Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.maÖ.lum.kan]/[me.ma/.lum.kan] | ممعلومکن

Definisi : 1. membuat maklum, men­jadikan maklum, memberitahukan, mengkha­barkan, menyatakan: ia datang hendak ~ hal ehwalnya; dipermaklumkannya yg ia hendak membalas kematian isterinya itu; 2. mengumumkan sesuatu (keputusan dll), menyatakan (perang dll), mengisytiharkan (kemerdekaan dll): mereka ~ perang dgn Belanda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.maÖ.lum.kan]/[me.ma/.lum.kan] | ممعلومکن

Definisi : memberitahukan; mengkhabarkan; menyatakan: Dgn sukacitanya, anakanda ~ bahawa anakanda sekarang sihat-sihat saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maklum (kata kerja)
Bersinonim dengan tahu, mengerti, faham, sedar, mafhum;,
Kata Terbitan : memaklumi, memaklumkan, termaklum, makluman, pemakluman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
...memaklumkan hal tersebut. adakah penggunaan kata 'memaklumkan' di atas betul? contoh ayat lain: - memaklumkan akan hal... (betul atau salah?) Penggunaan yang betul ialah memaklumkan. Kata memaklumkan mesti diikuti dengan objek seperti "Ia datang hendak memaklumkan hal ehwalnya" .Tatabahasa04.08.2015
(1)Tolong jelaskan apa bezanya di antara imbuhan "me...kan" dengan imbuhan "me....."? (2) Bolehkah menggunakan perkataan "melaksana" berbanding dengan "melaksanakan"? (3) Bolehkah menggunakan perkataan "memaklum kepada" berbanding "memaklumkan"? mana satu betul? (4) Perkataan "memaklumkan" sudah memadai atau "memaklumkan kepada"? (5) perkataan "berdasarkan" sudah memadai atau "berdasarkan kepada"? (6) Apa beza penggunaan di antara perkataan "ialah" dengan "merupakan"?

1. Perkataan 'memberi' dan 'memberikan' merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan 'memberi' hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala 'memberikan' hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Contoh: Abang memberi adik sebatang pensel; Pengetua memberikan nasihat kepada semua  pelajar.

2. Penggunaan yang betul ialah melaksanakan (tidak ada melaksana).

3. Penggunaan yang betul ialah memaklumkan (tidak ada memaklum). Kata memaklumkan mesti diikuti dengan objek seperti "Ia datang hendak memaklumkan hal ehwalnya" dan tidak boleh diikuti dengan kata sendi kepada. Begitu juga dengan kata bersandarkan juga tidak perlu diikuti dengan kata sendi kepada.

6. Penggunaan kata pemeri yang betul "ialah", manakala kata merupakan digunakan bagi maksud melambangkan atau menggambarkan.

Tatabahasa11.10.2011
perbezaan antara " memaklumkan" dan " memaklumi", tolong jelaskan

Salam sejahtera puan,

Sekiranya puan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, puan akan maklum akan perbezaan antara memaklumkan dengan memaklumi.
Memaklumkan bermaksud memberitahukan, mengkha­barkan, menyatakan, mengumumkan sesuatu, menyatakan dan mengisytiharkan. Manakala memaklumi pula bermaksud memahami dan mengetahui. 

    Contoh ayat bagi memahami ialah :  Aku harap kamu semua telah memaklumi perkara ini.

    Contoh ayat bagi memaklumkan ialah : Dengan sukacitanya, anakanda memaklumkan bahawa anakanda sekarang sihat-sihat saja.

Untuk keterangan lanjut eloklah kiranya puan layari http://prpm.dbp.gov.my dan masukkan kata kunci bagi perkataan yang hendak dicari.

Tatabahasa01.11.2012
saya ingin bertanya dalam penulisan minit mesyuarat, apakah perkataan lain yang sesuai dgunakan selain "memaklumkan"? ini kerana saya merasakan perkataan "memaklumkan" berulang terlalu banyak dan menjadi redundant. sekian, terima kasih.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, definisi memaklumkan ialah 1. membuat maklum, men­jadikan maklum, memberitahukan, mengkha­barkan, menyatakan; 2. mengumumkan sesuatu (keputusan dll), menyatakan (perang dll), mengisytiharkan (kemerdekaan dll). Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua pula, definisi memaklumkan ialah memberitahukan; mengkhabarkan; menyatakan.

Oleh itu, sekiranya bersesuaian dengan konsep penulisan tuan, perkataan-perkataan ini boleh digunakan untuk menggantikan perkataan memaklumkan.

Lain-lain11.07.2019
Adakah ayat berikut betul? Yuk Sing memaklumkan guru pengiring tentang kehilangan rakannya.Yuk Sing memaklumkan guru pengiring tentang kehilangan rakannya. Ayat ini tidak gramatis dan boleh dibetulkan menjadi Yuk Sing memaklumkan kehilangan rakannya kepada guru pengiring.Tatabahasa28.01.2015
Di dalam penulisan minit mesyuarat, sekiranya dipengerusikan oleh perempuan, apakah gelaran yang harus ditulis? Adakah Puan Pengerusi atau Pengerusi sahaja. Contoh : Puan Pengerusi memaklumkan... atau Pengerusi memaklumkan

Dalam minit mesyuarat, perkataan yang digunakan ialah Pengerusi dan tidak perlu meletakkan "Tuan" atau "Puan" di hadapan perkataan "Pengerusi".

Tatabahasa19.05.2016
Bagi memaklumkan kepada pelanggan mengenai penetapan kadar harga bayaran pasport yang dikenakan, apakah maksud yang tepat atau sepatutnya. 'Kadar bayaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) bagi warga emas iaitu orang dewasa yang berumur 60 tahun ke atas dan kanak-kanak dibawah umur 12 tahun'. Apakah memadai dengan ayat tersebut yang membawa maksud, bagi orang dewasa yang mencapai umur 60 tahun dikira pada hari jadinya atau selepas sehari tarikh lahirnya dan begitu juga pada kanak-kanak yang belum mencapai umur 12 tahun pada hari tarikh lahirnya ? Apakah kategori tersebut termasuk yang telah mencapai umur pada hari jadi seseorang itu ? Mohon bantuan dan nasihat pihak Tuan dalam kadar segera, terima kasih.

Salam sejahtera,

'Kadar bayaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) bagi warga emas iaitu orang dewasa yang berumur 60 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun'. Ayat ini memadai untuk menunjukkan maksud bagi orang dewasa yang mencapai umur 60 tahun dikira pada hari jadinya atau selepas sehari tarikh lahirnya dan begitu juga pada kanak-kanak yang belum mencapai umur 12 tahun.

Lain-lain03.01.2013
Ada rakan memaklumkan peribahasa harapkan pagar, pagar makan padi sebenarnya salah dan yang betul adalah pegar iaitu sejenis burung. kesalahan itu wujud kerana salah baca dari tulisan jawi ke rumi... Adakah ia betul? Jika betul apakah tindakan dbp supaya dapat diperbetulkan diperingkat sekolah.Pendapat (peribahasa) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Maklumat terperinci tentang peribahasa tersebut juga tidak ada dalam pangkalan data kami kecuali  peribahasa (asal) yang kita ketahui.Lain-lain31.12.2011
Adakah penggunaan memaklumi betul pada ayat dibawah? Memaklumi Syarikat dengan segera jika pekerja melanggar peraturan Syarikat. Adakah oenggunaan "memaklumkan" lebih tepat?Untuk makluman, perkataan yang lebih tepat ialah "memaklumkan". Akan tetapi, ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang lebih tepat, "Sila memaklumkan kepada pihak syarikat dengan segera jika terdapat pekerja yang melanggar peraturan".Tatabahasa28.12.2016
Salam sejahtera, saya pernah bertanyakan tentang "memaklumi". Saya ingin mendapatkan kepastian adakah kefahaman saya betul. 1. menerima surat yang memaklumi bahawa.. (dimaklumi) 2. menerima surat yang memaklumkan bahawa...(dimaklumkan) memaklumi/dimaklumi TIDAK boleh digunakan untuk merujuk "memberitahu" sebaliknya hanya membawa maksud "telah faham" Adakah tanggapan saya ini betul?Ayat yang betul "menerima surat yang memaklumkan bahawa ...", memaklumkan bermaksud membuat maklum, menjadikan maklum, memberitahukan, mengkhabarkan dan menyatakan.

Tatabahasa28.06.2018
12345678910...

Kembali ke atas