Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.kai] | مماکاي

Definisi : 1. mengenakan (meletakkan) pakaian dll: ~ baju Melayu; ~ kasut; 2. meng­gunakan, melakukan sesuatu dgn: ~ senjata; jalan bahasa spt yg dipakai oleh orang Melayu; ~ bau-bauan; ~ adat; ~ pembantu; ~ faham dengki-mendengki; 3. menjadikan sbg gundik: perempuan-perempuan muda yg disukai oleh ketua-ketua lanun itu biasanya menjadi gundik atau dipakai oleh mereka; 4. menggunakan ilmu (azimat, tangkal, dsb) utk menjaga badan (diri dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.kai] | مماکاي

Definisi : 1 memasang atau melekatkan sesuatu ke badan: ~ kasut; ~ baju. 2 menggunakan sesuatu utk tujuan tertentu; menggunakan (dlm erti yg luas): Kapal terbang ini tidak ~ kipas tetapi menggunakan jentera jet. Apabila mereka bertutur, mereka ~ bahasa Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pakai
Kata Terbitan : memakai, terpakai, pakaian, berpakaian, pemakaian, sepemakaian, pemakai,

Puisi
 

Orang Dayang memakai cincin,
     Singgah sebentar di Beras Basah;
Alang-alang berkahwin biarlah licin,
     Alang-alang mandi biarlah basah.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Memakai dunia berganti-ganti;
     yang hidup sesarkan mati,
dengan mati itu bernanti-nanti.

Bermaksud :

Keturunan yang tiada putus-putus. sesarkan = dalam peribahasa ini maksudnya gantikan.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)Ali memakai baju sukan. 2)Ali memakai kasut sukan.(dan) Gabungkan ayat tunggal. Apakah jawapannya?1. Ali memakai baju sukan.
2. Ali memakai kasut sukan.
Ali memakai baju sukan dan kasut sukan.
Tatabahasa04.08.2015
Memakai cincin pada tangan kanan. Atau memakai cincin di tangan kanan.Ayat yang lebih sesuai "memakai cincin di jari".Tatabahasa03.10.2014
1)Cikgu Mastura memakai baju batik (ke)sekolah. 2)Cikgu Mastura memakai baju batik( pergi )sekolah. AYAT YANG MANA SATU BETUL?TERIMA KASIH.Ayat yang betul ialah Cikgu Mastura memakai baju batik ke sekolah atau Cikgu Mastura memakai baju batik untuk pergi ke sekolah.Tatabahasa17.10.2014
1) Sebelum berakit, saya dan keluarga dikehendaki memakai jaket keselamatan. 2) Sebelum berakit, saya dan keluaraga hendaklah memakai jaket keselamatan. hendaklah atau dikehendaki? Mohon beri penjelasan yang terperinci.Meujuk pada pertanyaan anda, ayat yang betul ialah Sebelum berakit, saya dan keluarga dikehendaki memakai jaket keselamatan. Kata dikehendaki ialah kata kerja pasif diikuti dengan kata kerja aktif memakai manakala hendaklah ialah kata tugas mesti diikuti dengan kata kerja atau kata adjektif.  Tatabahasa14.01.2019
Salam sejahtera, 1.Kita harus memakai jaket keselamatan semasa/ketika menaiki bot. (yang mana satu betul? Terima kasih.Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan iaitu "Kita harus memakai jaket keselamatan semasa menaiki bot" atau "Kita harus memakai jaket keselamatan ketika menaiki bot".Tatabahasa12.05.2023
1)Ayah memakai baju biru ke pejabat. 2)Ibu membuang sisa makanan ke dalam tong sampah. Ayat mana ayat majmuk? bagaimana hendak ceraikan ayat itu menjadi dua ayat tunggal?Kedua-dua contoh ayat yang diberikan ialah ayat tunggal.Tatabahasa31.08.2015
Dia jarang memakai pakaian yang berwarna cerah kerana cepat kotor (tuan, cerah wajar digantikan dengan apa perkataan? TK)Penggunaan perkataan cerah adalah betul.Tatabahasa20.02.2013
Benarkah perkataan memakai tidak boleh digunakan dalam karangan?Boleh digunakan asalkan sesuai dengan konteks ayat yang digunakan.Tatabahasa20.08.2009
memakai baju yang berwarna (cerah @ terang)Memakai baju yang berwarna cerah.Tatabahasa12.08.2012
selamat sejahtera encik/puan. 1. Kita digalakkan untuk memakai kasut but semasa musim hujan supaya dapat mengelakkan kaki basah. 2. Kita digalakkan memakai kasut but semasa musim hujan supaya dapat mengelakkan kaki basah. Ayat mana yang betul? terima kasih.

Ayat tersebut diberikan penambahbaikan, seperti yang berikut:

“Kita digalakkan memakai kasut but semasa musim hujan bagi mengelakkan kaki basah.”

Untuk makluman yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 431 - 575 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 172 (kata sendi nama bagi).

Tatabahasa05.07.2025
12345678910...

Kembali ke atas