Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mém] | ميم

Definisi : (mém) bp sebutan utk perempuan (Ero­pah) yg sudah berkahwin, nyonya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mem


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)Apakah perbezaan perkataan dengan imbuhan mem...kan dan imbuhan mem sahaja? Contohnya, memberi dan memberikan. 2)bagaimanakah kita hendak membezakan sama ada perkataan itu dieja dengan '-' atau tidak. Contohnya sampah sarap @ sampah-sarap, rempah ratus @ rempah-ratus 3)yang mana satu betul ? Menghentikan @ memberhentikan? Jikalau kedua-duanya betul, apakah perbezaannya?Awalan mem- ialah salah satu daripada alomorf meN-, iaitu kata kerja yang mendukung maksud melakukan sesuatu. Penggunaan kata kerja dengan awalan meN- boleh menerbitkan dua makna, iaitu sama ada melakukan perbuatan seperti mengarang dan mengaum; serta menyatakan keadaan seperti seperti membujang dan memanjang. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 151 - 161. Manakala kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-...-kan menghasilkan kata kerja transitif dengan maksud membuat sesuatu yang terkandung dalam kata kerja dasar seperti ... merundingkan Projek Ikhtiar; maksud kausatif atau menyebabkan seperti ... membesarkan rumah; dan maksud benefaktif atau manfaat seperti ... membelikan adik buku. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 191 - 197.Tatabahasa28.10.2014
Selamat sejahtera. Saya ingin bertanya tentang apakah perbezaan dalam penggunaan imbuhan mem..kan dengan mem..i ? Dan buku manakah yang sesuai dalam kajian tatabahasa Bahasa Malaysia?

Apabila dibandingkan penggunaan apitan meN-...-kan dengan meN-...-i, fungsinya dapat dibahagikan kepada tiga:

i. Fungsi apitan meN-...-kan menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i mendakan lokatif. Contohnya: Ayah menghadiahkan sebuah basikal kepada Osman, Ayah menghadiahi Osman sebuah basikal.

ii. Bagi kata kerja tertentu, lazimnya apitan meN-...-kan menerima objek yang tidak bernyawa, manakala meN-...-i menerima objek yang bernyawa. Contohnya: Ali memberi kucing makan, Ali memberikan makanan kepada kucing.

iii. Bagi sebilangan kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya: Mereka cuba melupai/melupakan peristiwa itu.

Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 207-208.

Tatabahasa24.06.2011
1.apakah perbezaan antara penambahan dan pertambahan?penambahan bilangan sekolah sedang diusahakan oleh pihak tertentu.adakah ayat ini betul?kalau betul mengapa? 2.apakah perbezaan antara imbuhan mem...i atau mem...kan. terima kasih

Saudara Khoo,

1. Perkataan pertambahan bermaksud perihal bertambah: penduduk luar bandar sedang mengalami ~ besar;

Perkataan penambahan bermaksud 1. perihal menambah (menambahi, menambahkan), perihal memberi tambahan pd; 2. perihal memberi imbuhan pd kata pokok.  Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Dalam hal ini ayat yang betul ialah 'Penambahan bilangan sekolah sedang diusahakan oleh pihak tertentu. 

2.  Imbuhan meN...kan dan meN...i  berbeza dari segi fungsinya. MeN...kan menandakan kausatif manakala meN...i menandakan lokatif. Contohnya,

a. Pak Osman menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad. 

b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, halaman 197-207.  

Tatabahasa25.08.2009
Apakah penceraian suku kata bagi perkataan "membuang"? Adakah (mem-bu-ang)? Terima kasih.Pemenggalan yang betul ialah mem.buangLain-lain28.10.2017
1)apakah perbezaan antara pelbagai dan berbagai 2) jika ada perkataan mem.....kan tak perlu ada perkataan "tentang" 3) memperluas atau memperluaskan 4) bagaimana penggunaan mem...per...kan

1. Pelbagai sama makna dengan berbagai-bagai.

2. Terdapat beberapa peraturan dalam penggunaan apitan meN-...-kan, iaitu: i. bentuk apitan meN-...-kan, ii. golongan kata yang boleh bergabung dengan meN-...-kan, iv. jenis kata kerja yang terbentuk, dan iv. aspek makna apitan me-...-kan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 190 - 197 untuk mengetahui setiap peraturan yang tersebut. Sementara itu, salah satu makna tentang ialah mengenai, dan penggunaan kata tentang perlu disesuaikan dengan makna yang tersebut.

3. Kata terbitan yang betul ialah memperluas.

4. Kata nama dan kata kerja boleh bergabung dengan apitan memper-...-kan untuk membentuk kata kerja, contohnya: isteri (kata nama) - memperisterikan, dengar (kata kerja) - memperdengarkan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 209.

Tatabahasa22.04.2010
Dalam Tatabahasa Dewan oleh Karim et al. (2011)awalan meN-mempunyai 4 alomorf, iaitu:me-, men-, mem-, dan meng-. Dalam Nahu Melayu Mutakhir oleh Asmah Hj. Omar dan Morfologi oleh Abdullah Hasan, awalan meN- mengandungi 6 alomorf, iaitu: me-, men-, mem-, meng-, meny- dan menge-. Mengapakah alomorf meny-, dan menge- tidak tergolong sebagai bentuk awalan meN- dalam Tatabahasa Dewan? Di manakah kedua-dua alomorf itu dimasukkan?Khidmat Nasihat Bahasa tidak mempunyai maklumat tentang awalan meN- mempunyai 4 alomorf sahaja, iaitu me-, men-,mem-, dan meng- kenapa meny-, dan menge- tidak tergolong sebagai bentuk awalan meN- dalam Tatabahasa Dewan. Hal ini perlu dirujuk terus kepada penyusun buku Tatabahasa Dewan. Untuk makluman puan, menye- ada di bawah me-, iaitu apabila kata dasar yang bermula dengan huruf s menerima awalan me- seperti susun apabila menerima awalan me- mengalami perubahan huruf pertama dalam kata dasar (s kepada ny) menjadi menyusun. Menge- pula wujud di bawah meng- bagi kata dasar yang terdiri daripada satu suku kata seperti had apabila menerima awalan meng- menjadi mengehadkan. Tatabahasa20.10.2012
Dalam Tatabahasa Dewan, awalan meN- mempunyai 4 alomorf me-, men-,mem-, dan meng-. Mengapa meny-, dan menge- tidak tergolong sebagai bentuk awalan meN- dalam Tatabahasa Dewan? Dimanakah kedua-dua alomorf itu dimasukkan?Khidmat Nasihat Bahasa tidak mempunyai maklumat tentang awalan meN- mempunyai 4 alomorf sahaja, iaitu me-, men-,mem-, dan meng-. Mengapa meny-, dan menge- tidak tergolong sebagai bentuk awalan meN- dalam Tatabahasa Dewan. Hal ini perlu dirujuk terus kepada penyusun buku Tatabahasa Dewan. Walau bagaimanpun menye- ada di bawah me-, iaitu apabila kata dasar yang bermula dengan huruf s menerima awalan meN-. Menge- wujud di bawah meng- bagi kata dasar yang terdiri daripada satu suku kata.Tatabahasa19.10.2012
Salam, Bagaimanakah menentukan pecahan suku kata berikut: 1. paip - pa/ip atau paip? 2. seluar - se/luar atau se/lu/ar? 3. seorang - se/o/rang atau seo/rang? 4. berada - ber/a/da atau be/ra/da? 5. keadaan - ke/a/da/an atau kea/daan atau ke/a/daan? 6. mempunyai - mem/pu/nyai atau mem/pu/nya/i? Boleh tolong huraikan kenapa berlaku pecahan sebegitu? Terima kasih!Pecahan suku kata yang betul ialah pa.ip; se.lu.ar; se.o.rang; ber.a.da; ke.a.da.an; dan mem.pu.nya.i. Pecahan ini berdasarkan kaedah pemenggalan suku kata ejaan dalam sistem ejaan bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi.Tatabahasa11.05.2012
Salam, bagaimanakah menentukan pecahan suku kata berikut: 1. paip - pa/ip atau paip? 2. seluar - se/luar atau se/lu/ar? 3. seorang - se/o/rang atau seo/rang? 4. berada - ber/a/da atau be/ra/da? 5. keadaan - ke/a/da/an atau kea/daan atau ke/a/daan? 6. mempunyai - mem/pu/nyai atau mem/pu/nya/i? Boleh tolong huraikan kenapa berlaku pecahan sebegitu? Terima kasih!Pecahan suku kata yang betul ialah:
1. [paip]
2. [se.luar]
3. [se.0.rang]
4. [be.ra.da] / [ber.a.da]
5. [ke.a.da.an]
6. [mem.pu.nya.i]
Tokoh24.05.2012
Adakah penggunaan imbuhan mem, per, kan boleh digunakanApitan memper-...-kan boleh bergabung kata nama dan kata kerja untuk membentuk kata kerja. Contohnya,

kata nama:

isteri    - memperisterikan

senda - mempersendakan

kata kerja:

dengar -  memperdengarkan

bahas - memperbahaskan

Walau bagaimanpun apitan memper-...-kan tidak boleh bergabung dengan kata adjektif, sebaliknya awalan memper ... digunakan dengan kata adjektif untuk membawa makna menjadikan lebih atau bertambah. Contohnya, besar - memperbesar (menjadi lebih besar atau bertambah besar) dan indah - merperindah (menjadikan bertambah indah).

untuk makluman lanjut sila dapatkan buku tatabahasa Dewan dan rujuk halaman 198 - 200

Tatabahasa02.05.2013
1234567

Kembali ke atas