Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.ra/.kan] | ممڤرقکن

Definisi : memisahkan, menceraikan: dahulu dia berniat hendak ~ si Mat drpd isterinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.ra/.kan] | ممڤرقکن

Definisi : menjadikan bernyala (dgn le­bih besar), menyalakan: api itu boleh di-marakkan dgn ditiup atau dikipas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.ra/.kan] | ممڤرقکن

Definisi : 1 membuat menjadi marak; menjadikan bernyala besar. 2 menjadikan berkobar-kobar (bkn perasaan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
marak
Kata Terbitan : memarak, memarakkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon maaf saya ingin merujuk semula soalan saya 5.7.09 dan jawapan tuan pada 6.7.09. Terima kasih di atas jawapan yang diberikan. Jawapan yang diberikan oleh penggubal soalan ialah "menghembus". Saya merujuk Kamus Dewan, contoh untuk 'tiup' : "dia memarakkan api dengan meniupnya" contoh untuk 'hembus': "menghembus nafas yang terakhir" saya berpendapat menghembus berlaku dalam keadaan perlahan jika dibandingkan dengan meniup. Jadi saya fikir ayat "Amirul menghembus api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih" lebih tepat, kerana 'menghembus' lebih sesuai untuk memadamkan, manakala 'meniup' adalah untuk memarakkan. Apakah pandangan tuan. B. Menurut Kamus Dewan, "Pingat" bermaksud "bintang yang dikurniakan oleh kerajaan untuk menghormati jasa seseorang". Penjodoh bilangan untuk bintang adalah butir, jadi saya berpendapat penjodoh bilangan untuk pingat adalah "butir" Apa pendapat tuan. Saya mohon kepastian seterusnya. Sebenarnya saya ada masalah untuk mencari jawapan objektif bagi soalan tatabahasa BM murid tahun enam.

A. Antara perbuatan meniup dan menghembus amat sukar untuk mencari perbezaan, dalam Kamus Dewan kata kerja meniup dan menghembus sama makna keduanya, walau bagaimanapun contoh dalam Kamus Pelajar mengaitkan perbuatan meniup untuk memarakkan api, manakala menghembus untuk memadamkan api.

B. Dalam Kamus Dewan butir ialah penjodoh bilangan untuk barang-barang kecil yang bulat: contohnya  sebutir telur; dua butir peluru. Manakala buah ialah penjodoh bilangan untuk benda yang tidak tentu sifatnya seperti sebuah kereta, sebuah kerusi. Berdasarkan contoh tersebut penjodoh bilangan yang sesuai ialah sebutir pingat.

Tatabahasa09.07.2009

Kembali ke atas