Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mang.kas] | ممڠکس

Definisi : 1. menggunting rambut supaya rapi: rambut di pelipisnya menjulur tidak dipangkasnya; 2. memotong hujung (rumput, pokok, dll), mencantas: jikalau ia tidak dipangkas atau ditutuh, nescaya ia tumbuh menjadi pokok yg besar; ~ kata ki mering­kaskan cerita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mang.kas] | ممڠکس

Definisi : 1 memotong hujung tumbuh-tumbuhan supaya pendek: Mereka ~ pokok-pokok kertau itu supaya sentiasa rendah dan mudah dipetik daunnya. 2 memotong dgn gunting; menggunting: ~ rambut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pangkas
Kata Terbitan : memangkas, pemangkas,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara memontong dengan memangkas?contoh,memangkas dahan pokok

Memangkas ialah 1. memotong hujung tumbuh-tumbuhan supaya pendek: 2. memotong dengan gunting; menggunting.

Manakala memotong pula ialah 1. memutuskan sesuatu dengan pisau (gergaji dan lain-lain), memenggal, mengerat; 2. menghiris (daging, ikan dan lain-lain); 3. menebang (kayu, pokok dan lain-lain); 4. menyembelih (binatang dan lain-lain); 5. menggunting (rambut), memangkas; 6. menggunting (pakaian dan lain-lain); 7. menuai (jagung, padi dan lain-lain); 8. mengudungkan (tangan dan lain-lain); 9. membedah (perut dan lain-lain); 10. mengurangi (gaji, pendapatan dan lain-lain); 11. memintasi (jalan, per­jalanan dan lain-lain); 12. menyelang (percakapan, orang dan lain-lain); 13. memendekkan (kata, nama dan lain-lain)

Contoh Ayat:  

        1.   Ali sedang memotong daging di dapur.

        2.   Ali sedang memangkas dahan pokok di kebun.

Tatabahasa21.08.2021
Apakah perbezaan mencantas dan memangkas?Boleh saudara perbetulkan peggunaan kedua-dua perkataan tersebut pada ayat di bawah? Nur Zahidah memangkas/mencantas daun-daun bunga ros untuk mencantikkannya lagi. Yang mana satu penggunaan yang betul?Memangkas atau mencantas?Dalam Kamus Dewan mencantas sama maksudnya dengan memangkas, iaitu memancung hujung dahan, kepala dan lain-lain.Tatabahasa23.06.2012
1. Pekerja-pekerja Majlis Perbandaran sedang __________ dahan pokok di tepi jalan untuk mengelakkannya daripada mengenai tiang elektrik. A.memangkas B.Mencantas. 2. Apa perbezaan memangkas dan mencantasPekerja-pekerja Majlis Perbandaran sedang memangkas/mencantas dahan pokok di tepi jalan untuk mengelakkannya daripada mengenai tiang elektrik. Memangkas dan mencantas mempunyai makna yang sama, iaitu memancung hujung dahan.Tatabahasa17.04.2012
Penduduk kampung sedang..........dahan-dahan pokok. jawapan:memangkas atau memotongKedua-duanya betul. Memotong bersifat umum manakala memangkas bersifat khusus atau menerangkan gaya memotong dengan lebih terperinci. Memangkas ialah memotong hujung dahan atau memotong dengan gunting.Makna23.05.2011
Apakah perbezaan mencantas dan memangkas serta alat yang digunakan ?Mengikut Kamus Dewan, mencantas ialah memancung se­suatu dgn benda tajam dgn sekali ayun;  Memangkas pula diberikan dua iaitu makna pertama, menggunting rambut supaya rapi: rambut di pelipisnya menjulur tidak dipangkasnya; kedua makna memotong hujung (rumput, pokok, dll). Terdapat peralatan yang dinamakan "pemangkas"  iaitu alat spt gunting dll yg digunakan untuk memangkas.Makna28.01.2014
apakah peerbezaan antara mencantas dan memangkas.Dalam Kamus Dewan mencantas sama maksudnya dengan memangkas, iaitu memancung hujung dahan.Makna18.04.2012
Berdasarkan gambar, seorang pekerja sekolah sedang ( ) pokok bunga dengan sebilah gunting besar. A. memangkas B. mencantasSila rujuk visual, memangkas bermaksud memotong hujung tumbuh-tumbuhan supaya pendek dan mencantas bermaksud memancung se­suatu dengan benda tajam dengan sekali ayun.Tatabahasa17.03.2014
Pak Abu menggunakan sebilah parang pendek untuk ............... dahan pokok itu. Yang manakah jawapan paling tepat; MEMOTONG / MENCANTAS / MEMANGKASPak Abu menggunakan sebilah parang pendek untuk mencantas/memangkas dahan pokok itu.Tatabahasa09.05.2012
Mencantas semak samun. Boleh ke mencantas semak samun? Terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, mencantas bermaksud memangkas atau memancung (hujung dahan, kepala, dll). Dalam konteks semak samun, perkataan mencantas dan  memangkas semak samun boleh digunakan, iaitu yang bermaksud memotong hujung tumbuh-tumbuhan supaya pendek.  Tatabahasa25.07.2018
Apakah jawapan yang paling sesuai. Saya ---- pokok-pokok yang memagari kawasan rumah menggunakan sebilah gunting besar agar kelihatan kemas. A. menggunting B. menebas C. memangkas D. mencantasJawapan yang paling sesuai mengikut definisi yang betul ialah jawapan C. memangkas dan D. mencantas.  Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan dalam ayat soalan yang dikemukakan. Makna18.03.2021
12

Kembali ke atas