Tolong jelaskan perbezaan antara memanggang,membakar dan menyalai.Terima kasih | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, memanggang bermaksud memasak (memanaskan, mendiangkan) di atas bara api. Membakar bermaksud 1. memanaskan sesuatu (seperti ikan, daging, pisang dan sebagainya) di atas api supaya masak, memanggang. 2. Memasak sesuatu (seperti kuih, ikan, daging, dll) dengan jalan memanaskannya dalam ketuhar. Menyalai bermaksud mengeringkan (mengasapi, memanggang) di atas api. Berdasarkan penerangan di atas, ketiga-tiga perkataan tersebut mempunyai maksud yang sama. | Makna | 01.04.2011 |
Bina ayat ' sate' membakar sate atau memanggang sate? | Membakar bermaksud memanaskan atau memanggang sesuatu di atas api supaya masak, memanggang bermaksud memasak sesuatu di atas bara api dan sebagainya. Berdasarkan makna tersebut "membakar sate" dan "memanggang sate", kedua-duanya adalah betul tetapi lazimnya kita menggunakan frasa membakar sate. | Tatabahasa | 16.06.2011 |
Saya ingin bertanya yang mana betul. membakar sate atau memanggang sate | Membakar bermaksud memanaskan atau memanggang sesuatu di atas api supaya masak. Oleh itu, membakar sate dan memagang sate kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 21.07.2010 |
Pak Dollah ( memanggang / membakar / mendiang / menyalai ) beberapa ratus cucuk sate di pasar malam untuk mencari rezeki. Jawapan yang mana betul? | Salam sejahtera, Membakar bermaksud memanaskan atau memanggang sesuatu di atas api supaya masak, memanggang bermaksud memasak sesuatu di atas bara api dan sebagainya. Berdasarkan makna tersebut "membakar sate" dan "memanggang sate", kedua-duanya adalah betul tetapi lazimnya kita menggunakan frasa membakar sate. | Tatabahasa | 16.11.2012 |
apakah kata kerja yang paling tepat untuk menyatakan cara memasak roti canai?memasak?menggoreng?membakar?atau ada perkataan lain yang lebih sesuai? | Memasak bermaksud membuat atau mengolah makanan supaya masak; menggoreng bermaksud memasak dengan minyak, seperti menggoreng ikan atau memasak (beras, tepung, dsb) dlm kuali dengan tidak menggunakan minyak; membakar bermaksud memanaskan atau memanggang sesuatu di atas api supaya masak. Berdasarkan huraian tersebut penggunaan kata yang betul ialah memasak roti canai. Kata memasak lebih umum penggunaannya untuk menerangkan apa jua cara memasak. | Tatabahasa | 09.05.2011 |
Salam sejahtera. 'membakar sate' dan 'memanggang sate' Encik Sulaiman, yang manakah di atas paling tepat? Jika merujuk Kamus Dewan, saya rasa 'memanggang sate' paling tepat, tetapi 'membakar sate' biasa digunakan di kalangan masyarakat Melayu. Saya mendapat maklumat daripada kawan saya yang mengatakan bahawa jika kedua-dua kata kerja ini muncul sama sekali dalam suatu soalan, jawapan yang diberi oleh pihak penerbit adalah 'membakar sate'. Saya amat keliru. Mohon encik dapat membantu saya. Sekian, terima kasih. | Membakar bermaksud memanaskan sesuatu seperti ikan, daging, pisang dan sate di atas api supaya masak, atau disebut juga memanggang. Oleh itu, membakar sate atau memanggang sate, kedua-duanya betul. Pihak penerbit atau penyedia soalan sewajarnya mengelak daripada mengeluarkan soalan yang mempungai jawapan yang sama. | Tatabahasa | 27.08.2010 |
I Jawatan pengurus yang disandang oleh Encik Kamal dalam syarikat itu sekadar panas kerusi sahaja kerana dia tidak berusaha untuk memajukannya. II Bayi itu menangis semalam-malaman kerana menghidap deman panas. III Dalam usaha melariskan jualannya, pihak akhar akan menyiarkan berita-berita panas pada muka hadapan. IV Sikap panas baran perlu dielakkan oleh setiap orang bagi mengelakkan pertelingkahan. Soalan saya ialah mengapakah perkataan panas tidak tepat dalam ayat I? Jika salah, apakah kesalahannya? terima kasih | Dalam ayat I, penggunaan kata panas tidak betul atau tidak gramatis kerana kata tersebut seharusnya menerima imbuhan meN menjadi memanaskan kerusi bukan panas kerusi. | Tatabahasa | 14.06.2008 |