apakah maksud dasar menurut kamus dewan beserta muka surat ke berapa dalam kamus dewan tersebut? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, halaman 317, dasar bermaksud 1. bahagian yg di bawah sekali (laut, sungai, tasik, dsb): mutiara didapati di ~ laut; 2. bahagian yg di bawah sekali sama ada di sebelah dalam atau di sebelah luar sesuatu bekas (spt kuali, botol, dll): serbuk kopi itu mendap ke ~ gelas; ~ kuali yg hitam spt arang; 3. lantai: rumah itu atapnya zink, dindingnya papan, dan ~nya simen; 4. lapisan yg di bawah sekali (pd gambar, kain, dll), latar: ~ kain batik pd umumnya berwarna perang; corak yg terdiri drpd kuntum-kuntum bunga pd ~ yg berwarna gelap; 5. sifat, perangai (yg sudah sebati dgn seseorang): dia pantang ditegur memang begitu ~nya; 6. pertimbangan (cara, sistem, dll) yg pokok bkn sesuatu, asas, prinsip, teras: Vietnam Selatan mengirim beberapa orang pegawai tentera ke Malaysia utk mempelajari ~-~ perang gerila; apakah ~nya pendapat tuan itu? 7. pendirian yg menjadi asas segala tindakan (sikap, keputusan, dll), polisi: ~ kerajaan; ~ sesebuah parti politik; ~ ekonomi negara; 8. yg menjadi bahagian (faktor) terpenting, asas, pokok: setelah dicapai persetujuan tentang soal-soal ~, baru dibincangkan butir-butirnya; 9. Id memang, sebenarnya: sudah ~ pencuri; 10. kertas dsb yg dipotong mengikut bentuk baju dan dijadikan asas utk menggunting pakaian; | Makna | 04.07.2010 |
dasar | Kami mohon saudara menjelaskan pertanyaan ini kerana pertanyaan saudara bersifat umum. Walau bagaimanapun, takrifan kata dasar mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah bahagian yg di bawah sekali (laut, sungai, tasik, dsb): mutiara didapati di ~ laut; 2. bahagian yg di bawah sekali sama ada di sebelah dalam atau di sebelah luar sesuatu bekas (spt kuali, botol, dll): serbuk kopi itu mendap ke ~ gelas; ~ kuali yg hitam spt arang; 3. lantai: rumah itu atapnya zink, dindingnya papan, dan ~nya simen; 4. lapisan yg di bawah sekali (pd gambar, kain, dll), latar: ~ kain batik pd umumnya berwarna perang; corak yg terdiri drpd kuntum-kuntum bunga pd ~ yg berwarna gelap; 5. sifat, perangai (yg sudah sebati dgn seseorang): dia pantang ditegur memang begitu ~nya; 6. pertimbangan (cara, sistem, dll) yg pokok bkn sesuatu, asas, prinsip, teras: Vietnam Selatan mengirim beberapa orang pegawai tentera ke Malaysia utk mempelajari ~-~ perang gerila; apakah ~nya pendapat tuan itu? 7. pendirian yg menjadi asas segala tindakan (sikap, keputusan, dll), polisi: ~ kerajaan; ~ sesebuah parti politik; ~ ekonomi negara; 8. yg menjadi bahagian (faktor) terpenting, asas, pokok: setelah dicapai persetujuan tentang soal-soal ~, baru dibincangkan butir-butirnya; 9. Id memang, sebenarnya: sudah ~ pencuri; 10. kertas dsb yg dipotong mengikut bentuk baju dan dijadikan asas utk menggunting pakaian; | Makna | 04.03.2009 |
apakah yang dimaksudkan perkataan DASAR? | Berikut disertakan 10 makna kata 'dasar' mengikut KD4: 1. bahagian yg di bawah sekali (laut, sungai, tasik, dsb): mutiara didapati di ~ laut; 2. bahagian yg di bawah sekali sama ada di sebelah dalam atau di sebelah luar sesuatu bekas (spt kuali, botol, dll): serbuk kopi itu mendap ke ~ gelas; ~ kuali yg hitam spt arang; 3. lantai: rumah itu atapnya zink, dindingnya papan, dan ~nya simen; 4. lapisan yg di bawah sekali (pd gambar, kain, dll), latar: ~ kain batik pd umumnya berwarna perang; corak yg terdiri drpd kuntum-kuntum bunga pd ~ yg berwarna gelap; 5. sifat, perangai (yg sudah sebati dgn seseorang): dia pantang ditegur memang begitu ~nya; 6. pertimbangan (cara, sistem, dll) yg pokok bkn sesuatu, asas, prinsip, teras: Vietnam Selatan mengirim beberapa orang pegawai tentera ke Malaysia utk mempelajari ~-~ perang gerila; apakah ~nya pendapat tuan itu? 7. pendirian yg menjadi asas segala tindakan (sikap, keputusan, dll), polisi: ~ kerajaan; ~ sesebuah parti politik; ~ ekonomi negara; 8. yg menjadi bahagian (faktor) terpenting, asas, pokok: setelah dicapai persetujuan tentang soal-soal ~, baru dibincangkan butir-butirnya; 9. Id memang, sebenarnya: sudah ~ pencuri; 10. kertas dsb yg dipotong mengikut bentuk baju dan dijadikan asas utk menggunting pakaian; | Makna | 07.08.2009 |
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, sangat cantik nian , sungguh besar betul dianggap betul. Adakah menurut tatabahasa baru, "begitu cantik sekali", "terlalu tinggi benar" pun dianggap betul? Kenapa bahagian kata penguat adjektif sentiasa berubah sejak edisi pertama hingga edisi ketiga? Hal ini memang mengelirukan golongan pelajar kerana sentiasa berubah. | "begitu cantik sekali" dan "terlalu tinggi benar" kedua-dua ungkapan tersebut betul, yang tidak digunakan ialah ter-, kata penguat sekali dan paling dalam satu ayat/serentak kerana kerana ketiga-tiga kata dan imbuhan tersebut sudah menunjukkan darjah penghabisan. Sebarang perubahan (jika ada) bertujuan untuk penambahbaikan. | Tatabahasa | 22.02.2009 |
Salam hormat, saya ingin tahu adakah perkataan "begitu", "banyak"dan "belaka" digolongkan dalam tatabahasa Kata Penegas? Terima kasih. | Kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu: (i) Yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya. Contohnya, -kah, -tah, dan -lah. (ii) Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa predikat atau bahagiannya. Contohnya, juga, jua, pun, sahaja, lagi, dan memang. Perkataan-perkataan begitu dan banyak boleh menjadi kata penegas apabila menerima proses pendepanan, seperti contoh: banyakkah dan begitulah. | Tatabahasa | 22.05.2013 |
Salam 1Malaysia. Persoalan yang sering mengelirukan pengguna bahasa adalah tentang penggunaan kata penguat. (i) Bolehkah kata penguat bebas dan kata penguat bebas , misalnya amat sangat, boleh hadir secara berderetan? Hal ini saya katakan demikian kerana munsyi dewan memberikan pandangan yang berbeza-beza. Pandangan sedemikian memang memeningkan kepala pengguna bahasa seperti saya. (ii) Adakah binaan teramat sangat betul? Dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4 dan Kamus Pelajar Edisi Ke-2 frasa teramat sangat memang wujud, sementelahan kemusyikilan ini tidak wujud dalam rekod soal jawab. Besarlah harapan saya bahawa kemusyikilan ini dapat dileraikan. Sekian, terima kasih. KAY SEVEN | Kata penguat boleh hadir berderetan, seperti contoh ayat; sungguh amat merdu. Begitu juga dengan kata penguat amat sangat yang bermaksud terlampau, boleh hadir secara berturutan. Binaan ayat daripada pola ter + amat + sangat adalah tidak gramatis, yang betul ialah daripada binaan ter + amat + kata adjektif seperti teramat baik dan teramat cantik. | Tatabahasa | 28.07.2011 |
saya perlukan nasihat dalam menggunakan perumpamaan atau peribahasa bagi artikal penulisan saya. Jika boleh dapat sekiranya di beri dictionary bagi peribahasa dan perumpamaan utk rujukan saya . terima kasih | Penggunaan peribahasa dan perumpamaan sebenarnya bergantung pada jenis ayat yang hendak ditulis. Misalnya dalam satu contoh ayat, "kehidupan dua beradik itu begitu tertekan setelah kematian ibu bapa mereka, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga". Beginilah contoh penggunaan peribahasa dalam tulisan. banyak lagi contoh-contoh yang dapat dihasilkan dengan penggunaan peribahasa dan perumpamaan ini. Mengenai kamus peribahasa atau perumpamaan, memang terdapat banyak di pasaran sekarang.Terima kasih. | Lain-lain | 11.10.2006 |
1) APAKAH MAKSUD ATAU TAKRIFAN SEBENAR MEDIA CETAK DAN APAKAH JENIS-JENIS MEDIA CETAK YANG TERDAPAT DI MALAYSIA. 2) SILA HURAIKAN PERANAN MEDIA CETAK DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU BAKU. 3)SEJAUH MANAKAH MEDIA CETAK DI MALAYSIA MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU BAKU DALAM PENULISANNYA. | Media cetak ialah alat atau saluran komunikasi yg berupa bahan cetakan atau terbitan (spt surat khabar, majalah, dll). Peranan media cetak dalam memartabatkan bahasa Melayu memang banyak. Ini dapat dilihat dalam akhbar arus perdana yang terdapat pada hari ini. Ini tidak termasuk bahan-bahan lain seperti buku-buku dan sebagainya. Akhbar di Malaysia memang menggunakan bahasa baku dalam penulisannya. Perlu juga diingat bahawa yang membezakan gaya penulisan dalam setiap bahan bercetak ialah laras bahasa yang digunakan. Misalnya, dalam bidang undang-undang, penulis akan menggunakan laras bahasa undang-undang dalam menyampaikan maklumatnya. Begitu juga dalam bidang sukan, politik, sains dan pelbagai disiplin ilmu lain, penulis akan menggunakan laras bahasa yang bersesuaian dengan apa yang hendak dipaparkan dalam tulisannya. Terima kasih. | Lain-lain | 03.08.2008 |
Assalamualaikum. Tuan, saya memohon Tuan dapat memberi penjelasan mengenai dua perkataan di bawah ini kerana saya agak keliru dengan penggunaannya; (i) baru (ii) baharu Melalui pembacaan saya sebelum ini; baru merujuk kepada 'just'. contoh penggunaan: baru sampai, dia baru tersedar, baru sahaja habis. manakala; baharu merujuk kepada 'new'. contoh penggunaan: baju baharu, pengantin baharu, tahun baharu, adik baharu Namun begitu timbul kekeliruan pada saya kerana lazimnya 'baharu' tetap juga ditulis dengan 'baru' seperti yang biasa ditemui: baju baru, pengantin baru, tahun baru, adik baru. Saya mohon Tuan dapat membantu tentang ketepatan penggunaan perkataan 'baru' & 'baharu'. Terima kasih, Tuan. | Pendapat saudara memang benar, kita biasa melihat frasa 'kereta baru' atau 'kereta baharu' dan 'buku baru' atau 'buku baharu'. Oleh itu, kata news kerap diterjemahkan kepada baru atau baharu. Namun begitu berbeza dengan kata just yang lazimnya diterjemahkan kepada baru seperti baru sampai dan baru sebentar tadi. | Tatabahasa | 07.12.2011 |
Saya ingin membuat pertanyaan mengenai perkataan berikut: 1) pemeleh Contoh ayat: Biasanya rumah jenis ini mempunyai dua pemeleh yang besar. 2) peleh Contoh ayat: Dikenali dengan nama rumah bujang atau rumah berpeleh tiang enam. setelah dirujuk dalam kamus dewan yang terbaru, tidak terdapat maksud perkataan tersebut, saya juga merujuk melalui carian kata di laman web ini. Sila bantu saya. Terima kasih | Memang tidak terdapat kata pemeleh dalam KD terbaharu. Namun begitu perkataan peleh terdapat dalam KD dengan membawa maksud menyapu bedak ke muka. Tetapi kami beranggapan, maksud tersebut bukanlah pengertian sebenar yg sdr kehendaki. Namun begitu terdapat satu perkataan lain dalam KD iaitu pilar yg bermaksud tiang tegak yg diperbuat drpd batu dll, digunakan sbg penyokong hiasan dsb. Mungkin juga perkataan pemeleh itu bukanlah dalam sebutan baku, tetapi dalam sebutan dialek negeri tertentu. Kami berkeyakinan perkataan pilar itulah yg sdr cari. T.kasih. | Lain-lain | 03.09.2008 |