1.Apakah nama untuk binaan kayu atau besi yang digunakan untuk meletakkan kertas ucapan semasa berucap ? 2. Pertandingan memancing (adakah pertandingan yang memancing), kemahiran membaca/menulis (adakah kemahiran yang membaca/menulis). Mohon pandangan tuan alasan betul atau salah. 3. Pentaksiran lisan @ penaksiran lisan, yang mana tepat. Berdasarkan Kamus Pelajar KBSM, tiada entri pentaksiran. 4. Apakah istilah nilai bagi sikap tidak mementingkan diri sendiri. 5. Adakah kata 'pergi' tidak perlu diikuti oleh 'ke' atau kedua-duanya betul. | 1. Rostrum 2.Pertandingan memancing, kemahiran membaca/menulis merupakan frasa yang betul yang merujuk aktiviti tersebut. 3. Pentaksiran lisan @ penaksiran lisan, kedua-duanya betul. 4. Bertolak ansur, berkompromi, bekerjasama 5. Penggunaannya bergantung pada konteks ayat. Contoh: Dia pergi ke pasar. Dia pergi dahulu. Saya pergi dengan bas. | Tatabahasa | 27.04.2010 |
Tuan, Adakah ayat-ayat di bawah betul? Jika salah, apakah sebabnya dan apakah ayat yang betul? 1) Hobi saya ialah memancing ikan. 2) Antara nilai-murninya ialah sabar. 3) Cita-cita saya ialah menjadi seorang guru. 4) Akhir sekali, kita haruslah bertanggungjawab. Sekian terima kasih. | 1) Hobi saya ialah memancing ikan. - betul 2) Antara nilai-murninya ialah sabar. - betulkan ejaan nilai murni. 3) Cita-cita saya ialah menjadi seorang guru. - betul 4) Akhir sekali, kita haruslah bertanggungjawab. - kata kerja bertanggungjawab memerlukan pelengkap untuk melengkapkan ayat tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 23.04.2012 |
selamat sejahtera, Tolong perbetulkan ayat-ayat berikut: 1. Saya suka beri makan ikan./Saya suka beri ikan makan. 2. Saya memancing di dalam kolam./Saya memancing ikan di dalam kolam. 3. Ibu belikan ikan emas kepada saya. Saya bagi ikan saya makan. 4. Bapa Adam membawa pulang bendera bersaiz kecil. Bapa Adam membawa pulang bendera bersaiz besar. Adakah ayat majmuk berikut betul? Bapa Adam membawa pulang bendera bersaiz kecil dan bendera bersaiz besar./Bapa Adam membawa pulang bendera bersaiz kecil dan bersaiz besar./Bapa Adam membawa pulang bendera bersaiz kecil dan besar. 5. Adakah perkataan dalam kurungan dalam ayat berikut boleh digunakan?(Dua/Kedua-dua) orang anak Pak Mail berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan. (Sila, Jemput, Mari) masuk ke dalam rumah. Jika terdapat perkataan dalam kurungan dalam ayat di atas tidak dapat digunakan dalam ayat tersebut,tolong jelaskan mengapa. Bantuan tuan sangat dihargai, terima kasih. | 1. Saya suka memberi ikan makan. 2. Saya memancing ikan di dalam kolam. 3. Ibu membelikan ikan emas kepada saya. Saya memberi ikan saya makan. 4. Bapa Adam membawa pulang bendera bersaiz kecil dan besar. 5. Dua/Kedua-dua orang anak Pak Mail berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan. 6. Sila/Jemput/Mari masuk ke dalam rumah. | Tatabahasa | 16.10.2012 |
Salam Sejahtera. Mohon penjelasan Tuan/Puan berkenaan dengan kesalahan bahasa yang terdapat dalam ayat-ayat berikut. Difokuskan kepada pemilihan kata yang digunakan sama ada sesuai atau salah. (Kata Nama, Kata Kerja, Kata Adjektif dan Kata Sendi) 1. Sungai memainkan peranan yang penting untuk berhidup. 2. Jika pada suatu hari air sungai tidak lagi ada, hari itulah kematian masyarakat. 3. Selepas bekerja bertungkus-lumus, badan kita memerlukan masa untuk rehat. 4. Orang yang hobinya suka memancing boleh memancing ikan di sungai dan memasakan ikan yang mempunyai protein yang banyak. Ayat ini merupakan tulisan karangan pelajar sekolah menengah berkaitan tajuk kepentingan sungai. Mohon penjelasan tentang kesalahan bahasanya. Terima kasih. | Ayat yang tepat: 1. Sungai memainkan peranan yang penting dalam hidup. (kata sendi untuk tidak boleh digunakan kerana mesti digunakan di hadapan kata nama/ frasa nama) 2. Jika suatu hari nanti air sungai kering, itulah hari kematian manusia. (contoh ayat yang diberikan tidak gramatis dan terdapat pemilihan perkataan yang kurang sesuai) 3. Selepas bekerja bertungkus lumus , badan kita memerlukan rehat. (ejaan bagi perkataan bertungkus lumus tidak ada tanda sempang) 4. Orang yang suka memancing ikan boleh memancing di sungai dan memasak ikan tersebut kerana kaya dengan protein. | Tatabahasa | 21.11.2017 |
1. Mereka _______ umpan pada mata kail untuk memancing ikan di kolam itu. A.menyangkutkan B. memasangkan C. menyimpan D. memasang 2. Nenek sedang menyusun pinggan di atas _______ yang telah dibina oleh datuk di bahagian dapur rumah. A. kekuda B. pepara C. para-para D. tupai-tupai | Jawapan soalan 1 ialah A.menyangkutkan, jawapan soalan 2 ialah C.para-para. | Tatabahasa | 03.11.2014 |
Menyemak ayat di bawah.kalau betul minta kebenaran,kalau salah minta penjelasan.tolong. 1.Ali seorang yang baik tetapi kawannya buruk. 2.Rakyat perlulah hormat-menghormati antara satu sama lain agar bertolak ansur. 3.Kawasan kediaman itu tempat tinggal saya. 4.Tanah Melayu pernah dijajah oleh kuasa-kuasa besar seperti portugis,belanda dan jepun. 5.Manifesto bertujuan memancing undi,hanya kata-katanya bermunasabah. 6.Ekonomi negara semakin meruncing.Dalam kegawatan ekonomi ini,rakyat perlu membudayakan amalan berjimat-cermat danmenyedari betapa ertinya budaya menabung. 7.Semangat cintai alam melambangkan tanggungjawab seseorang bangsawan. | Ayat yang betul dan gramatis ialah seperti berikut: 1.Ali seorang yang baik tetapi kawannya berperangai buruk. 2.Rakyat perlulah hormat-menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain. 3.Kawasan kediaman itu, tempat tinggal saya. 4.Tanah Melayu pernah dijajah oleh kuasa-kuasa besar seperti Portugis, Belanda dan Jepun. 5.Manifesto pilihan raya sesebuah parti politik adalah bertujuan untuk memancing undi. 6.Ekonomi negara kini semakin meruncing. Dalam suasana kegawatan ekonomi, rakyat perlu membudayakan amalan berjimat-cermat dan menyedari betapa pentingnya budaya menabung. 7.Semangat mencintai alam sekitar adalah tanggungjawab semua termasuk golongan bangsawan.1"> | Tatabahasa | 10.09.2018 |
1. Sekalipun dia kenal sangat suara itu, dia tetap berasa "berwas-was" untuk membuka pintu pada waktu larut malam. Bolehkah saya menggunakan "berwas-was" dalam ayat ini ? Adakah perkataan ini betul ? 2. Apakah maksud " berpancing" ? Boleh berikan ayat contoh. Terima kasih. | 1. Waswas bermaksud (perasaan) sangsi, (perasaan) curiga, dan khuatir; oleh itu, ayat yang betul ialah "Sekalipun dia kenal sangat suara itu, dia tetap was-was untuk membuka pintu pada waktu larut malam." 2. Tidak ada kata terbitan berpancing, yang ada memancing, pemancing, terpancing dan sebagainya. Sila rujuk Kamus Dewan untuk mendapatkan makna setiap perkataan tersebut dan contoh penggunaannya. | Tatabahasa | 01.04.2010 |
Selamat Pagi.... Tuan/Puan, Saya perlukan sedikit maklumat berkaitan SUKAN RAGAM/SUKANEKA: 1. Definisi 2. Tujuan Terima kasih... | Sdr. Adyani, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.Sukan bermakna segala kegiatan yg memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga (spt berenang, permainan bola sepak, tenis, lumba lari, dll) yg dilakukan sbg acara hiburan (acara pertandingan, kegiatan utk menyihatkan badan, dll); ~ lapangan aktiviti sukan yg dilakukan di lapangan, mis memancing, menembak dan memburu; ~ laut acara-acara sukan yg berlangsung (dipertandingkan) di laut (spt perlumbaan perahu dll); S~ Olimpik sukan sedunia yg diadakan empat tahun sekali; ahli ~ orang yg giat bermain dlm sukan; (manakala sukanéka bermakana sukan yg pelbagai jenis. Sekian terima kasih. | Makna | 01.04.2009 |
Bagaimana hendak membezakan perkataan berikut: 1. mengait dan menjolok 2. banyak dan ramai 3. setempat dan tempatan | mengait1. memetik (menarik dll) sesuatu dgn kait, mencangkuk, menggancu: ~ buah rambutan; maka datang hulubalang Pahang ~ jong itu; 2. merajut dgn jarum kait: ia terpaksa menyulam dan ~ renda utk nafkah hidupnya; 3. melukai dgn sesuatu yg berkait: duri itu ~ kakinya; 4. ki mengambil keuntungan dll dgn cara tidak halal. jolok; menjolok1. menusuk (merodok) sesuatu dgn galah dll supaya gugur, menusuk ke dlm lubang dll: kalau engkau hendak ~ buah rambutan itu carilah galah yg panjang sedikit; 2. memasukkan jari tangan ke dlm lubang hidung (kerongkong dll); 3. memancing-mancing keterangan dll drpd orang, mengajuk atau menduga (hati orang); ~ alang (orang) yg sangat tinggi; ~ anak menggugurkan kandungan; ~ hati mengajuk hati; ~ mata a) sangat jelas kelihatan, sangat nyata; b) memberi malu, menyakitkan hati; ~ sarang tebuan prb melakukan sesuatu yg mendatangkan bahaya; yg dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas prb keuntungan yg diharap-harapkan tidak didapat, sedangkan modal atau alat utk mendapatnya hilang juga; banyak- 1. bukan sedikit, tidak sedikit: ~ orang yg mempunyai cita-cita tinggi; 2. bilangan, jumlah: berapa ~ wang yg kauterima? 3. sangat, sungguh: ~ lagak; ~ aksi membuat-buat supaya nampak elok; ~ bicara = ~ cakap = ~ mulut suka berleter; ~ cantik sr ungkapan utk menyatakan kemarahan, atau digunakan sbg gurauan dll; ~ lemak a) mempunyai atau diselaputi lemak yg banyak (bkn bahagian tubuh): alat itu digerakkan di bahagian yg ~ lemak selama kira-kira 15 minit; b) ki berkelakuan yg keterlaluan atau terlalu manja sehingga mengakibatkan orang lain meluat (bkn perilaku seseorang): "Sekarang kau dah ~ lemak."; ~ sedikitnya a) jumlahnya, banyaknya; b) barang sedikit;
ramai- 1. riuh-rendah, hiruk-pikuk (bunyi, suara, dll): orang menyabung terlalu ~, bunyi sorak spt akan sampai ke langit; 2. sangat hebat, dahsyat (peperangan, perkelahian, dll): maka berperanglah Temenggung Seri Udana dgn Peringgi terlalulah ~; 3. sangat gembira, sangat meriah, riang gembira: Encik Ramli pun hanya ~ dlm hati sendiri; 4. aktif, giat, sibuk: sesudah meleset beberapa lama, pasaran getah ~ kembali; Singapura ialah bandar perniagaan yg ~; 5. banyak penghuninya (penduduknya): pd zaman itu negeri Siak ~; 6. banyak (orang), orang banyak, umum: ~ orang berkumpul; perkara Dang Kenanga janganlah dijadikan soal ~; di muka ~ di depan orang banyak (umum); kemahuan ~ kemahuan umum; khalayak ~ orang banyak, umum; kegemaran ~ kesukaan umum; orang ~ a) orang biasa (kebanyakan); b) orang yg banyak (umum); suara (pendapat) ~ suara atau pendapat umum; ~ beragam, rimbun menyelara prb kesukaan (kemahuan) tiap-tiap seorang tidak sama;
setempat1. satu tempat sahaja; 2. = setempat-setempat hanya mengenai sesuatu tempat sahaja, tidak menyeluruh; 3. di tempat itu sendiri: hikayat ini tersiar di daerah yg sangat luas biarpun dlm bentuk yg berlainan dan disesuaikan dgn keadaan ~; tempatanyg berkaitan dgn tempat tertentu, di tempat itu sendiri: kasut hitam, buatan ~ yg dipakainya itu berkilat; buah-buahan ~ buah-buahan dr negera sendiri (bukan buah-buahan yg diimport); ~ hati ki buah hati, kekasih; | Makna | 04.08.2009 |
Mohon penjelasan tentang perbezaan penggunaan frasa mencolok mata dengan menjojok mata. Terima kasih | Istilah menjojok mata tiada dalam sumber rujukan kami. Mungkin yang saudara maksudkan ialah menjolok mata. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata mencolok mata bermakna 1. mencucuk mata; 2 (bahasa kiasan) tampak jelas, kelihatan jelas benar; 3. membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu. Kata menjolok pula bermakna 1. menusuk (merodok) sesuatu dengan galah dll. supaya gugur, menusuk ke dalam lubang dll. 2. memasukkan jari tangan ke dalam lubang hidung (kerongkong dll.); 3. memancing-mancing keterangan dll; daripada orang, mengajuk atau menduga hati. Oleh itu, antara mencolok mata dengan menjolok mata, yang tepat ialah mencolok mata. Contoh penggunaan: Kakitangan wanita dilarang memakai pakaian yang mencolok mata semasa bekerja di pejabat. | Tatabahasa | 11.07.2010 |