Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.du.kan] | ممادوکن

Definisi : menjadikan padu, menggabungkan supaya menjadi satu, mencampur­kan, menyatukan: ~ fahaman semua manusia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.du.kan] | ممادوکن

Definisi : menjadikan sbg madu: isteri-nya tidak rela dimadukan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.du.kan] | ممادوکن

Definisi : menjadikan sbg madu: Dia keberatan jika dirinya dimadukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
padu (adjektif)
1. Bersinonim dengan mampat: padat, tumpat, pejal, kimpal, rapat, ketat, penuh, sarat, sendat,
Berantonim dengan longgar

2. Bersinonim dengan kukuh: teguh, utuh, kuat,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : bersepadu, berpadu, memadu, memadukan, terpadu, paduan, pemaduan, kepaduan, perpaduan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
sama ada penggunaan perkataan idi bawah betul atau sebaliknya : menggembelengkan sokonganKamus Dewan Edisi Empat memberi makna menggembleng sebagai menyatukan atau memadukan (tenaga, modal, dan lain-lain) untuk melakukan (meng­hasilkan, memperteguh) sesuatu: penduduk kampung itu menggembleng tenaga untuk membina jambatan itu; bank mempunyai peranan penting bagi menggembleng modal dalam negeri untuk membiayai perusahaan.

Perkataan gembleng kurang sesuai digunakan untuk sokongan. Perkataan yang lebih sesuai ialah mendapat sokongan, menguatkan sokongan.
Tatabahasa08.02.2013
apakah yang dimaksudkan dengan pemajmukan istilah?Pemajmukan ialah perihal (proses atau perbuat­an) memajmukkan, penghasilan atau pen­ciptaan sesuatu dgn memadukan dua atau beberapa bahagian atau unsur, penggabungan unsur-unsur dsb menjadi satu kesatuan: peng-gabungan perkataan yg membawa satu makna yg tertentu disebut ~ dan hasilnya disebut kata majmuk.Makna01.02.2010

Kembali ke atas