1. Swie Lan memang/sahaja suka berjoging pada waktu petang. Mengapa jawapan memang betu? atau mengapa jawapan sahaja salah? | Perkataan "memang" sesuai dalam konteks ayat tersebut. Sila rujuk kamus dan lihat perbezaan makna memang dan sahaja. | Tatabahasa | 30.07.2012 |
memang 'pengkongsian' perkataan yang tepat ye? bagaimana pula dengan 'perkongsian' | Kata terbitan berkongsi menerbitkan pula kata perkongsian, tidak kata mengkongsi bagi menerbitkan kata pengkongsian. | Tatabahasa | 14.12.2012 |
Memang betul perkataan "glamor" masih digunakan dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan. Guru sekolah berkata bahawa perkataan "glamor" tidak boleh digunakan dalam karangan kerana dalam Kamus Dewan Edisi Keempat tiada dam ini bermaksud perkataan tersebut telah dibubarkan. Bolehkah saya tahu bahawa adakah perkataan "glamor" boleh digunakan semasa PMR? | Kata glamor terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Perkataan ini telah lazim digunakan dalam penulisan umum. | Lain-lain | 19.02.2008 |
Tuan, 1) Kata "memang" ialah kata penguat atau kata bantu? 2) Adakah ayat di bawah gramatis? Nenek saya memang gemar lagu-lagu keroncong. Sekian, terima kasih. Cik Ooi | 1. Perkataan memang ialah kata keterangan. 2. Ayat yang betul ialah "Nenek saya memang gemar mendengar lagu keroncong". | Tatabahasa | 14.03.2009 |
Hi, nak tanya adakah ayat di bawah membawa maksud yang sama? 1. Budak itu memang nakal. Nakalnya budak itu. 2. Masakan ini memang sedap. Sedapnya masakan ini. Mohon penjelasan tuan, terima kasih. | 1. Budak itu memang nakal. Nakalnya budak itu. :Kedua-dua ayat ini membawa maksud yang sama. 2. Masakan ini memang sedap. Sedapnya masakan ini. :Kedua-dua ayat ini membawa maksud yang sama.
| Tatabahasa | 04.07.2019 |
Apakah perbezaan dari segi penggunaan bagi sepadan dan berpadanan | Menurut Kamus Pelajar, sepadan bermaksud sesuai benar; sudah seharusnya; patut: Hukuman itu memang sepadan dengan kesalahannya. Manakala berpadanan pula bermaksud tidak bersalahan; memang patut atau memang padan; bersesuaian: Upah yang diterimanya tidak berpadanan dengan tenaganya. Daripada makna tersebut, kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang hampir sama dan boleh digunakan mengikut konteks ayat. | Makna | 09.01.2017 |
Saya memang jelas prinsip asas penggunaan kata sendi nama `di’ dan pada serta ‘dari’ dan `daripada’. Bagaimanapun saya ingin kepastian, manakah yang betul bagi ayat-ayat ini. . “Di awal atau pada awal bab buku ini, penulis … “ 2. “Petikan beberapa ayat dari atau daripada al-Quran”. 3. “Maklumat awal dari atau daripada beberapa jabatan kerajaan …” 4. Saya sering menulis beberapa artikel untuk Majalah Dewan Budaya. Bila menulis nama tempat, apakah formula rasmi yang patut saya ikuti. Ini terutama nama-nama lama dalam ejaan lama (asal); apakah perlu dieja dengan ejaan asal atau menggunakan ejaan baharu. Contohnya, Teluk Chempedak, Ayer Hitam, Kuching, Cheras, Kota Bharu, Johor Bahru dll. Bagaimana pula dengan ejaan asal yang terikut-ikut dengan gaya ejaan barat atau Cina seperti Tanjung Bungah, Simpang Ampat dan Simpang Anam di Johor. Mohon tuan berikan penjelasan bagi memudahkan penulisan saya agar tidak melakukan kesilapan bahasa. | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1.“ Pada bahagian awal bab buku ini, penulis … “ 2. “Petikan beberapa ayat daripada al-Quran”. 3. “Maklumat awal daripada beberapa jabatan kerajaan …” 4. Nama-nama lama dalam ejaan lama (asal) dikekalkan dengan ejaan asal seperti Teluk Chempedak, Ayer Hitam, Kuching, Cheras, Kota Bharu, Johor Bahru dan lain-lain. Begitu juga ejaan asal dari barat atau Cina seperti Tanjung Bungah, Simpang Ampat dan Simpang Anam di Johor juga dikekalkan sehingga kini. | Tatabahasa | 10.12.2018 |
hanya,memang,sahaja termasuk dalam kategori apa? | Kata tersebut tergolong dalam kata tugas | Tatabahasa | 26.05.2010 |
saya memang minat untuk menulis,boleh tak beri saya beberapa tip untuk menulis dengan betul.. anak noor | Untuk menghasilkan karya yang baik berikut disenarai beberapa tip khususnya dalam penulisan kreatif, iaitu puisi, cerpen, novel dan drama: 1. Karya mengandungi pemikiran dan perasaan 2. Karya diolah dengan keindahan bahasa yang baik 3. Karya mempunyai nilai-nilai murni 4 Karya mampu merangsang pemikiran pembaca Untuk makluman, puan boleh merujuk beberapa buah buku panduan penulisan yang telah diterbitkan oleh DBP. Sekian, terima kasih | Lain-lain | 02.07.2009 |
saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan ya dan benar dalam ayat. contoh ayat mana yang tepat. 1. Memang ya, saya tidak pernah mendengar dia bercakap bohong. atau : 2. Memang benar, saya tidak pernah mendengar dia bercakap bohong. | Ayat yang kedua lebih tepat. 2. Memang benar, saya tidak pernah mendengar dia bercakap bohong. | Tatabahasa | 02.11.2015 |