Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.man.tul] | ممنتول

Definisi : 1. mengambul (spt bola yg dilontarkan ke dinding), menganjal, me­lantun: tayar itu setiap masa ~ dr muka jalan; 2. berbalik tanpa menembusi sesuatu objek atau permukaan (bkn cahaya, gelom­bang, bunyi dsb): cahaya ~; 3. ki melonjak semula (bkn harga saham dsb): pasaran ~ dan memecahkan paras rintangan 730 mata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.man.tul] | ممنتول

Definisi : 1 berbalik kembali apabila dilontarkan ke benda-benda keras; mengambul; menganjal. 2 berbalik tanpa menembusi sesuatu objek atau permukaan (bkn cahaya, bunyi dsb). 3 ki melonjak semula (bkn harga saham dsb): Pasaran ~ dan mencecah paras selesa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pantul
Kata Terbitan : memantul, pantulan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam Perpaduan.. Saya Munira. Cuma nak bertanya penggunaan bahasa contohnya Bola jika kita baling adakah penggunaan yang sesuai lantun ke atau pantul. Sekian. Terima kasih.Bola jika dibaling boleh melantun atau memantul, kerana melantun bermaksud membuang balik; atau memantul: Bola getah itu melantun/memantul apabila dilemparkan ke tanah.Tatabahasa17.06.2010

Kembali ke atas