| Dalam surat rasmi, selalunya ungkapan ini ditulis iaitu ' Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk'. Pada saya ' adalah dirujuk' salah dari segi penggunaannya. memadailah jika ditulis' ... di atas dirujuk'. Minta pandangan tuan. Terima kasih. | Encik Wong, Yang betul ialah 'perkara di atas dirujuk'. Penggunaan kata pemeri 'adalah' di hadapan kata kerja salah. | Tatabahasa | 22.03.2010 |
| Merujuk soalan 106, saya berpendapat' sampah bertaburan' betul sebaliknya ' sampah sarap bertaburan' adalah kurang tepat . Hal ini adalah kerana 'bertaburan' mempunyai maksud jamak. Oleh itu, memadailah subjeknya ditulis' sampah' daripada menggunakan' sampah sarap' yang membawa maksud bermacam-macam sampah. Sila beri pandangan tuan. terima kasih. | Kedua-duanya betul. Sampah sarap bertaburan bermaksud terdapat berbagai-bagai jenis sampah yang bertaburan. | Lain-lain | 14.05.2010 |
| Adakah penggunaan perkataan "diwara" di dalam ayat berikut betul atau salah? Atau adakah saya sepatut menggunakan perkataan "diuar-uar" Ayatnya adalah : "Polisi Perakuanan yang dicadang adalah selaras dengan polisi–polisi yang dilulus dan diwara oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (Malaysian Accounting Standards Board (MASB)) untuk pihak swasta." | Puan Aisya,Ayat di bawah ini merupakan cadangan pihak kami dengan mengedit ayat puan adalah seperti yang berikut: "Polisi Perakaunan yang dicadangkan oleh ........(mohon diberitahu pihak yang mencadangkan polisi ini) adalah selaras dengan polisi–polisi yang telah diluluskan dan diwartakan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (Malaysian Accounting Standards Board (MASB)) untuk pihak swasta." Dalam konteks ayat puan, penggunaan kata diuar-uar dan wara kurang tepat. Hal ini kerana, kata diuar-uar/wara membawa maksud pengumuman yang dibuat dengan meneriakkannya kuat-kuat. Tambahan pula, polisi perakaunan merupakan peraturan atau dasar bukannya program yang perlu diuar-uarkan kepada orang ramai, memadailah dengan mewartakannya. Kata warta sering kali digunakan dalam laras bahasa undang-undang. | Tatabahasa | 24.04.2009 |