1.kaum kulit hitam di afrika pernah ( diperkota-katikkan, ditindas) oleh kaum kulit putih di bawah dasar apatheid. 2. ( kegetiran, kesempitan, kepahitan) hidup akan memaksa seseorang melakukan sesuatu yang ( mencanggahi, menyalahi) undang-undang. 3.peristiwa malang itu tetap ( menodai, mengganggu, menghantui jiwanya. 4. pemimpin telah memberi amaran kepada pihak pembangkang supaya tidak ( mengheboh-heboh, menggembar-gembarkan, membesar-besar) isu perkauman yang sensitif. sila beri jawapan yang betul.terima kasih | 1. Kaum kulit hitam di afrika pernah ditindas oleh kaum kulit putih di bawah dasar apatheid. 2. Kesempitan hidup akan memaksa seseorang melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang. 3. Peristiwa malang itu tetap menghantui jiwanya. 4. Pemimpin telah memberi amaran kepada pihak pembangkang supaya tidak membesar-besarkan isu perkauman yang sensitif. | Tatabahasa | 22.07.2011 |
Salam. Diharap pihak DBP dapat menegur pihak Institut Aminudin Baki (IAB) yang memaksa kami para pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia menggunakan istilah "Sistem Star Rating" dalam menyediakan dokumen rasmi. Ini berlawanan dengan dasar MBMMBI. Istilah ini adalah salah dalam BM dan BI. | Hal ini kami ambil maklum untuk melaksanakan pemantauan dan disusul dengan nasihat dan teguran. Untuk makluman saudara, kami telah bertanyakan perkara ini kepada pihak Institut Aminudin Baki dan pihak tersebut mengakui penggunaan istilah Sistem Star Rating dalam organisasi tersebut. | Lain-lain | 05.04.2012 |
Salam, TBD menerangkan "kata komplemen" sbg menghubungkan {klausa utama} dengan [klausa komplemen/pelengkap]. 1) Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin. 2) Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar. OK. Saya faham "klausa" terdiri dari subjek dan predikat. Berbanding dengan "frasa", "klausa" berupaya berdiri dengan sendiri, jika keadaan membenarkan. Dalam ayat-ayat 1) dan 2) di atas, saya tidak nampak "Guru itu menyatakan" dan "adalah tidak wajar" dlm bentuk subjek dan predikat. TK | Soalan saudara sedang disemak dan akan kami jawab dengan kadar segera. | Tatabahasa | 28.11.2011 |
Makna konstrain | Tiada perkataan konstrain dalam bahasa Melayu melainkan dalam bahasa Inggeris seperti yang berikut: constrain vt compel, memaksa: circumstances ~ed him to join the rebels, keadaan memaksanya menyertai pemberontakan itu; /be, feel/ ~ed to do st, (berasa) terpaksa membuat sst; | Makna | 19.06.2009 |
Apakah makna konstrain | Tiada perkataan konstrain dalam bahasa Melayu melainkan dalam bahasa Inggeris seperti yang berikut: constrain vt compel, memaksa: circumstances ~ed him to join the rebels, keadaan memaksanya menyertai pemberontakan itu; /be, feel/ ~ed to do st, (berasa) terpaksa membuat sst; | Makna | 19.06.2009 |
assalamualaikum.......saya razak bin esa pelajar dari kolej institut profesional baitulmal..... saya berminat dengan semua aktiviti yg dilakukan & dianjurkan oleh dewan bahasa dan pustaka.......... saya ada sekali-dua pergi ke DBP utk menyaksikan dan menyertai program2 yg dilakukan DBP......ttp dalam amatan saya...program yg dianjurkan.....kadg2 tiada sambutan........ ...adakah pihak DBP tidak membuat liputan secara meluas terhadap program yg dijalankan??..... atau pihak DBP menghadkan bilangan peserta yg ingin menyertai program2 tersebut?? | Pihak DBP telah menjemput semua Media dan semua rakyat Malaysia melalui iklan di lawan seswang DBP. Sambut itu amat abstrak kerana DBP tidak boleh memaksa rakyat untuk mengikutinya tetapi cuma mampu mengajak demi sebuah kesedaran | Lain-lain | 23.11.2013 |
Minta pandangan. Mengikut Buku Tatabahasa Dewan, kata sendi nama "untuk" digunakan di hadapan kata nama atau frasa kata nama. Jadi, ayat : Semangat muhibah amat penting untuk penyatupaduan rakyat / semangat muhibah amat penting untuk menyatupadukan rakyat. Yang mana betul ? Dalam Kamus Dewan terdapat contoh-contoh "untuk" diguna di hadapan kata kerja. Terima kasih Ng Chee Huay | Selain berfungsi sebagai kata sendi nama, perkataan untuk juga berfungsi sebagai kata hubung pancangan komplemen. Kata komplemen ini berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau apelengkap pada klausa utama. Selain untuk, bahawa juga antara kata hubung pancangan komplemen. Contoh; 1. Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar. 2. Semangat muhibah amat penting untuk menyatupadakan rakyat. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, muka surat 253 untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 11.07.2013 |
Bolehkah Kata Hubung Pancangan digunakan pada hadapan ayat? Sekiranya boleh, berikan contoh penggunaan kata hubung tersebut. Terima kasih. | Kata hubung pancangan menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat kecil. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis iaitu; kata hubung pancangan relatif, kata hubung pancangan komplemen dan kata hubung pancangan keterangan. Kata hubung pancangan komplemen menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu kata hubung pancangan komplemen berfungsi menghubungkan satu klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama. Dua kata komplemen yang sering digunakan ialah bahawa dan untuk. Contoh ayat ialah "guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin". "Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar" dan "untuk banduan itu melepaskan diri sungguh mustahil". Kata hubung pancangan keterangan pula berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu klausa utama. Kata keterangan yang biasa digunakan ialah kerana, hingga, kalau, agar, jika, sungguhpun, supaya, menjadi, untuk, apabila. Contoh ayat ialah "Kalau musuh menyerang, kami akan melawan". "Nira dikumpulkan untuk dibuat manisan dan tuak". | Tatabahasa | 23.08.2013 |
Assalamualaikum. Di sini saya ada beberapa soalan ingin dikemukakan. 1) di kelilingi ATAU dikelilingi 2) kata-kata alu-aluan ATAU kata-kata aluan ATAU kata alu-aluan 3) mengesot-esot ATAU mengengsot-engsot 4) suasana himpit menghimpit ATAU suasana berhimpit-himpit 5) Pak Ali merupakan salah seorang saksi mujbir kepada peristiwa bersejarah itu, iaitu malam kemerdekaan. - apakah 'saksi mujbir' itu boleh digunakan? Atas segala perhatian pihak tuan, saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. | 1) dikelilingi 2) kata alu-aluan 3) mengengsot-engsot 4) suasana berhimpit-himpit 5) Mujbir ialah kata Arab yang bermaksud yang memaksa. Perkataan ini lazimnya digunakan dalam laras agama seperti wali mujbir, iaitu wali (bapa atau datuk sebelah bapa) yang boleh menikahkan anak atau cucu perempuannya yang masih dara tanpa persetujuan anak atau cucu tersebut. Untuk ayat umum, seperti "Pak Ali merupakan salah seorang saksi mujbir kepada peristiwa bersejarah itu, iaitu malam kemerdekaan." lebih baik kata mujbir digantikan dengan perkataan biasa yang memberi maksud yang dikehendaki, kerana mujbir dalam ayat ini tidak tepat maknanya seperti dalam frasa wali mujbir. | Tatabahasa | 15.06.2011 |
1. Apakah peribahasa persis bagi merujuk kepada seseorang yang melupakan asal usulnya. 2. Bagaimanakah penggunaan kata 'untuk' sebagai kata sendi nama, sebagai kata hubung pancangan keterangan, dan sebagai kata hubung pancangan komplemen? | 1. Peribahasa yang paling hampir maksudnya ialah - seperti kacang lupakan kulit. 2. Kata sendi nama "untuk" digunakan untuk menunjukkan kegunaan sesuatu (Rumah untuk pekerja telah dibaiki), menyatakan maksud bahagian yang ditentukan (Hadiahini untukmu). Sebagai kata hubung pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama (Nira dikumpulkan untuk dibuat manisan dan tuak). Sbagai kata hubung komplemen berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi pelengkap pada klausa utama (Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar). | Tatabahasa | 09.09.2008 |