Antara berikut ayat manakah bnetul? 1. Ahli bomba sedang memadam api. 2. Ahli bomba sedang memadamkan api. Apakah perbezaan "memadam" dan "memadamkan". Sekiranya ayat tersebut betul atau salah, bolehkah saya tahu mengapa? Terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah Ahli bomba sedang memadamkan api. Kata kerja padam menerima apitan men-...-kan untuk membentuk kata kerja transitif, memadamkan. Kata kerja transitif digunakan sebagai unsur predikat yang memerlukan objek atau penyambut. Dalam ayat ini, kata kerja transitif memadamkan menerima satu objek iaitu api. | Tatabahasa | 22.03.2018 |
Salam sejahtera. Minta pencerahan tentang a. memadam papan hitam b. memadamkan papan hitam Mana satu yang betul? Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah memadam papan hitam. | Lain-lain | 25.07.2022 |
Ayat yang manakah betul: (1) Seorang murid sedang memadam papan tulis. (2) Seorang murid sedang memadamkan papan tulis. | Seorang murid sedang memadam papan tulis. | Tatabahasa | 05.04.2013 |
Soalan : A. Memadamakan papan hitam B. Memadam papan hitam Yang manakah betul dari segi bahasa? sebab saya pernah lihat pada buku rujukan banyak menggunakan 'memadam papan hitam ' | Ayat yang gramatis ialah memadamkan tulisan pada papan hitam sama seperti memadamkan api atau memadamkan kebakaran. | Tatabahasa | 09.01.2013 |
Soalan : A. Memadamakan papan hitam B. Memadam papan hitam Yang manakah betul dari segi bahasa? sebab saya pernah lihat pada buku rujukan banyak menggunakan 'memadam papan hitam ' Terima Kasih. | Ayat yang gramatis ialah "memadankan tulisan pada papan hitam" kerana yang dipadamkan ialah tulisan bukan papan hitam. | Tatabahasa | 27.12.2012 |
Apakah padanan bagi: extinguishing, fighting, preventing, and controlling fires adakah "memadam, menentang, mencegah, dan mengawal kebakaran" padanan yang tepat? | Cadangan terjemahan bagi ayat extinguishing, fighting, preventing, and controlling fires ialah memadam, mencegah, dan mengawal kebakaran. | Makna | 30.03.2022 |
1. Apakah maksud " berwas-was " ? 2. Ali "memadam" papan hitam atau " memadamkan " papan hitam ? Manakah satu jawapan betul ? Terima kasih.. | 1. Waswas ialah ejaan yang betul dan maksudnya ialah perasaan sangsi atau curiga terhadap sesuatu. 2. Frasa yang betul ialah Ali memadam papan hitam. | Makna | 08.04.2010 |
Salam sejahtera. Apakah perbezaan antara memberi dan memberikan, memadam dan memadamkan? terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, memberi 1. menyampaikan (sesuatu) kpd seseorang (utk disimpan, digunakan atau utk sesuatu keperluan): kerani itu ~ saya dua helai borang kosong utk diisi; dia ~ adiknya sebuah buku cerita. Memberikan pula bermaksud 1. menyerahkan sesuatu kpd: ada orang yg sudi ~ sesuap nasi kepadanya; 2. melakukan sesuatu utk (faedah) orang lain: ~ pelajaran; ~ pertolongan; ~ layanan yg istimewa; 3. menyatakan sesuatu kpd orang lain spt yg diperlukan atau dikehendaki: ~ taklimat fatwa; 4. mendatangkan, menghasilkan: makanan yg ~ tenaga; ~ kesan. Istilah yang betul ialah memadamkan, bukan memadam yang bermaksud 1. mematikan (api dll): ~ api; lampu hendak kaupadamkan; 2. menghilangkan (perasaan, keinginan, semangat, dll), menenangkan: ~ berahi; ~ sekali segala harapan; 3. meredakan, menenteramkan (kekacauan dll); 4. menghilangkan dahaga; 5. menghilangkan, melenyapkan: angin sejuk itu tidak dapat ~ titik-titik keringat di dahinya; ~ tulisan; | Tatabahasa | 29.07.2010 |
tuan, ali sedang memadam / memadamkan papan hitam. bolehkah tuan terangkan makna dan perbezaan kedua-dua perkataan tersebut. sekian terima kasih. | Ali sedang memadamkan papan hitam. | Tatabahasa | 10.05.2010 |
Bolehkah kita membina ayat seperti ini: “Adik memadam papan hitam dengan bersih.” Terima kasih. | Ayat yang dibina betul. | Tatabahasa | 28.03.2020 |