "cuba" ialah kata bantu, manakala "dilakukan" ialah kata kerja, maka tidak perlu kata bantu diberi imbuhan. Selain itu, ada sesetengah kata kerja tidak memerlukan imbuhan seperti "makan" dan "minum".

Tatabahasa30.04.2009

Kembali ke atas