Filem Melayu yang ditayangkan di pawagam pada masa kini ___ kisah seram. 'banyak memaparkan' / 'memaparkan banyak' juga boleh diterima bagi ayat itu? | Frasa yang tepat ialah ...banyak memaparkan. | Tatabahasa | 16.07.2013 |
SAYA INGIN MEMAPARKAN PAPAN IKLAN UNTUK PERNIAGAAN RAWATAN ALTERNATIF. ADAKAH NAMA SYARIKAT SAYA "MANHAJ NUBUWWAH CENTRE" SESUAI DAN BETUL? MOHON SEMAKAN. | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 07.10.2014 |
Salam, saya ingin meminta pandangan yang manakah satu rancangan dan yang mana satukah slot dan apakah perbezaan antara rancangan dan slot? Contohnya, Majalah Tiga yang memaparkan cerita orang miskin. Adakah Majalah Tiga satu rancangan yang memaparkan slot orang miskin? Terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan, rancangan bermaksud program atau rencana, slot bermaksud ruang waktu yang diperuntukkan oleh media massa untuk membolehkan sesuatu maklumat (berita, dan sebagainya) disiarkan. Berdasarkan makna yang tersebut rancangan Majalah Tiga dan slot orang miskin boleh digunakan. | Tatabahasa | 17.04.2013 |
Assalamualaikum, mengapa PRPM tidak lagi memaparkan kamus bahasa Inggeris dalam carian? Mohon kembalikan perkhidmatan itu semula. Kamus itu amat berguna. | Untuk makluman, terdapat sedikit masalah pada laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). Pihak kami akan membaikinya secepat mungkin. | Lain-lain | 30.04.2017 |
Soalan (19/5/2016) - Kami ingin memaparkan nama aktiviti (business nature) pada dinding hadapan bangunan pengedar-pengedar kami. Akan tetapi terdapat kemusykilan sama ada Wakil Jualan atau Pusat Jualan merupakan terma yang betul untuk digunakan. Adakah menjadi kesalahan dari segi undang-undang sekiranya pihak kami ingin menggunakan "Pusat Jualan" dan menyeragamkan terma ini untuk semua pengedar kereta kami diseluruh malaysia? Jawapan: Keterangan "PUSAT JUALAN" boleh digunakan untuk mana-mana ibu pejabat dan cawangan. ------------------------------------------------------------------- Merujuk Kepada jawapan di atas: Pusat Jualan - Ibu Pejabat dan cawangan Wakil Jualan - Pengedar Adakah kenyataan saya di atas tepat? Atau untuk pengedar , boleh juga menggunakan pusat jualan? | Untuk pengesahan bahasa dalam iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 31.05.2016 |
Cikgu Dewan, adakah akhbar Berita Harian masih memaparkan ruang Pedoman Bahasa Bersama Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim? | Ruangan ini pernah diadakan pada masa dahulu, tetapi sekarang tidak lagi. Untuk jawapan yang lebih tepat silakan bertanya kepada Berita Harian. | Lain-lain | 19.07.2014 |
Dimanakah saya boleh mendapat rujukan yang mengandungi kamus yang memaparkan perbezaan diantara ejaan rumi lama (sebelum 1972) dan ejaan rumi baru (zaaba) ? | Terima kasih atas soalan anda. Anda boleh datang membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 04.11.2010 |
Saya daripada sebuah syarikat pengiklanan. Saya ingin bertanya sama ada kita boleh memaparkan iklan bercetak di suratkhabar menggunakan bahasa lama/klasik daripada tahun 1940an kerana ingin mengikut kempen yang dilaksanakan oleh sebuah jenama minuman. Soalannya bolehkah perkataan lama itu digunakan bertujuan kempen jenama itu? Terima kasih. | Bahasa klasik atau lama boleh digunakan sekiranya perkataan tersebut terkandung di dalam Kamus Dewan. Untuk makluman, ada sesetangah perkataan masih diterima dan saudara perlu peka terhadap ejaan lama yang tidak diterima dalam Kamus Dewan. | Lain-lain | 29.03.2013 |
maksud ibarat menepuk air di dulang | Perbuatan yang sia-sia yang memaparkan kelemahan diri sendiri. | Makna | 10.10.2008 |
Menu "Maklum Balas " dengan icon tanda soal berwarna biru tidak berfungsi sebaliknya masih memaparkan helaian carian tidak sebagaimana icon facebook di sebelah kirinya.. | Soalan kurang jelas maksudnya. Sila berikan maksud yang hendak disampaikan. Terima kasih. | Lain-lain | 30.07.2017 |