Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.ha.mi] | ممهمي

Definisi : 1. tahu dan mengerti benar akan sesuatu: dia dapat ~ setiap pelajaran yg diajarkan oleh gurunya dgn baik; 2. menyelami perasaan seseorang: ibunya amat ~nya; 3. memandang, menganggap: dia ~ lawatan para menteri kerajaan pusat ke Singapura sbg suatu kebengisan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.ha.mi] | ممهمي

Definisi : 1 tahu benar akan sesuatu; mengetahui; memaklumi: Dia tidak dpt ~ apa-apa yg diucapkan oleh pemuda itu. 2 pandai dan tahu benar akan sesuatu hal: Beliau juga ~ bahasa Perancis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memahami


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saling faham memahami atau saling memahami atau faham memahami?saling memahami...Tatabahasa20.09.2012
memahami

Assalamualaikum.

Pertanyaan saudara tidak jelas.

Lain-lain16.08.2010
ingin memahami dengan lebih mendalam mengenai penggunaan kata tugas "daripada". Contoh: Dia mengeluar pen daripada poket. (Adakah poket itu ialah tempat jadi... harus letakkan kata tugas "dari". Ataupun poket itu, sumber - jadi ayat itu betul?). Tolong jelaskan hukum "daripada dan dari" dengan jelas. Terima kasih

Sendi Nama "daripada"

Umumnya diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan manusia, unsur abstrak, perbandingan, sumber atau asal sesuatu benda, sebahagian daripada semua dan perbezaan. Menurut funsi tersebut, penggunaan SN daripada ini dapat dibahagikan kepada enam bahagian seperti yang berikut:

1. Sebagai kata yang letaknya di hadapan kata yang menyatakan manusia, dengan unsur manusia sebagai punca atau "tempat" datangnya sesuatu.

Contohnya: Aku tidak tahu daripada siapa dia mewarisi paras yang secantik itu.

2. Sebagai kata yang letaknya di hadapan kata nama atau frasa yang menyatakan sesuatu unsur yang abstrak.

Contohnya: Apabila Janaki telah baik daripada sakitnya, dia datang mengunjungi aku.

3. Menunjukkan perbandingan atau tahap yang didahulukan dan dikemudiankan.

Contohnya: Dia lebih pendiam daripada dulu.

4. Sebagai kata yang letaknya di hadapan kata nama atau frasa yang menyatakan penceraian sedikit daripada banyak atau menyatakan sebahagian daripada semua.

Contohnya: Enam orang daripada mereka mati disambar petir.

5. Menunjukkan perbezaan atau kelainan.

Contohnya: Cara hidupkau berbeza daripada cara hidupku.

6. Sebagai kata yang letaknya di hadapan kata nama atau frasa yang menyatakan maksud sumber atau asal.

Contohnya: Kulihat sebuah rumah kecil yang diperbuat daripada tanah.

 

Sendi Nama "dari".

Digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan araha, tempat atau waktu.

Contoh:

1. Hilmy keluar dari dalam bilik itu.

2. "Lama dah kak, dari pagi tadi".

3. Aku melangkah keluar dari rumahnya.

4. Dia betah sekali duduk bersila dari waktu sesudah sembahyang Isyak sampailah menjelang dinihari. 

 

 Yang betul: Dia mengeluar pen dari poket.

Poket dianggap tempat bukan sumber.

Tatabahasa22.08.2009
saya kurang memahami maksud ayat ini. jika perlu sila berikan saya contoh ayat yang lebih mudah untuk difahami. Untuk menyelamatkan seseorang daripada serangan yang bertujuan untuk mengurung secara salah.Frasa mengurung secara salah bermakna tindakan mengurung seseorang sama ada di rumah atau diculik dan dikurung. Walau bagaimanapun, ayat tersebut mungkin merupakan terjemahan daripada teks bahasa Inggeris. Sila terjemahkan teks asalnya dengan betul atau jelaskan konteks penggunaannya.Tatabahasa15.04.2009
bagaimana ingin memahami sesuatu ayat??Untuk memahami sesutu ayat sdr bolehlah membaca buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat. Di dalamnya diterangkan secara terperinci ttg pelbagai jenis ayat. T kasih.Makna21.08.2008
Saya memerlukan huraian terperinci untuk memahami fungsi imbuhan men-...-kan dan men-...-i dalam kata kerja transitif aktif. kesukaran saya memahami penggunaan imbuhan apitan dalam kata kerja ini amat memeningkan kepala. walaupun penerangan tentang imbuhan ini dalam buku tatabahasa agak jelas pada mulanya namun apabila diajukan pertanyaan ataupun ayat yang baru ia agak menyukarkan saya sama ada akan menggunakan imbuhan men...kan ataupu meng...i dalam memastikan penggunaan imbuhan ini tepat dan gramatis dalam ayat. sebagai contoh diperturunkan contoh penggunaan imbuhan ini sebagai mana yang tercatat dalam buku Tatabahasa Dewan halaman 372. ayat 1: Ahmad menghadiahkan buku kepada Ali.( betul) ayat 2 : Ahmad menghadiahi Ali buku.(betul) berdasarkan contoh ayat di atas saya memerlukan huraian yang terperinci penggunaan imbuhan tersebut dalam ayat dan cara untuk memahami penggunaan imbuhan ini apabila berhadapan dengan ayat yang berbeza dalam sesebuah petikan atau rencana. Adakah terdapat perbezaan hukum penggunaan imbuhan ini apabila sesuatu ayat itu mengandungi satu objek ataupun dua objek.Fungsi apitan meN-...i -kan dengan meN-...-i terbahagi tiga:
(1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal.
(2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan.
(3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu. Untuk maklumat lanjut, lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 207.
Tatabahasa11.10.2012
assalamualaikum,saya nak tanya kalau bljr bahasa melayu mesti faham konsep juga

Izfa,

Tidak semua perkara dalam pembelajaran bahasa itu berkehendakkan supaya kita memahami konsepnya. Yang jelas apabila kita bercakap tentang pembentukan sesuatu istilah untuk memahami apakah istilah yang paling sesuai atau yang paling tepat maka ketika itulah kita perlu memahami konsep sesuatu istilah itu.

Istilah18.04.2010
selamat sejahtera saya ingin bertanya mengenai tajuk pembentangan yang bertajuk 'Warga yang Berbudaya,Memahami Tradisi Bangsa'.Apakah yang perlu saya bincangkan mengenai tajuk tersebut?Sila rujuk bahan ini : 1. Warga yang berbudaya, memahami tradisi bangsa oleh AGA Dewan Budaya 01/01/2007. 2. Budaya identiti bangsa [diwawancara oleh Ghafar Abdullah] A. Aziz Deraman Dewan Budaya 01/10/1986. 3. Cabaran dan masa depan Dasar Kebudayaan Kebangsaan A. Aziz Deraman Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 01/12/2004. 4. Menghayati budaya bangsa Hassan Ahmad Dewan Budaya 01/08/2004 TLain-lain07.08.2007
salam...saya agak kurang faham dengan kata adverba. soalan saya, adakah setiap perkataan selepas kata kerja merupakan kata adverba ? Adakah setiap kata adverba itu perlu diikuti selepas kata sendi nama??Untuk lebih memahami kata adverba kita perlu memahami fungsi kata tersebut iaitu menerangkan kata kerja,kata adjektif atau frasa sendi nama, contohnya; "Beliau selalu memperkatakan hal itu", "Anaknya datang ke sini diam-diam". Kedua-dua contoh ini kata adverba yang menerangkan kata kerja dan jika diperhatikan kata adverba dapat hadir sama ada sebelum atau selepas unsur yang diterangkan (kata kerja). Contoh lain; "Kami serat-merta ke rumahnya apabila mendapat khabar itu" dan "Orang tua itu itu selalu ke tepi tasik menyendiri". kata adverba yang merangkan frasa sendi nama. Kata adverba juga dapat hadir sebelum atau selepas unsur yang diterangkan (frasa sendi nama - bukan kata sendi nama).Tatabahasa11.03.2009
salam sejahtera. Yang manakah betul? Guru BM memberikan 'latihan pemahaman' ATAU ' latihan kefahaman ' kepada murid. Harap dapat beri sedikit ulasan. terima kasih.Pemahaman ialah perihal memahami, apa yg difahami tentang sesuatu atau sejauh mana sesuatu itu difahami, tanggapan: kesan yg paling ketara yg saya peroleh drpd kursus ini ialah ~ saya tentang hakikat Islam sbg tatacara hidup yg lengkap.
Manakala kefahaman pula ialah 1. hal faham akan sesuatu; keupayaan memahami sesuatu: Setelah dibuat penilaian, barulah diketahui tahap ~ muridnya. 2. sesuatu yg difahamkan: ujian ~. 

Kedua-duanya boleh digunakan, iaitu ujian pemahaman dan ujian kefahaman yang bermaksud perihal memahami atau apa dan sejauh mana sesuatu itu difahami.
Tatabahasa12.09.2012
12345678910...

Kembali ke atas