1. Pertandingan melukis /lukisan, pertandingan mewarna / pewarnaan/ warna , pertandingan masak/ memasak? 2. Apakah perbezaan antara 'untuk' dengan 'kepada' bolehkah tuan tolong terangkan. | Puan Law Siew Mei, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Perkataan yang betul penggunaannya ialah Pertandingan melukis, pertandingan mewarna dan pertandingan memasak. 1. Makna untuk ialah ditentukan (disediakan) bagi, merupakan bahagian (seseorang dll): tanah getah yg lima ekar ini ~mu dan tanah sawah yg dua ekar itu ~ adikmu; 2. guna, bagi, buat: wang ~ membeli makanan; ruang ~ bekerja; 3. (digunakan, dipakai) sebagai, dijadikan, supaya menjadi atau dijadikan: ditumbuknya kulit kayu itu halus-halus ~ ubat; dibawanya buluh rencong ~ senjata; 2. Manakala kepada pula bermaksud kata utk menyatakan arah ke (dipakai sebelum nama orang atau kata pengganti diri), pada: mengirim surat ~ orang tuanya; 2. terhadap, akan: | Tatabahasa | 09.02.2010 |
5. Penterjemahan untuk "standing fan"=kipas yang berdiri? 6. Ibu memetik suis untuk memasang lampu sebelum masak/memasak. 7. Dalam buku aktiviti BM Tahun 2 KSSR Semakan jilid2, muka surat 17: Mereka bermain kabaddi di mana? Kenapa nama permainan ini huruf kecil. Adakah perkataan kabaddi ini kata nama am/kata umum? Tetapi, saya tidak menjumpai perkataan ini dalam kamus dewan. 8. Adakah semua perkataan pinjaman Inggeris kata nama khas? contohnya Internet, WhatsApp/Whatsapp dll. Terima kasih atas perkhidmatan DBP supaya saya tidak salah mendidik anak murid kita-Cikgu. | 1. Berdasarkan semakan kami tentang penggunaan standing fan, terjemahannya ialah kipas berdiri. Tidak ada maklumat perkataan ini dalam sumber rujukan kami. Kami berpandangan padanan kipas berdiri ini boleh digunakan sehingga ada padanan baharu yang lebih sesuai dikeluarkan. 2. Ibu memetik suis untuk memasang lampu sebelum memasak. 3. Permainan kabadi ialah kata nama am sama seperti bola sepak dan hoki. 4. Bergantung pada maksudnya dalam bahasa sumber. Internet ialah kata nama khas. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.07.2021 |
apakah kata kerja yang paling tepat untuk menyatakan cara memasak roti canai?memasak?menggoreng?membakar?atau ada perkataan lain yang lebih sesuai? | Memasak bermaksud membuat atau mengolah makanan supaya masak; menggoreng bermaksud memasak dengan minyak, seperti menggoreng ikan atau memasak (beras, tepung, dsb) dlm kuali dengan tidak menggunakan minyak; membakar bermaksud memanaskan atau memanggang sesuatu di atas api supaya masak. Berdasarkan huraian tersebut penggunaan kata yang betul ialah memasak roti canai. Kata memasak lebih umum penggunaannya untuk menerangkan apa jua cara memasak. | Tatabahasa | 09.05.2011 |
apakah perkataan bagi penerangan di bawah? ''orang yang kerjanya memasak,tukang masak,chef' terima kasih.. | Kami tidak menjawab soalan teka silang kata. | Lain-lain | 17.04.2010 |
Salam tuan, bulan membaca ke bulan bacaan atau bulan baca, sekolah memasak ke sekolah masak atau sekolah masakan? | Perkataan yang betul ialah bulan membaca dan sekolah memasak. | Tatabahasa | 10.02.2011 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanyakan apakah istilah BM yang sepadan dengan 'cooking gas' ? Manakah yang betul, 'gas memasak' atau 'gas masakan'? Sekian, terima kasih CK | Yang betul ialah gas memasak atau gas masak. | Istilah | 23.11.2011 |
Assalamualaikum, mohon pandangan tentang padanan istilah 'live station' dalam bidang katering. 'live station' ialah stesen dengan tukang masak yang turut disediakan dalam hidangan secara bufet. Jika di hotel-hotel di Malaysia, kebiasaannya stesen ini adalah untuk memasak telur dadar. Adakah istilah ini sesuai diterjemahkan sebagai 'stesen memasak' atau 'stesen tukang masak' atau terdapat istilah lain yang lebih sesuai? Terima kasih. | Cadangan kami ialah Kaunter Makanan Panas. | Lain-lain | 26.04.2018 |
Bina ayat ' sate' membakar sate atau memanggang sate? | Membakar bermaksud memanaskan atau memanggang sesuatu di atas api supaya masak, memanggang bermaksud memasak sesuatu di atas bara api dan sebagainya. Berdasarkan makna tersebut "membakar sate" dan "memanggang sate", kedua-duanya adalah betul tetapi lazimnya kita menggunakan frasa membakar sate. | Tatabahasa | 16.06.2011 |
Salam 1Malaysia, 1. Frasa 'Kali pertama' atau 'Pertama kali' yang paling tepat untuk digunakan dalam penulisan? 2. Frasa 'gas memasak' atau 'gas masakan' atau 'gas masak' yang paling tepat dalam bahasa Melayu? Terima kasih. | 1. Frasa 'kali pertama' dan 'pertama kali', kedua-duanya betul bergantung pada aspek mana yang ingin ditekankan atau didahulukan. 2. Gas masak sama seperti minyak masak. | Tatabahasa | 11.09.2012 |
Tolong jelaskan perbezaan antara memanggang,membakar dan menyalai.Terima kasih | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, memanggang bermaksud memasak (memanaskan, mendiangkan) di atas bara api. Membakar bermaksud 1. memanaskan sesuatu (seperti ikan, daging, pisang dan sebagainya) di atas api supaya masak, memanggang. 2. Memasak sesuatu (seperti kuih, ikan, daging, dll) dengan jalan memanaskannya dalam ketuhar. Menyalai bermaksud mengeringkan (mengasapi, memanggang) di atas api. Berdasarkan penerangan di atas, ketiga-tiga perkataan tersebut mempunyai maksud yang sama. | Makna | 01.04.2011 |