Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.sa/.kan] | مماسقکن

Definisi : menggunakan (memaku) se­suatu sbg pasak, memasukkan pasak; ~ ke telinga ki menasihatkan atau memperingat­kan benar-benar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.sa/.kan] | مماسقکن

Definisi : 1. memasak utk, membuat makanan utk: ia ~ suaminya sayur keladi; 2. membuat supaya masak, menjadikan ma­sak: kalau belum masak nasi tolonglah masakkan; musim panasnya yg panjang dan kering dapat ~ padi; 3. ki memikirkan, mempertimbangkan, dll sesuatu perkara dgn teliti: Raja Farquhar itu pergi bertemu dgn dia ke Riau, hendak ~ perjanjiannya itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.sa/.kan] | مماسقکن

Definisi : memasukkan pasak; menggunakan sesuatu sbg pasak: Kayu kecil itu dipasakkan pd sela-sela dinding. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.ma.sa/.kan] | مماسقکن

Definisi : 1 memasak sesuatu utk: Dia ~ anaknya bubur kacang. 2 menjadikan masak; membuat supaya masak: Air di kolam air panas dpt ~ telur (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memasakkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)perbezaan antara (baru) dan (baharu) 2)selepas imbuhan akhiran (-kan) tidak boleh meletakkan objek hidup, tetapi adakah ayat berikut betul? ibu memasakkan ayah bubur. ibu menjahitkan kakak sehelai baju tq

1. Dalam Kamus Dewan baru dan baharu sama maknanya iaitu belum (tidak) ada sebelumnya, (yang) belum lama wujud. Bagi menjawab pertanyaan saudara, "baru" kebiasaannya merujuk kepada masa, bagi membantu, dalam bahasa Inggeris, kata "just" digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contoh ayatnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata "baharu" pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa inggerisnya, "new" , termasuk digunakan untuk barang-barang. Contoh , Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.

2. Akhiran -kan membentuk kata kerja transitif. Biasanya kata kerja yang menerima akhiran -kan menerima juga awalan meN- dan boleh meletakkan objek hidup selepas kata kerja tersebut. Contoh, Ibu memasakkan ayah bubur

Tatabahasa02.03.2009
Salam Mohon tanya sama ada ayat di bawah betul atau salah (dengan alasan/penjelasan) 1.Orang ramai membeli belah di pasaraya. 2.Ramai orang di Pasar Tani Wakaf Che Yeh. 3.Ibu memasakkan ayah bubur nasi untuk membuka selera ayah yang sedang mengalami sakit tubuh badan. 4.Gejala rasuah kian leluasa berlaku dalam kalangan penjawat awam belakangan ini. Izani Hj. Daud.

1. Orang ramai membeli belah di pasaraya. - ejaan yang betul ialah membeli-belah dan pasar raya

2. Ramai orang di Pasar Tani Wakaf Che Yeh. - ayat tergantung, ramai orang ______ di Pasar Tani

3. Ibu memasakkan ayah bubur nasi untuk membuka selera ayah yang sedang mengalami sakit tubuh badan. - betul

4. Gejala rasuah kian leluasa berlaku dalam kalangan penjawat awam belakangan ini. - betul

Tatabahasa02.08.2011
1. Wanita itu menangis (teresak-esak / tersedu-sedu) kerana kehilangan suaminya yang tersayang. 2. (Banyak kanak-kanak) kelihatan (letih lesu) dalam bulan Ramadan. Bahagian manakah dalam ayat ini salah? Atau tiada kesalahan. 3. Golongan remaja perempuan perlu berwaspada agar (tidak diperdaya) oleh lelaki hidung belang. ATAU Golongan remaja perempuan perlu berwaspada agar (tidak mudah terperdaya) oleh lelaki hidung belang. 4. Ibu (memasakkan) sambal udang untuk abang yang baru pulang dari asrama. 5. Berikut (adalah) peserta yang berjaya ke peringkat akhir. 6. Sangat sukar sekali untuk kami membuat keputusan itu. 7. Mereka berjalan cepat-cepat ke sekolah kerana hujan renyai-renyai mulai turun. 8. Ken Yee (diam) di rumah banglo yang terletak di hujung kampung itu. 9. Para pelajar disuruh duduk (diam) semasa ketiadaan guru. 10. (Sementara) itu kapal belajar juga, makin lama makin laju. 11. Kami (menemukan) beg pelajar itu di belakang bangunan itu.

1. Wanita itu menangis teresak-esak kerana kehilangan suaminya yang tersayang.

2. Banyak kanak-kanak kelihatan letih/lesu dalam bulan Ramadan. - ayat ini betul

3. Golongan remaja perempuan perlu berwaspada agar tidak mudah terperdaya oleh lelaki hidung belang.

4. Ibu memasakkan sambal udang untuk abang yang baru pulang dari asrama.

5. Berikut ialah peserta yang berjaya ke peringkat akhir.

6. Sangat sukar sekali untuk kami membuat keputusan itu.

7. Mereka berjalan cepat-cepat ke sekolah kerana hujan renyai-renyai mulai turun.

8. Ken Yee tinggal di rumah banglo yang terletak di hujung kampung itu.

9. Para pelajar disuruh diam semasa ketiadaan guru.

10. Sementara itu kapal belayar juga, makin lama makin laju.

11. Kami menemukan beg pelajar itu di belakang bangunan itu.

Untuk menyemak penggunaan perkataan yang sesuai, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak dicari. Untuk memastikan penggunaan kata penguat yang betul seperti dalam soalan ketujuh (7) rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 259.

Tatabahasa24.10.2011
bagaimanakah cara termudah untuk menerangkan kepada pelajar sekolah rendah tentang cara mengeja perkataan yang berimbuhan yang mengandungi dua huruf k dan satu huruf k

Saudari Sarinah,

Dalam bahasa Melayu  terdapat apitan kata kerja meN-...-kan dan akhiran ...-an untuk kata nama. Sebagai contoh, kata dasar 'masak' apabila menerima apitan kata kerja 'me + masak + kan' maka dieja memasakkan (dieja dengan memasukkan dua huruf k).

Namun, apabila menerima akhiran ...-an
hanya perlu masukkan akhiran ...-an. Misalnnya;

                    masak + ...-an = masakan (dieja dengan satu huruf k sahaja)

Terima kasih kerana menggunakn perkhidmatan kami.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut.

Tatabahasa05.09.2012
kenapa frasa 'membelikan baju' kurang tepat? Bukankah frasa ini bermaksud membuat sesuatu sepertimana frasa 'merundingkan hal itu'? kedua-dua frasa nampak sama maksud apabila menggunakan apitan 'meN....kan. Hal inilah yang mengelirukan sayaKata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-...-kan menghasilkan kata kerja transitif dengan membawa beberapa maksud tertentu, antaranya maksud benefaktif atau manfaat. Dalam hal ini ayat yang terbentuk memerlukan dua objek dan objek pertamanya objek bernyawa. Contohnya perkataan yang tuan berikan "membelikan" menjadi ayah membelikan adik baju atau contoh lain saya memasakkan tetamu gulai ikan. Selain itu apitan juga men-...-kan juga membawa maksud membuat sesuatu yang terkandung dalam kata kerja dasar, contohnya ... merundingkan hal ... dan ... merancangkan projek .... Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 197.Tatabahasa09.09.2012

Kembali ke atas