Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pasar (kata nama)
Bersinonim dengan pekan, pekan sari, pasar raya, pasar mini, pasar malam, pasar kering, pasar basah, pasar tani, pasar besar, pesara, pasara;,
Kata Terbitan : memasarkan, pasaran, pemasaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apa definisi pengurus dan apa pula definisi ketua serta peranannya?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, Pengurus ialah 1. (orang dll) yg mengurus, (orang dll) yg menjalankan pengurusan: dia telah dilantik menjadi ahli jawatankuasa ~ perayaan hari kebangsaan; 2. orang yg mengendalikan perjalanan sehari-hari syarikat perniagaan dsb: pentadbiran syarikat diserahkan kpd seorang ~ dan sebuah jawatankuasa; ~ agung = ~ besar pengurus yg tertinggi, pucuk pimpinan (syarikat dll); ~ harian pengurus yg menjalankan tugas hari-hari; ~ lini pengurus yg bertanggungjawab merancang, mengurus, mengeluarkan dan memasarkan produk atau perkhidmatan sesebuah organisasi: perancangan merupakan fungsi utama ~ lini; ~ syarikat orang yg menguruskan (mengendalikan) sesebuah syarikat.

Ketua pula  ialah orang yg mengepalai atau memimpin (pasukan, perkumpulan, pertubuhan, jabatan, dll): ~ persatuan; ~ pengarang; guru ~ guru besar (kepala sekolah); ~ adat pemimpin yg dilantik mengikut adat utk mengawasi perjalanan adat (dlm kampung, suku, dll); ~ jurumasak cef; ~ kampung orang yg mengepalai kampung, penghulu kampung; ~ kerajaan pemimpin tertinggi sesebuah kerajaan, yg dilantik drpd ketua parti politik yg memerintah: ~ kerajaan Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia; ~ Menteri menteri yg mengepalai menteri-menteri lain (biasanya dlm negeri bahagian): ~ Menteri Melaka; ~ Menteri Sabah; ~ muda wakil ketua; ~ murid murid yg dijadikan ketua bagi semua murid; ~ negara pemimpin tertinggi sesebuah negara yg terdiri drpd seseorang raja atau pemimpin parti politik yg memerintah: ~ negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong; ~ pejabat orang yg mengepalai dan bertanggungjawab terhadap perjalanan pejabat; ~ satu ketua yg terkanan (terpenting) sekali (dlm pertubuhan dll);

Istilah01.07.2009
Salam Sejahtera. Saya dalam proses penulisan sebuah buku yang berkonsep fakta berkaitan dengan bidang sukan. Saya ingin nasihat daripada DBP untuk beberapa perkara; 1. Adakah DBP mempunyai perkhidmatan utk menyemak dan membetulkan tulisan saya.? Jika ya berapa kos? 2. Adakah DPB mempunyai translator utk menterjemahkan tulisan saya kepada Bahasa Inggeris? 3. Adakah DBP mempunyai perkhidmatan menyemak kualiti penulisan terutama dalam pengolahan ayat dan peggunaan bahasa? 4. Adakah DBP akan menyemak kejituan fakta yg saya menulis? 5. Bolehkah DBP mencetak dan memasarkan buku saya? Terima Kasih.Untuk makluman tuan, DBP hanya bertanggungjawab terhadap manuskrip atau judul untuk terbitan DBP. Oleh itu, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak atau menyunting karya individu atau terbitan luar. Tuan boleh menghantar manuskrip yang lengkap kepada Pengarah Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk diusahakan oleh Bahagian Penerbitan yang sesuai. Beliau juga boleh dihubungi melalui talian 03-21479000/01/02 atau e-mel khalik@dbp.gov.my (Tuan Haji Khalik bin Sulaiam). Manuskrip lengkap mestilah mengandungi:

(i)   bahan awalan

(ii)  bahan teks

(iii) bahan akhiran 

Untuk mengetahui lebih lanjut akan maklumat yang perlu ada dalam setiap bahan itu, tuan boleh merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan DBP. Setiap halaman manuskrip perlu diberikan nombor secara berturutan. Setiap manuskrip yang dihantar ke DBP akan melalui beberapa peringkat penilaian dan hanya jika didapati sesuai baru boleh diterbitkan oleh DBP. 

Lain-lain18.12.2016
Assalamualaikum,saya ingin bertanya tentang komen tuan berkenaan 6 ayat dibawah,adakah betul penyusunan,penggunaan "dan" dan "dalam",serta penggunaan koma.jika salah,saya mohon pencerahan dan ayat yang betul. 1-ke arah menjadi sebuah syarikat yang kompeten,berintegriti,dan antara yang terbaik menjelang 2030. 2-memastikan setiap perkhidmatan dan produk yang ditawarkan berkualiti dan bermutu. 3-konsisten dalam melaksanakan kajian dalam usaha penambahbaikan dan meningkatkan mutu produk dan perkhidmatan. 4-memberi komitmen yang terbaik kepada para pelanggan,pelabur dan rakan kongsi. 5-memanfaatkan penggunaan teknologi terkini dalam penghasilan produk dan perkhidmatan. 6-memasarkan dan memperkenalkan produk secara aktif dan konsistenWaalaikumussalam,

Penggunaan "dan", "dalam" dan tanda koma dalam 6 ayat yang diberi adalah betul. Cuma berikan jarak selepas tanda koma.
Lain-lain14.10.2016

Kembali ke atas