Ibu bapa perlu menerangkan apa-apa yang dibaca kepada anak mereka untuk memantapkan pemahaman mereka. Penggunaan 'memantapkan' betul? | Memantapkan bermaksud menstabilkan dan kurang tepat dalam konteks ayat tersebut. Perkataan memantapkan boleh digantikan dengan perkataan meningkatkan untuk disesuaikan dengan konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 26.07.2013 |
adakah frasa “memantapkan lagi” salah dalam peraturan tatabahasa ? | Perkataan “memantapkan” merupakan kata kerja yang menerima apitan meN-…-kan Perkataan “lagi” merupakan kata penegas yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Frasa “memantapkan lagi” boleh digunakan mengikut konteks dan konsep penggunaan dalam ayat, seperti contoh ayat yang berikut: “Kaedah gerak kerja baharu ini akan memantapkan lagi fungsi dalam sesebuah organisasi.” Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), hlm. 207 dan 261. | Tatabahasa | 24.01.2025 |
Salam, saya daripada pejabat kastam selangor ingin bertanya kan soalan;yang mana satu adalah susnan ayat yang betul . ayat pertama: Memantapkan Penilaian dan Taksiran Kereta Import Terpakai ayat kedua: Memantapkan Penilaian dan Taksiran Kereta Terpakai import. | Ayat yang betul ialah ayat kedua: Memantapkan Penilaian dan Taksiran Kereta Import Terpakai. | Tatabahasa | 04.04.2009 |
Apakah tindakan yang akan diambil DBP untuk memantapkan lagi penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar? | Sebagai badan yang dipertanggungjawakan untuk memartabatkan bahasa Melayu di negara ini, DBP sentiasa menjalankan pelbagai aktiviti kebahasaan agar bahasa Melayu disanjungi dan terus di mercu. Antara program yang DBP jalankan untuk memantapkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar ialah mengadakan Pertandingan Forum Remaja, Pertandingan Forum Pelajar, Akademi Sastera dan pelbagai seminar yang boleh disertai oleh pelajar. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan usaha yang dilakukan oleh DBP untuk memantapkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar, sila berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP atau melayari laman Dewan Bahasa dan Pustaka, www.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 13.08.2008 |
Banyak usaha pihak majikan lakukan untuk memantapkan integriti dalam kalangan pekerja adakah ayat di atas mengandungi kesalahan tatabahasa? Mohon kepastian daripada pihak tuan/puan | Ayat yang betul ialah “Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh pihak majikan untuk memantapkan integriti dalam kalangan pekerja." | Tatabahasa | 06.07.2024 |
setiap pekerja atau kakitangan yang baru berkhidmat di dewan bahasa dan pustaka mesti wajib mengikuti kursus yang di anjurkan untuk memantapkan perkhidmatan dan ada juga orientasi bila setiap pekerja atau kakitangan yang baru berkhidmat ? dan ada satu pertanyaan , kalau ada temuduga, ujian harus di adakan kh ? | Untuk makluman tuan, kesemua pegawai dan Staf DBP perlu dan wajib menghadiri kursus yang dianjurkan oleh pihak Akademi DBP untuk memantapkan ilmu dan mutu perkhidmatan staf DBP. Ujian bertulis pula diadakan untuk skim-skim tertentu sahaja. Contoh: Pengambilan Perancang Bahasa S41 dan Pegawai Tadbir S41. | Lain-lain | 26.03.2017 |
Bolehkah pihak DBP Sabah dijemput ke sekolah untuk memantapkan lagi tatabahasa murid - murid di sekolah menengah | Sila hubungi Pengarah DBP Cawangan Sabah, Puan Hajah Asmiah binti Haji Ajamain di talian 088439217 atau e-mel asmiah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 24.02.2015 |
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera, Saya ingin bertanyakan kemusykilan berikut untuk memantapkan penguasaan dalam menyediakan minit mesyuarat yang efektif dan berkesan. 1. Saya dilantik sebagai Setiausaha Satu jawatankuasa Induk peringkat Bahagian dan dalam masa yang sama sebagai pencatat minit. Soalan : Jika mesyuarat tersebut telah membubarkan Jawatankuasa Pengelola, adakah boleh diletakkan ayat berikut : " Oleh kerana tiada hal-hal lain, Pengerusi memaklumkan kepada Majlis Mesyuarat, Jawatankuasa Pengelola Majlis Ibadah Qurban Perdana 2015 dibubarkan dengan rasminya. " Mesyuarat ditamatkan pada jam 12.00 tengah hari ATAU Pengerusi memaklumkan kepada Majlis Mesyuarat, Jawatankuasa Pengelola Majlis Ibadah Qurban Perdana 2015 dibubarkan dengan rasminya. " Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari * Mohon pencerahan Terima kasih. | Pengerusi memaklumkan kepada Majlis Mesyuarat, Jawatankuasa Pengelola Majlis Ibadah Qurban Perdana 2015 dibubarkan dengan rasminya. Mesyuarat ditamatkan pada pukul 12.00 tengah hari. | Tatabahasa | 07.10.2015 |
Dalam penulisan teks, yang mana lebih tepat dan gramatis untuk menulis tajuk atau subtajuk, iaitu: 1. Memantapkan Kerjasama Antara Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Dan Masyarakat; atau 2. Pemantapan Kerjasama Antara Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Dan Masyarakat Mohon penjelasan. Sekian, terima kasih. | Pemantapan Kerjasama antara Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang dengan Masyarakat , lazimnya tajuk/subtajuk ditulis dalam bentuk kata nama. | Tatabahasa | 06.01.2015 |
Apakah usaha-usaha dan kegiatan perancangan bahasa yang dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ke arah memantapkan perkembangan Bahasa Melayu? | Untuk perhatian pihak saudara/saudari, KNDBP tidak menyediakan perkhidmatan menyelesaikan tugasan pelajar. Walau bagaimana pun KNDBP mencadangkan saudara/saudari membuat rujukan ke Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), Tingkat 3, Menara DBP, Kuala Lumpur. | Lain-lain | 13.04.2008 |