Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.man.jat] | ممنجت

Definisi : 1. naik ke atas (pokok, tiang, dll); 2. mendaki (bukit, gunung, dsb), menanjak: mereka ~ Bukit Bendera beramai-ramai; 3. meminta ulang bicara di mahkamah yg lebih tinggi; ~ bersengkelit prb sesuatu yg sudah menjadiadat (kebiasaan); ~ dedap prb melakukan sesuatu dgn nekad (berani); ~ pokok cekur boleh mati jatuh prb menerima hukuman yg berat kerana kesalahan yg sedikit; spt ~ terkena seruda prb mendapat rintangan sukar dlm sesuatu usaha; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.man.jat] | ممنجت

Definisi : 1 menaiki pokok dll dgn bertumpu kaki serta berpaut pd benda yg dinaiki: ~ pokok; ~ tangga. 2 menjadi bertambah tinggi (bkn jalan dll); menaik; mendaki: jalan yg ~. 3 naik ke atas (bkn tumbuh-tumbuhan) dgn melilit atau dgn berkait pd sokong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panjat (kata kerja)
Bersinonim dengan kerabat, naik, daki;,
Kata Terbitan : memanjat, memanjatkan, panjatan, pemanjat,

Puisi
 

Riang-riang memanjat pagar,
     Anak kura kena belantik;
Hari siang abang tak sedar,
     Saya tidur dua beradik.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Memanjat pokok cekur boleh jatuh mati.

Bermaksud :

Hukuman yang berat kerana kesalahan yang sedikit.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. 1. Pencuri itu memanjat di atas bumbung sebuah rumah. 2. Pencuri itu memanjat bumbung di atas sebuah rumah. Ayat mana satu yang betul?Ayat yang lebih gramatis ialah Pencuri itu memanjat bumbung sebuah rumah. Tatabahasa30.03.2017
Tuan / Puan: 1. memanjat tangga papan gelongsor (betul / salah)? 2. menaiki tangga papan gelongsor (betul / salah) ? Terima kasih.Frasa memanjat tangga papan gelongsor dan menaiki tangga papan gelongsor, kedua-duanya betul.Tatabahasa17.10.2014
apakah maksud peribahasa Di mana anjing menyalak, di situlah biawak memanjat?Peribahasa "Di mana anjing menyalak, di situlah biawak memanjat" tidak terdapat dalam rujukan kami iaitu Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (Abdullah Hussain) dan Kamus Peribahasa (Abdullah Hassan)Lain-lain23.06.2008
Salam sejahtera encik. Encik, Saya ingin memdapatkan kepastian tentang ketepatan penggunaan perkataan dalam 2 ayat berikut: 1. Ketika muda dahulu, Pak said digelar jaguh memanjat pokok kelapa. *** Adakah penggunaan perkataan 'memanjat' betul? Ataupun yang tepat ialah 'pemanjat'? Pada pendapat saya kata kerja tidak boleh ada dalam frasa nama. 2. Penyenayah itu saling berbalas tembakan dengan pihak polis. ***Adakah penggunaan "saling berbalas" betul? Adakah berlaku kelewahan bahasa? Pada pendapat saya, 'berbalas' sudah membawa maksud 'saling'. Diharapkan encik dapat memberikan pencerahan terhadap kekeliruan di atas. Terima kasih.1. Frasa yang betul ialah jaguh panjat pokok sama seperti jaguh tinju. .

2. Ayat yang betul, penjenayah itu saling menembak atau penjenayah itu berbalas tembakan. 
Tatabahasa09.05.2016
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat berikut betul? 1 Memanjat pokok ialah perbuatan yang bahaya. 2 Mencuri ialah perbuatan yang bersalah. Terima kasih.Ayat yang pertama itu betul manakala ayat yang kedua salah. Ayat kedua yang betul ialah Mencuri ialah perbuatan yang salah.Tatabahasa15.06.2012
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat berikut yang bermula dari kata kerja betul dari segi struktur ayat? 1 Memanjat pokok ialah perbuatan yang bahaya. 2 Mencuri ialah perbuatan yang bersalah. Dalam senarai daftar kata Bahasa Malaysia KSSR Tahun 1, terdapat perkataan "palet" dalam kategori Pertanian. Tetapi perkataan "palet" dalam Kamus Dewan hanya terdapat maksud "papan nipis yg digunakan oleh pelukis utk membancuh warna" di mana tidak sesuai digunakan dalam kategori pertanian. Adakah perkataan palet ini boleh diberi maksud tilam jerami? Sekian, terima kasih.1. Ada sejenis kata kerja yang penggunaannya dalam ayat berfungsi sebagai subjek, iaitu kata kerja yang mengambil tugas kata nama. contohnya: Bersenam menyihatkan badan dan Mengarang ialah pekerjaan yang mulia. Dalam ayat contoh suadara, ayat pertama betul dan ayat kedua dibetulkan menjadi Mencuri satu amalan keji.
2. Berdasarkan maklumat di laman web kami, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=palet, tidak ada istilah palet bagi maksud tilam jerami.
Istilah13.06.2012
assalamualaikum, menaiki or mengambil lif?? mana yang betul eh?Waalaikumussalam...
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud menaiki ialah memanjat atau mendaki (gunung dan lain-lain), pergi ke sesuatu tempat dengan kenderaan, mengenderai, atau memasuki rumah mela­lui tangga manakala mengambil pula ialah memegang sesuatu lalu membawa atau mengangkatnya, memungut sesuatu yg ada di bawah, menggunakan sesuatu kepunyaan orang (dgn kebenaran ataupun tidak), memerlukan; memakan, mendapatkan sesuatu (seperti sukatan, bacaan), atau menerima orang untuk bekerja. Perkataan yang lebih sesuai digunakan ialah menggunakan lif.  
Tatabahasa01.04.2019
Saya selalu menoleh kiri dan kanan sebelum melintas atau menaiki jejantas. menaiki jejantas boleh? biasanya menggunakan jejantasMenurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud menaiki ialah memanjat atau mendaki (gunung dll), pergi ke sesuatu tempat dengan kenderaan, mengenderai atau memasuki rumah mela­lui tangga. Maka ayat yang betul ialah "Saya selalu menoleh kiri dan kanan sebelum melintas jalan" atau "Saya selalu menggunakan jejantas semasa melintas jalan raya"Tatabahasa15.05.2019
apakah maksud "sukan lasak"?

Sdr. Mohamad Shukri terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Sukan lasak ialah sukan yang melibatkan aktiviti yang kasar dan kadang kala melibatkan aksi ganas. Antara jenis sukan ini ialah lumba motorcross, memanjat gunung, berakit atau bersampan dijeram sungai dan sebagainya.

Makna11.07.2009
Sama erti / makna - Oneng-oneng, berbarau, berbotok, cecawi, cecekak, dedalu, dedamak, dedaru, dedaup, memaya, tetuban.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut:
1. oneng-oneng -  anak piut (ke­tu­runan yg kelima)
2. berbarau - nama sejenis burung, Pycnonotus zeylanicus
3. berbotok - perkataan "berbotok" tidak ada dalam pangkalan data kami. Perkataan yang ada ialah bebotok yang bermaksud sejenis lauk ikan yang dirempahi, dibungkus dengan daun, dan dikukus.
4. cecawi - beberapa jenis burung, Dicrurus spp.
5. cecekak - perkataan ini tidak ada dalam pangkalan data kami
6. dedalu - 1. sejenis tumbuhan (pokok), dalu; 2. sejenis tumbuhan (pokok), Salix tetras­perma;
7. dedamak - perkataan ini tidak ada dalam pangkalan data kami. Perkataan yang ada ialah dedamak bulu, dedamak asam, dedamak air yang merujuk kepada jenis tumbuhan
8. dedaru - sejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Ica­cinaceae, kayunya sesuai dibuat perabot, papan lantai, dll, samala (di Sabah), Cantleya corniculata.
9. dedaup - 1. sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar jambul merak, akar suluh, Bauhinia cornifolis; 2. sejenis tumbuhan (pokok memanjat), kangkatuk, kempaga, Bauhinia flammifera; 3. sejenis tumbuhan (pokok memanjat), kait-kait rimba, katup-katup, Bauhinia bidentata.
10. memaya - sejenis tumbuhan (pokok), Homa-lanthus populneus.
11. tetuban - selaput pembungkus janin (dalam kandungan) dan tembuni
Makna02.04.2014
12

Kembali ke atas