| manakah perkataan yang betul, 'mempastikan' ataupun 'memastikan'? | Memastikan. | Tatabahasa | 28.10.2009 |
| pengunaan ayat yg manakah betul. Mempastikan atau memastikan | Memastikan. | Lain-lain | 16.10.2008 |
| Apa perbezaan antara nilai estetika dan estetik? Adakah ayat ini betul? a) Bukan sekadar memastikan ruangan itu mempunyai nilai estetika, tetapi awak juga perlu memastikan ruangan tersebut berfungsi dan praktikal. b) Bukan sekadar memastikan ruangan itu mempunyai nilai estetik, tetapi awak juga perlu memastikan ruangan tersebut berfungsi dan praktikal. | Berdasarkan makna yang dipetik daripada Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 586, perkataan estetik merupakan kata adjektif yang bermaksud keindahan, terutamanya dalam karya seni, seperti lukisan, sajak atau filem. Perkataan estetika pula merupakan kata nama yang merujuk keindahan yang terdapat dalam sesuatu hasil seni, seperti lukisan, sajak atau filem. Oleh yang demikian, penggunaan perkataan yang betul bagi ayat tersebut ialah “Bukan sekadar memastikan ruangan itu mempunyai nilai estetik, tetapi awak juga perlu memastikan ruangan tersebut berfungsi dan praktikal.” | Tatabahasa | 09.07.2024 |
| Ingin memastikan penggunaan kata sendi nama yang betul pada ayat di bawah ini : Bertukarlah ke / kepada pembelajaran interaktif dan berteknologi | Jawapan yang betul ialah bertukar kepada pembelajaran interaktif dan berteknologi. | Tatabahasa | 18.02.2010 |
| ingin memastikan yg mana perkataan di bwh betul. Wah! cantiknya kasut itu. Wah, cantiknya kasut itu! | Yang betul - Wah, cantiknya kasut itu! Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 255. | Tatabahasa | 20.07.2009 |
| Salam Sejahtera, 1. Apakah perbezaan di antara 'mempastikan' dan 'memastikan'. 2. Perkataan yang manakah betul digunakan. Sekian, terima kasih. | Kata terbitan yang betul ialah memastikan (bukan mempastikan), apabila kata dasar bermula dengan huruf P - pasti menerima awalan meN- huruf P mengalami proses pengguguran dan digantikan dengan huruf m - memastikan. | Tatabahasa | 05.01.2012 |
| Saya mahu memastikan apakah maksud perkataan “menyerkapkan”? | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) tidak terakam kata terbitan menyerkapkan. Yang terakam ialah kata menyerkap dan menyerkapi. Untuk mendapatkan maklumat berkaitan kata dalam bahasa Melayu, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). | Makna | 04.12.2024 |
| Kami ingin memastikan bahawa papan iklan kami betul tatabahasa yg digunakan. | Untuk pengesahan iklan sila layari laman web http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/Pelanggan/login.aspx Sekian terima kasih | Lain-lain | 06.03.2017 |
| Saya ingin memastikan perbezaan penggunaan perkataan Cina dengan China. Contoh : Tian merupakan sumber kuasa penentu nasib sesebuah dinasti dalam pandangan semesta Tamadun Cina Agama Buddha diasaskan oleh Putera Raja Suddhodana Gautama daripada suku bangsa Shaknya di negara China | Slmt ptg. 1. Penggunaan perkataan Cina merujuk kepada masyarakat atau orang Cina. 2. Penggunaan perkataan China merujuk kepada negara China. Sekian, terima kasih
| Lain-lain | 07.03.2016 |
| Saya ingin memastikan penggunaan koma bertitik secara betul. Bersama ini saya sertakan sebahagian dokumen contoh untuk di ulas oleh pihak tuan/puan. Diharap contoh ulasan tuan/puan akan membantu saya sebagai asas rujukan untuk penulisan seterusnya. sekian terima kasih. | Tanda koma bertitik (;) digunakan apabila: i. Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu. Contohnya: Malam makin larut; kerja masih banyak. ii. Memisahkan klausa yang dimulai dengan kata hubung juga, walau bagaimanpun, malah, di samping itu, oleh itu, oleh yang demekian dan sebagainya. Contohnya: Harga barang di pasaran tidak turun; malah bertambah naik iii. Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat. Contohnya: Karya ini menggunakan berbagai-bagai pendekatan; ada yang menghasilkan kembali analisis Za'ba dan disesuaikan ke dalam bentuk buku teks; ada yang menerapkan teori baharu... iv. Memisahkan klausa yang bersiri, yang berlainan kategori, teruta ma jika bahagian keterangannya dipisahkan oleh koma. | Ejaan | 15.09.2015 |