Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pasang3
Kata Terbitan : berpasang-pasang, memasang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
perkataan yang sesuai untuk mengiklankan kedai membuat dan memasang signboard serta menjual barangan membuat signboardPerkataan yang sesuai untuk mengiklankan kedai membuat dan memasang signboard serta menjual barangan membuat signboard:

1. Di bahagian atas papan iklan - PEMBUAT PAPAN IKLAN
2. Sebagai keterangan yang boleh diletakkan di bahagian bawah - Membuat, memasang dan menjual barangan papan papan iklan.
Lain-lain14.07.2015
Saya ingin bertanya tentang kata kerja dan penjodoh bilangan ayatdi awah: 1. Ibu memasang selembar langssir pada tingkap.Tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Tiada maklumat dalam data kami berkenaan selembar langsir.Tatabahasa07.11.2015
Salam Sejahtera. Saya ingin bertanya adakah ayat-ayat berikut betul/salah? 1. Ali menyapu sampah yang bertaburan di atas lantai. 2. Ali menyapu sampah bertaburan. 3. Adik membantu ibu memasang langsir. 4. Adik membantu ibu untuk memasang langsir. Selain itu, apakah penjodoh bilangan yang sesuai digunakan untuk surat khabar yang telah diikat? Seberkas surat khabar lama? Seikat surat khabar lama? Terima kasih.Ayat yang betul ialah:
1. Ali menyapu sampah yang bertaburan di atas lantai. 
2. Adik membantu ibu memasang langsir.
3. Seberkas/seikat surat khabar lama. Kedua-duanya betul.
Tatabahasa27.02.2015
Sila menterjemahkan ke dalam JAWI 1. MENJUAL BARANGAN LOGAM 2. SYARIKAT LOGAM 3. GERAI MAKANAN 4. GERAI MINUMAN 5. PUSAT KECANTIKAN HAIWAN PELIHARAAN 6. MENJUAL DAN MEMASANG ALAT-ALAT 'AUTO GATE' DAN ALAT-ALAT KESELAMATAN PAKAR SYSTEM KESELAMATAN 7. PAKAR SYSTEM SEKURITI 8. PEMBEKAL CERMIN KERETA 9. BILIK PAMERAN 10. PEMBEKAL GAS INDUSTRIAL Terima Kasih.Ayat dan ejaan jawi yang betul ialah:
1. MENJUAL BARANGAN LOGAM - منجوال بارڠن لوݢم
2. SYARIKAT LOGAM - شريکت لوݢم
3. GERAI MAKANAN - ݢراي ماکنن
4. GERAI MINUMAN - ݢراي مينومن
5. PUSAT PENJAGAAN HAIWAN PELIHARAAN - ڤوست ڤنجاݢاءن حيوان ڤليهاراءن
6. MENJUAL DAN MEMASANG PAGAR AUTOMATIK DAN ALAT KESELAMATAN - منجوال دان  مماسڠ ڤاݢر اءوتوماتيک دان الت  کسلامتن
7. PAKAR SISTEM SEKURITI - ڤاکر سيستم سيکوريتي
8. PEMBEKAL CERMIN KERETA - ڤمبکل چرمين کريتا
9. BILIK PAMERAN - بيليق ڤاميرن
10. PEMBEKAL GAS INDUSTRI - ڤمبکل ݢس ايندوستري
Ejaan02.12.2019
Boleh tak tolong periksa ayat-ayat di bawah sama ada betul dari segi tatabahasa? 1. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk memasang alat penapis walaupun asap-asap yang dibebaskan mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon yang mampu menjejaskan kualiti udara. 2.Mereka terlalu malas untuk menanam apatah lagi membawa sampah-sarap ke tempat pelupusan sampah atau pusat kitar semula. 3.Pencemaran udara berpunca daripada pembebasan asap dari kawasan perindustrian,

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk memasang alat penapis udara walaupun asap yang dibebaskan mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon yang mampu menjejaskan kualiti udara.

 

2. Mereka terlalu malas untuk menanam sampah sarap apatah lagi membawanya ke tempat pelupusan sampah atau ke pusat kitar semula.

 

3.Pencemaran udara berpunca daripada pembebasan asap dari kawasan perindustrian.

Tatabahasa10.07.2014
menggantung 2. memasang (kelambu, tirai, dll) dgn menyangkutkan tali dll pd sesuatu: ~ kelambu; ~ langsir; menggantungkan 1. menyangkutkan pd paku dll atau mengikatkan pd sesuatu dsb supaya terletak pd tempat yg tinggi, menjadikan bergantung: a) Ayah menggantungkan gambar keluarga pada dinding. b) Ayah mengantung gambar keluarga pada dinding. Minta pencerahan encik/puan, adakah ayat a dan ayat b ini betul? Saya dapati kata menggantung dan menggantungkan mempunyai maksud yang sama, adakah betul pemahaman saya ini? Terima kasih.Kedua-duanya mempunyai maksud yang hampir sama. Namun, terdapat perbezaan dari aspek tatabahasanya, iaitu perkataan menggantung diikuti satu objek sahaja seperti ayat "Dia menggantung kelambu", manakala kata kerja menggantungkan diikuti oleh dua objek seperti ayat "Dia menggantungkan baju pada tiang rumah".Tatabahasa09.10.2022
1a. Ali membersihkan lantai menggunakan mop sehingga bersih pada waktu rehat. 1b. Ali membersihkan lantai menggunakan mop pada waktu rehat sehingga bersih. 1c. Ali membersihkan lantai sehingga bersih menggunakan mop pada waktu rehat. (atau ketiga-tiga ayat ini pun betul?) 2. Dalam buku teks BM SJKC KSSR Semakan Tahun 2, muka surat 82: Abang memasang kipas angin di dalam bilik.(Gambar menunjukkan abang memekan butang/suis kipas angin yang berdiri.) Apabila kita hendak menyebut "swith on" kipas, perkataan memasang atau membuka lebih sesuai? Atau kedua-dua perkataan ini pun boleh dipakai guna? Bukankah memasang merujuk kepada memasang peralatan di dalam bangunan yang baharu? Kalau tulis membuka kipas angin macam sedang membaiki kipas pula. Atau kita perlu tulis ayat sebegini: Abang menekan butang untuk membuka kipas angin? 3. menekan butang kipas/menekan suis kipas? 4a. Abang pergi ke sekolah.(Ayat yang tidak menyebut abang siapa ini lengkapkah?) Atau kita kena tulis: Abang Ali pergi ke sekolah. 4b. Cikgu mengajar subjek Matematik./ Cikgu Tan mengajar subjek matematik.(Perlu sebut nama cikgu? Nama subjek kata nama khas?)Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Ketiga-tiga ayat tersebut adalah betul. 2. Abang menghidupkan kipas di dalam bilik. 3. Abang menekan suis kipas. 4. (a) Abang pergi ke sekolah. Abang Ali pergi ke sekolah. Kedua-dua ayat tersebut adalah betul. (b) Cikgu mengajar subjek Matematik. Cikgu Tan mengajar subjek Matematik. Kedua-dua ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa30.07.2021
permohonan kelulusan memasang papan tanda

1.    Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran RM10.00 atau RM30.00 bergantung kepada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN.
Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses.

Lain-lain28.05.2024
Persoalan tentang penukaran ayat aktif kepada ayat pasif. Adakah jawapan yang diberikan betul? 1. Dua orang pekerja sedang memasang penyaman udara di rumah Abu. Jawapan : Penyaman udara sedang dipasang oleh dua orang pekerja di rumah Abu.Jawapan ayat pasif yang diberikan adalah betul.Tatabahasa04.07.2015
Saya ingin bertanya, syarikat kami ingin memasang papan tanda dihadapan bangunan kami dengan perkataan "KILANG MAKANAN OEM" dimana kami menyediakan perkhidmatan pusat pengeluaran makanan. Mohon pencerahan tuan.1. Memadai ditulis KILANG MAKANAN sahaja. OEM yang bermaksud pengeluar peralatan asli atau pengilang peralatan asal boleh letak dibawahnya.Lain-lain08.02.2019
123

Kembali ke atas