memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah... memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah... yang mana satu betul? | Ayat yang betul ialah memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah. | Tatabahasa | 25.06.2019 |
Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam hidup kita. adakah ayat ini betul? | Ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 26.02.2014 |
Ayat manakah yangbetul? 1. Beberapa orang murid lelaki memainkan muzik tradisonal. 2. Beberapa orang murid lelaki memainkan alat-alat muzik tradisonal. | Ayat kedua. | Tatabahasa | 02.03.2013 |
Apakah kaedah dan cara yang betul untuk membuat pemerengganan karangan dalam bahasa Melayu ? Adakah perlu didekatkan atau dijarakkan ? Contohnya: Konsep-konsep ini memainkan peranan yang penting dalam penentuan mutu dan paras keyakinan. Konsep-konsep ini memainkan peranan yang penting dalam penentuan mutu dan paras keyakinan. | Saudara, Saudara bolehlah membuat rujukan tentang perkara ini dalam buku-buku yang terdapat di pasaran di tempat saudara. Walau bagaimanapun pada dasarnya pemerenggan dibuat berdasarkan tajuk besar, iaitu pengenalan atau latar belakang, isi dan penutup atau kesimpulan. Contoh yang diberikan tidak jelas. Diharap saudara dapat mengemukakan contoh semula. | Lain-lain | 18.12.2009 |
Sejauhmanakah pihak DBP memainkan peranan dalan memantau penggunaan perkataan dan bahasa yang betul dalam dunia pengiklanan terutama sekali papan tanda kedai-kedai yang kebanyakkannya salah . Contohnya "Kedai Menjual Alatulis" jelas salah penggunaan perkataan alat tulis. Harap DBP memohon daripada kerajaan menubuhkan satu pasukan pemantau bagi memantau penggunaan strukrur bahasa yang betul dan tidak megelirukan pelajar. | Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) sentiasa memberikan khidmat nasihat bahasa kepada masyarakat pengguna bahasa dalam sektor awam dan swasta. DBP juga melaksanakan kerja pemantauan dan seterusnya membuat teguran terhadap kesalahan penggunaan bahasa dalam kedua-dua sektor tersebut. Masyarakat pengguna bahasa,contohnya pihak berkuasa tempatan juga sentiasa menghubungi DBP untuk menyemak penggunaan bahasa yang betul dalam urusan kerja di tempat masins-masing. DBP mengalu-alukan cadangan untuk menubuhkan pasukan pemantau dan berharap cadangan ini dapat direalisasikan. | Lain-lain | 15.11.2008 |
Saya nak tahu bahawa bagaimana memahami Bahasa Melayu memainkan peranan penting sekali untuk perpaduan rakyat kalau kita mininjau daripada aspek sepanjang sejarah Malaysia.T erimah kasih! | Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang digunakan dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, dan sebagainya. Dalam konteks negara Malaysia, bahasa rasmi ialah bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu sebagai lambang identiti masyarakat, wahana perpaduan masyarakat, bahasa perhubungan sesama masyarakat, alat pemikiran dan pergaulan masyarakat, dan sebagainya. Sewajarnya semua rakyat menghormati Perlembagaan negara agar perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dapat dibina. Walau bagaimanpun pertanyaan saudara ini memerlukan satu bentuk perbincangan dan mungkin juga satu tugasan yang perlu disiapkan jadi kami tidak dapat memberikan jawapan kepada soalan ini dalam ruang yang terhad ini. Pada pendapat saya, perlu dibuat kajian di perpustakaan kerana soalan ini memerlukan rujukan yang banyak hasil pendapat yang dikemukakan dalam surat khabar, majalah mahupun dalam persidangan. | Lain-lain | 14.11.2010 |
ingin mendapatkan maklumat mengenai sejauh manakah bahasa melayu memainkan peranan dlm membentuk jati dri rakyat mlaysia | Untuk makluman sdr. banyak bahan tentang bahasa Melayu di Pusat Dokumentasi Melayu. Saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun. Dan saudara boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan. | Lain-lain | 13.05.2008 |
Pemuda- pemuda itu menyanyi sambil bermain alat muzik atau sambil memainkan alat muzik. Tq. | Kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 26.10.2016 |
peranan bahasa dalam hubungan etnik | Dalam hubungan etnik, bahasa memainkan peranan penting sebagai alat perpaduan melalui hubungan komunikasi sosial sama ada dalam sistem persekolahan, urusan perniagaan, pentadbiran, dan teknologi maklumat. Setiap etnik mempunyai bahasa masing-masing, ini menyebabkan wujud jurang komunikasi sosial. Oleh yang demikian, melalui satu bahasa komunikasi yang diguna pakai secara meluas seperti bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan menjadi penghubung setiap etnik untuk berkomunikasi secara berkesan. Hasilnya akan wujud persefahaman dan kerjasama erat antara etnik. | Lain-lain | 15.03.2008 |
adakah penerbitan filem mukhsin meningkatkan martabat bahasa melayu? | Filem Melayu memainkan peranan penting ke arah memartabatkan bahasa Melayu khususnya di Malaysia. Namun demikian, jika sesebuah filem cenderung menggunakan bahasa rojak, usaha murni ini tidak akan dapat dicapai sepenuhnya. Bagi membantu, saudara boleh membuat kajian pada filem ini untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan penggunaan bahasa Melayu dalam filem ini. | Lain-lain | 26.12.2007 |