Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.Öaf.kan] | ممعافکن

Definisi : mengampunkan kesalahan (ke­silapan dll), tidak menganggap salah dll lagi: sudilah kiranya engkau ~ kesalahanku lahir batin, dunia akhirat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.Öaf.kan] | ممعافکن

Definisi : memberi maaf atas kesalahannya dll; mengampunkan: Aku tidak mahu ~ kesalahannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maaf
Bersinonim dengan ampun, magfirat, belas kasihan;,
Kata Terbitan : bermaaf-maafan, memaafkan, kemaafan, permaafan, pemaaf,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Sekiranya satu Sistem ICT dibangunkan bagi sesuatu negeri dan sistem berkenaan kemudiannya dipersetujui untuk digunakan juga di negeri-negeri lain. Manakah yang lebih tepat? i. Implikasi kos bagi pengembangan sistem ke seluruh negara ii. Implikasi kos bagi perluasan penggunaan sistem ke seluruh negara DAN i. Sistem berkenaan akan diperkembangkan ke seluruh negara ii. Sistem berkenaan akan diperluaskan penggunaannya ke seluruh negara Terima kasih.i.  Implikasi kos bagi perluasan penggunaan sistem ke seluruh negara.

Untuk makluman puan, implikasi ialah 1. sesuatu (maksud, tujuan, dsb) yang disindirkan atau dibayangkan, tetapi tidak dinyatakan secara terus terang: apakah ~ kata-kata kamu itu? 2. kiasan, bayangan (tidak terus terang): kita tidak dapat memaafkan Rahim yg membiarkan si ibu terus tidak mengetahui apa-apa, kalaupun secara ~; 3. kesan (kemungkinan dsb) yg terbit atau dapat ditakrif drpd sesuatu:

Kami memohob penjelasan kiranya sistem yang dibangunkan itu memberi kesan pada kos seperti yang dimaksudkan dalam ayat.


ii. Sistem berkenaan akan diperluas penggunaannya ke seluruh negara.
Tatabahasa04.12.2013

Kembali ke atas