Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memanggang 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tolong jelaskan perbezaan antara memanggang,membakar dan menyalai.Terima kasih

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, memanggang bermaksud memasak (memanaskan, mendiangkan) di atas bara api. Membakar bermaksud 1. memanaskan sesuatu (seperti ikan, daging, pisang dan sebagainya) di atas api supaya masak, memanggang. 2. Memasak sesuatu (seperti kuih, ikan, daging, dll) dengan jalan memanaskannya dalam ketuhar. Menyalai bermaksud mengeringkan (mengasapi, memanggang) di atas api. Berdasarkan penerangan di atas, ketiga-tiga perkataan tersebut mempunyai maksud yang sama. 

Makna01.04.2011
Adakah maksud "menyalai" sama dengan "memanggang"?

Mengikut Kamus Dewan “menyalai” bermaksud (1) mengeringkan, mengasapi, memanggang di atas api (2) memanaskan badan dekat api bagi perempuan yang baru bersalin (3) memasang lampu. 

Manakala “memanggang” bermaksud (1) memasak, memanaskan, mendiangkan,  di atas bara api (2) dalam bahasa Minang pula boleh membawa maksud membakar.  Jelas daripada maksud yang diberikan, kedua-duanya berkongsi maksud yang pertama sahaja.  

Makna06.03.2014
Tuan, 1.Soalan:Mak Kiah ............ ikan keli itu di atas bara api. jawapannya : memanggang atau membakar . 2 Soalan :Pak Hamad sedang ............ sebiji durian untuk anaknya. Gambar menunjukkan seorang lelaki memegang sebiji buah durian pada tangan kanannya manakala tangan kirinya memegang sebilah parang. jawapannya : membelah atau mengupas1. Mak Kiah memanggang ikan keli itu di atas bara api.
2  Pak Hamad sedang membelah sebiji durian untuk anaknya.
Tatabahasa06.03.2012
Salam pagi, Soalan saya ialah: 1) Yang manakah lebih gramatis: memanggang sate ATAU membakar sate? 2) Yang manakah lebih gramatis: bahan pencemar udara ATAU bahan cemar udara ATAU pencemar udara? 3) Apakah perbezaan antara maksud 'konsep' dan 'prinsip'? Sila berikan contohnya sekali. 4) Yang manakah betul: - ...orang ramai dinasihatkan supaya tidak membakar .... ATAU - ...orang ramai dinasihatkan tidak membakar... 5) Apakah perbezaan maksud antara 'punca' dan 'sumber'. Contoh ayat- Punca-punca pencemaran air ialah... ATAU Sumber pencemaran air ialah... (yang manakah lebih gramatis?) 6) Yang manakah lebih gramatis: - Ekoran daripada masalah jerebu... - Ekoran masalah jerebu... 7) Yang manakah betul / gramatis: - Kesan terhadap manusia ATAU kesan ke atas manusia 8) Yang manakah betul / gramatis: - lain-lain bahan atau bahan-bahan lain 9) Yang manakah betul / gramatis: - kita dapat merasanya dengan tangan - kita dapat merasainya dengan tangan 10) Yang manakah betul / gramatis: - menenggelamkan kawasan bumi yang rendah - meneggelamkan bahagian bumi yang rendah - membanjiri kawasan yang rendah - membanjiri bahagian yang rendah Sekian, terima kasih. CK(1) Frasa memanggang sate dan membakar sate, kedua-duanya betul. 
(2) Frasa yang paling tepat ialah pencemar udara.
(3) Konsep bermaksud pengertian am atau idea ygan mendasari sesuatu, seperti konsep demokrasi tidak bererti kebebasan yang tidak terbatas. Prinsip bermaksud sesuatu yang menjadi dasar atau pegangan, seperti "berdasarkan perinsip kemampuan dan kecekapan".
(4) Frasa yang betul "orang ramai dinasihatkan tidak membakar".
(5) Punca pencemaran air ialah...
(6) Ekoran daripada masalah jerebu...
(7) Kesan terhadap manusia...
(8) Frasa yang betul ialah "bahan-bahan lain".
(9) Kita dapat merasanya dengan tangan.
(10) Membanjiri kawasan yang rendah.
Tatabahasa11.10.2015
Perbezaan gril, panggang dan bakar untuk memasakAssalamualaikum, 

Perbezaan makna perkataan gril, panggang, dan bakar untuk memasak:

1. gril (makna ke-4 lihat menggril)
Makna menggril - memanggang (ikan, daging dan sebagainya) di atas gril
Contoh ayat - Sebaiknya makanlah makanan yang direbus, digril atau dikukus.

2. panggang (makna ke-2 lihat memanggang)
Makna merebus - memasak (makanan seperti daging, ikan atau pulut) dengan meletakkannya di atas bara, di dalam ketuhar dan sebagainya
Contoh ayat - Dia memanggang daging yang dipotong itu di dalam ketuhar. 
    - Ikan yang dipanggang tadi perlu dibalik-balikkan supaya masak dengan sekata.

3. bakar (makna ke-2 lihat membakar)
Makna membakar - memasak (sesuatu) dengan meletakkannya di atas api atau di dalam alat yang mengandungi haba, misalnya ketuhar
Contoh ayat - Zamri sedang sibuk membakar sate bersama pekerjanya.
    - Kek dibakar dalam ketuhar pada suhu 180°C.

Terima kasih.
Makna02.11.2024
1)Nenek piah ............. ayam kampung untuk menghilangkan bulu yang halus. jawapan melayur/memasak/membakar/memanggang...jawapan yang manakah sesuai??? 2)keadaan di dalam bilik itu agak kacau kerana perabotnya tunggang langgang...(penggunaan kacau betul atau salah dalam ayat tersebut? 3))Nenek piah ............. ayam kampung untuk menghilangkan bulu yang halus.
melayur-  lebih sesuai

2)keadaan di dalam bilik itu agak kacau kerana perabotnya tunggang langgang.
bersepah/berselerak -lebih sesuai
Tatabahasa03.09.2012

Kembali ke atas