Yang mana lebih tepat: a) "Umaimah, buka pintu cepat!" Suara Ubaidillah melaung memanggil Umaimah. b) "Umaimah, buka pintu cepat!" suara Ubaidillah melaung memanggil Umaimah. | "Umaimah, buka pintu cepat!" Suara Ubaidillah melaung memanggil Umaimah. | Tatabahasa | 29.11.2011 |
Frasa 'mengimbau kembali zaman persekolahan' sering digunakan. Persoalannya, mengimbau bermaksud memanggil(seseorang), oleh itu adakah maksudnya dikayakan supaya merangkupi maksud kiasan - 'memanggil'(mengenang) ingatan? | Frasa "mengimbau kembali zaman persekolahan" adalah betul penggunaannya. Mengikut istilah dalam bidang umum, istilah “imbau kembali” berasal daripada istilah sumbernya dalam bahasa Inggeris iaitu “throwback”. Imbau kembali membawa maksud mengenang sesuatu peristiwa yang telah berlaku pada masa lampau. | Istilah | 06.05.2020 |
Apakah KGND ke-2 yang sesuai untuk ibu bapa memanggil anak mereka? Adakah 'kamu', 'awak' atau 'kau'? Bagaimana pula dengan orang lebih tua (pak cik/mak cik)? Apakah KGND yang digunakan oleh golongan ini untuk memanggil golongan yang lebih muda? Adakah 'awak', 'kamu' atau 'kau'? | "Kamu" digunakan kepada "orang yang lebih rendah umur dan taraf", manakala "Awak" dan "kau" digunakan kepada "orang yang sama taraf atau sesama rakan sebaya". Oleh itu, kata sapaan yang sesuai ialah "kamu". | Tatabahasa | 22.02.2015 |
Tepatkah penggunaan gelaran horman "Tuan" untuk "Maharaja" menjadi "Tuan Maharaja"? | Gelaran "Tuan" digunakan untuk memanggil seseorang lelaki dalam majlis rasmi, seperti "sila nyatakan nama tuan". Maharaja biasanya diletakkan di hadapan nama dan bukan gelaran untuk memanggil, cth. Maharaja Boma atau Bendahara Seri Maharaja. | Lain-lain | 07.03.2007 |
Salam sejahtera, Mohon pihak tuan beri penjelasan lanjut tentang penggunaan "...yang boleh anda ..." dan "...yang anda boleh ...". Contohnya "Telefon ialah alat yang anda boleh gunakan untuk memanggil seseorang" dan "Telefon ialah alat yang boleh anda gunakan untuk memanggil seseorang". Apakah perbezaan maksud kedua-dua ayat tersebut? Bilakah masanya untuk menggunakan "...yang boleh anda..." dan "...yang anda boleh...". Harap tuan dapat beri penjelasan. Terima kasih atas bantuan tuan. | Kedua-dua frasa tersebut betul bergantung pada perkataan mana yang tuan hendak dahulukan sama ada "yang boleh anda" atau "yang anda boleh". Tidak ada perbezaan dari aspek makna cuma penekanan kepada perkataan boleh atau anda. | Tatabahasa | 23.09.2012 |
Maaf, saya masih keliru dengan tanda baca bagi ayat berikut: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu.' '' Ada yang kata, ada empat penutup kata pada hujung ayat kerana ada dua dialog dalam dialog, dan satu dialog biasa. Tanda bacanya akan jadi begini: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu.'' '' Mohon pencerahan pihak tuan/puan yang bijaksana. | Merujuk buku Gaya Dewan (halaman 77), tanda petik tunggal digunakan dalam ungkapan yang telah diapit dengan tanda petik. Contoh: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu'." | Ejaan | 20.09.2011 |
Tuan, adakah ayat di sebelah ini betul? 1. Kakitangan lain memanggilnya 'Phi Yam'. Saya memikirkan bahawa ayat ini salah kerana saya pernah membaca buku Tuntunan Bahasa Awang Sariyan dan memahami bahawa "memanggil" bermaksud mengucapkan atau menjeritkan nama seseorang supaya seseorang itu datang kepada pemanggil. "Memanggil" tidak bermaksud menggelar, seperti "dia dipanggil sebagai Si Bodoh" atau "benda itu dipanggil sanggul". Ayat-ayat sedemikian, menurut Prof. Awang Sariyan, harus dibetulkan kepada: "dia disebut/digelar sebagai Si Bodoh" dan "benda itu disebut sanggul". Betulkan keterangan saya? Jadi, harus dibetulkankah ayat di atas kepada: 1. (a) Kakitangan lain menyebutnya / menggelarnya 'Phi Yam'. ? atau 1. (b) Kakitangan lain menyebutnya / menggelarnya SEBAGAI 'Phi Yam'. (Perhatian: Pembesaran huruf, seperti "SEBAGAI" hanya untuk penegasan, tiada maksud lain.) | Ayat yang gramatis, Dia pernah mengenal gadis itukah? Sila ambil contoh ayat daripada buku bahasa untuk berhujah atau memahamkan peraturan tatabahasa. Mengambil ayat daripada karya kreatif bukanlah langkah yang tepat kerana sebahagian karya kreatif tidak mematuhi seratus peratus peraturan tatabahasa.
| Tatabahasa | 20.03.2015 |
Bagaimana caranya seseorang memanggil seseorang yang namanya bermula dengan Pengiran? Adakah Yang Berbahagia atau Yang Mulia? | Yang Mulia. | Istilah | 23.11.2010 |
Maaf, saya masih keliru dengan tanda baca bagi ayat berikut: Bagaimana menulis tanda baca dialog dalam dialog yang ada dialog juga. Contoh: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu.' '' Ada yang kata, ada empat penutup kata pada hujung ayat kerana ada dua dialog dalam dialog, dan satu dialog biasa. Tanda bacanya akan jadi begini: Bagaimana menulis tanda baca dialog dalam dialog yang ada dialog juga. Contoh: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu.'' '' Mohon pencerahan pihak tuan/puan yang bijaksana. | Merujuk buku Gaya Dewan (halaman 77), tanda petik tunggal digunakan dalam ungkapan yang telah diapit dengan tanda petik. Contoh: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu'." | Ejaan | 20.09.2011 |
Jeritan Mak Cik Minah yang memanggil anaknya yang sedang mandi di sungai itu jelas kedengaran hingga rumah saya. (Adakah perkataan "yang" di atas digunakan dengan tepat?) | Saudara, Ayat tersebut boleh digunakan. Ayat itu boleh juga dibina tanpa perkataan 'yang' selepas perkataan 'Minah'. | Tatabahasa | 07.07.2010 |