Apakah peranan anggota masyarakat dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu ke peringkat antara bangsa? | Masyarakat Malaysia memain peranan penting dalam memartabatkan bahasa Melayu sama ada dalam negara ataupun peringkat antarabangsa. Pearanan yang harus dimainkan adalah yang berhubung dengan penulisan ilmiah dan kreatif yang menggunakan bahasa Melayu yang betul dari segi tatabahasa dan persembahannya. Kekuatan bahasa Melayu dalam negara dalam bidang sosial dan ekonomi akan mendorong warga luar untuk mempelajari dan menuturkannya. Dalam persidangan dan seminar di peringkat antarabangsa, masyarakat kita wajar menggunakan bahasa Melayu dalam menyampaikan ucapan dan kertas kerja. Sebaran bahasa Melayu juga boleh dibuat melalui filem dan media cetak ke peringkat antarabangsa. | Lain-lain | 18.12.2006 |
Salam sejahtera, Tuan. Adakah perkataan-perkataan yang berikut digunakan dalam bahasa Melayu? Sekiranya ada, apakah makna dan cara penggunaan bagi perkataan-perkataan ini? 1. melungsurkan 2.memain 3.memaju 4.memasuk 5.memekap 6.memenang 7.memenungi Sekian, terima kasih. | Imbuhan yang betul untuk perkataan yang betul ialah: 1. Melungsur 2. Bermain 3. Memajukan 4. Memasukkan 5. Memekapkan 6. Memenangkan 7. Memenangi | Lain-lain | 08.09.2016 |
Kata terbitan meN- merupakan kata kerja transitif, maka ia harus disambut dengan sesuatu objek. Manakala kata terbitan ber- adalah sebaliknya. Tetapi kami sering jumpa frasa "bermain bola" di dalam buku-buku sekolah. Saya pernah menganggap frasa ini salah, sepatutnyanya "memain bola" Tetapi, saya dapat idea baru. Adakah "bermain bola" hasil daripada gabungan imbuhan "ber-" dengan kata majmuk yang berbunyi "main bola" sehingga frasa "bermain bola" dibolehkan. | Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 161, Kata kerja yang dibentuk dengan awalan beR- membentuk kata kerja tak transitif. Dan terdapat dua jenis kata kerja berawaln beR- tak transitif, iaitu tak transitif tanpa pelengkap seperti berjalan dan bergurau; dan tak transitif berpelengkap seperti beransur baik dan bertukar tangan. Frasa bermain bola juga ialah kata kerja tak transitif berpelengkap. | Tatabahasa | 23.03.2012 |