Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.gar] | مماݢر

Definisi : 1. membuat pagar, memasang pagar: pohon-pohon mempelam dlm kebun itu dipagar berkeliling dgn besi; 2. menye­rupai pagar; ~ diri menjaga diri; ~ diri bagai aur prb Mn menjaga dan memikirkan dirinya anak-ber­anak sahaja (tidak mempedulikan orang lain); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.gar] | مماݢر

Definisi : membuat pagar di; mendirikan pagar di: Dia ~ kawasan rumahnya. ~ diri menjaga diri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pagar (kata nama)
Bersinonim dengan pagar pokok, pagar hidup, pagar renek, pagar kawat, pagar pancang, pagar sua;,
Kata Terbitan : berpagar, berpagarkan, memagar, memagari,

Puisi
 

Batang rhu dibuat pagar,
     Hendak memagar Kuala Kelang;
Tujuh guru saya belajar,
     Hendak menjinak burung terbang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Memagar diri bagai aur.

Bermaksud :

Hanya memikirkan diri sendiri saja.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana hendak bezakan perkataan berikut dalam ayat? 1. memagar 2. memagarkan 3. memagari

1.  memagar bermaksud membuat pagar di; mendirikan pagar.  Contoh  ayat: Dia memagar kawasan rumahnya.

2. memagarkan bermaksud menjadikan sesuatu sebagai pagar; memasang sesuatu sebagai pagar. Contoh ayat: Pak Abu memagarkan buluh di keliling kebunnya.

3. memagari bermaksud menjadi (seperti) pagar pada; mengelilingi sesuatu seperti pagar. contoh ayat: Pokok-pokok puding memagari kawasan rumahnya. 

Tatabahasa21.09.2011
Pak Samad sedang ........ lebihan dawai kawat yang telah digunakan untuk memagar kebunnya. Gelung atau gulung....Merujuk Kamus Dewan kedua-dua jawapan tersebut betul, namun pada kebiasaannya gelung lebih sedikit ukurannya berbanding dengan gulung. Oleh itu, soalan tersebut menunjukkan lebihan  lingkaran dawai yang ukurannya tidaklah sepanjang mana, jawapan yang paling tepat ialah gelung.Lain-lain26.08.2015
Adakah betul dan gramatis ayat- ayat berikut ? 1. Dia memagari perkarangan rumahnya. 2. Pohon -pohon buluh memagari kawasan rumahnya. 3. Dia memagarkan pohon- pohon buluh di kawasan rumahnya.

Berdasarkan soalan, Ayat 2 dan 3 betul. 
 Berikut definisi dan contoh ayat agar lebih memahami penggunaan perkataan tersebut.

1.  memagar bermaksud membuat pagar di; mendirikan pagar.  Contoh  ayat: Dia memagar kawasan rumahnya.

2. memagarkan bermaksud menjadikan sesuatu sebagai pagar; memasang sesuatu sebagai pagar. Contoh ayat: Pak Abu memagarkan buluh di keliling kebunnya.

3. memagari bermaksud menjadi (seperti) pagar pada; mengelilingi sesuatu seperti pagar. contoh ayat: Pokok-pokok puding memagari kawasan rumahnya. 

Tatabahasa12.12.2012

Kembali ke atas