Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.man.dang.kan] | ممندڠکن

Definisi : memikirkan, (apabila) mempertimbangkan atau memperhitungkan: ~ pengalaman puan selama ini, saya dgn sukacitanya melantik puan sbg ahli jawatankuasa Kongres Cendekiawan Melayu III; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.man.dang.kan] | ممندڠکن

Definisi : membuat pertimbangan berdasarkan sesuatu: ~ kemahiran dan pengalamannya yg luas, beliau dilantik sbg pengurus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Memandangkan kepentingan aritmetik mental, pengkaji bercadang agar... Soalan: Adakah penggunaan kata 'Memandangkan kepentingan' perlu diganti dengan kata yang lebih sesuai?'Memandangkan kepentingan' boleh digunakan. Selain itu, boleh juga digunakan 'memandangkan keperluan'.Lain-lain11.01.2007
Memandangkan perkataan serapan Arab seperti taasub, taaruf dan taakul dieja sebegitu kerana asal huruf Ain adalah berbaris hidup, yakni bukan menjadi ejaan *taksub, *takruf, dan takkul, mengapakah perkataan takluk tidak dieja taaluk?Bagi kata serapan Arab, ejaan kata dalam bahasa Melayu telah diputuskan mengikut Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu dalam Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi (2001 dan 2016). Antara keselarasan ejaan baharu ialah kata takluk, takrif, takzim, takziah, takwil dan sebagainya. Kebanyakan kata tersebut telah mantap ejaan dan sebutannya dalam bahasa Melayu, serta digunakan secara meluas dalam korpus penggunaan bahasa kita.

Untuk rujukan yang terbaharu, sila dapatkan kamus terbitan DBP yang terkini, iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).
Ejaan10.08.2023
Memandangkan Kamus Dewan edisi 4 tiada contoh "telur" dalam penjodoh bilangan "biji". Adakahnya salah kalau kita menggunakan "sebiji telur"?Penjodoh bilangan sebiji telur,  betul.Tatabahasa12.07.2020
Apa khabar, Memandangkan pemayur adalah istilah dan kosa kata baharu dalam Bahasa Melayu bagi padanan vegetarian, bolehkah saya tahu akan kaedah DBP membina istilah tersebut? Adakah DBP menggunakan perkataan mayur dalam sayur - mayur dengan awalan pe- atau adakah mayur merupakan singkatan makan sayur beranalogikan istilah lama karnivor (maging =makan daging), herbivor (maun= makan daun) dan omnivor (maserba = makan serba) dilekatkan awalan pe- menjadi pemayur iaitu pemakan sayur.Untuk makluman tuan, istilah pemayur dibina oleh Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP dengan kerjasama pakar bidang Teknologi Makanan. Tatacara pembinaan istilah telah diperhalusi oleh pakar bidang sebelum sesuatu keputusan dicapai. Dewan Bahasa dan Pustaka menyebarkan istilah yang telah dibina untuk kegunaan khalayak. Tanggungjawab kita sebagai pengguna ialah menyebarkan dan menggunakan istilah yang telah dibina. Walau bagaimanapun jika tuan bercadang untuk membuat kajian tentang pembentukan istilah bolehlah berhubung terus dengan bahagian yang berwenang, iaitu Bahagian Peristilahan dan Leksikologi.Istilah13.03.2018
Permohonan di buat pada 23/7/2015 semua text dalam bahasa Inggeris memandangkan target market saya dari golongan expatrait /international yang berada dikawasan tersebut. (Seri Iskandar) Memandangkan saya telah mencetak iklan tersebut barulah saya di beritahu oleh pihak PBT saya perlu membuat penyemakan di DBP. Saya bimbang permohonan saya ditolak. Mohon kerjasama kerana target market saya adalah dari golongan international.Paparan awam dalam kawasan pihak berkuasa tempatan di negara kita hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan. Jika bahasa Inggeris hendak dikekalkan, sediakan juga padanan dalam bahasa kebangsaan, iaitu perkataan dalam dwibahasa (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris) dan keutamaan kepada bahasa kebangsaan termasuklah dari segi saiz dan kedudukannya. Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Lain-lain23.07.2015
Salam sejahtera, 1) Memandangkan Kamus Dewan (semua edisi cetak) tidak mempunyai maklumat kelas kata, bagaimanakah cara untuk mengetahui kelas kata sesuatu perkataan dalam bahasa Melayu? Contoh: Katakan dalam konteks pelajar di luar bandar yang rumahnya tidak mempunyai kemudahan Internet untuk membuat carian di PRPM DBP. 2) Apakah kelas kata bagi perkataan 'hitam putih' dalam konteks pernyataan bertulis sebagai bukti sesuatu perjanjian. Dalam bahasa Inggeris 'black and white' merupakan kata adjektif. Adakah sama bagi bahasa Melayu? Terima kasih.1. Saudara boleh memperoleh maklumat kelas kata dalam buku Tesaurus Bahasa Melayu. Tesaurus Bahasa Melayu memasukkan kelas kata entri utama dan entri terbitan.
2. "Hitam Putih" ialah istilah dan daftar istilah bahasa Melayu tidak memberi kelas kata setiap entri.
Istilah07.03.2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Memandangkan istilah 'revitalize' dan 'revitalization' tiada pemadanan khusus dalam istilah bahasa Melayu, bolehkah saya mengusulkan kata 'pugar' dan 'pemugaran' sebagai padanan? Adakah terdapat saluran dalam talian bagi mengemukakan cadangan padanan istilah ke DBP? Ini boleh memberi ruang untuk orang ramai memberi saranan/cadangan melalui penggunaan sumber khalayak (crowd sourcing).Istilah (technical term) ialah kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat dalam sesuatu bidang ilmu atau professional. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya, dan dengan itu diberikan definisi yang tepat. Jika tiada dinyatakan bidang maka kata hanyalah kata umum. Makna kata umum boleh sahaja dirujuk dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan (KIMD). Dalam KIMD, makna kata revitalize ialah menggiatkan, mencergaskan; manakala makna kata revitalization ialah penggiatan, pencergasan/ semula. DBP sangat mengalu-alukan para pakar bidang untuk bergerak bersama mencipta istilah Melayu.Istilah27.12.2018
Samantha Lim WED 06:26 Memandangkan saya masih berada di luar negara sekarang, ada tak cara lain untuk berhubung dengan Puan Norhamiza misalnya emel?Norhamiza binti Mohd Tuhaini - norhamiza@dbp.gov.myLain-lain19.04.2017
Salam sejahtera. Saya ingin tanya, memandangkan perkataan 'cowboy' mempunyai terjemahan kepada 'koboi' di dalam BM, bagaimana pula perkataan 'cow girl'. Adakah perkataan sama seperti 'koboi'? Terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "cowgirl" dalam pangkalan data istilah DBP. Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah15.03.2017
Saya ingin bertanya tentang perkataan "Inspektorat" memandangkan tidak wujud dalam kamus DBP. Perkataan asal adalah dari bahasa Inggeris iaitu Inspectorate. Terima kasihPadanan dalam bahasa Melayu untuk perkataan "inspectorate" ialah Jemaah Pemeriksa, Jemaah Merinyu dan Jemaah Nazir. Makna21.02.2021
12345678910...

Kembali ke atas